Jarang kita dapat lihat silaturahim yang harmoni di kalangan anak-anak yang bermadu. Biasanya kita hanya fokus kepada hubungan antara isteri-isteri sahaja.
Berbeza dengan keluarga besar Datuk Dr Zulkefli Mohamad yang cukup bahagia dan harmoni. Malah, ada keakraban antara anak-anak menyebabkan ada orang luar beranggapan mereka adalah kembar.
Namun, didikan yang baik oleh Datuk Dr Zulkifli serta isteri- isterinya membolehkan anak-anak sepakat dan sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain.
Malah, mereka yang menjadikan bapa sebagai pakar rujuk turut mencipta kejayaan dalam pelajaran. Tidak hairanlah tunjuk ajar dan bimbingan si ayah antara kunci kejayaan kepada empat adik beradik daripada empat emak berbeza pada Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kali ke-89 baru-baru ini.
Lebih manis apabila keempat-empat mereka iaitu, Juliana Aziera Zulkepli, 21, serta adik-adiknya, Ayu Shaheera, Zul Azril dan Zul Azrul merekodkan kejayaan yang cemerlang dengan menerima anugerah naib canselor dan diploma kelas pertama.
Juliana Aziera berkata, sekalipun tidak tinggal sebumbung namun mereka mempunyai hubungan yang rapat sama seperti adik beradik yang lain malah sering disalahanggap sebagai kembar kerana mereka seusia.
Katanya, sejak kecil, selain belajar di sekolah, mereka juga belajar di rumah bersama-sama dengan tunjuk ajar bapa mereka, Datuk Dr Zulkepli Mohamad.
Ads
“Kami berempat macam belangkas sejak kecil, belajar bersama-sama dan banyak menghabiskan masa bersama memandangkan kami sebaya dan banyak benda boleh dikongsi.
“Selain guru, papa yang banyak membantu kami dalam pelajaran. Dia yang jadi guru dan bantu kami di rumah malah sanggup pergi kelas semata-mata untuk bantu kami mengulangkaji pelajaran.
“Keadaan itu tetap sama sehinggalah kami menamatkan diploma perakaunan ini,” katanya.
Juliana Aziera dan Ayu Shaheera memilih untuk berehat seketika sambil bekerja di firma akauntan milik bapa mereka manakala Zul Azril dan Zul Azrul menyambung pengajian di peringkat ijazah.
Ads
Sementara itu, Zulkepli, 54 yang pernah menjadi tukang karut dikir barat dan dikenali sebagai Zul Wisma berkata, kejayaan anak-anaknya itu cukup bermakna buat keluarga besarnya dan berharap mereka akan menjadi contoh kepada adik beradik yang lain.
Menurut Pengerusi Eksekutif Zulkepli & Co. itu, selain hasil didikan guru di sekolah, kecemerlangan anak-anaknya turut didorong oleh kebahagiaan yang dipupuk dalam rumah tangga beliau.
Katanya, empat isterinya, Datin Hasnah Mat Ya, 59; Rafizah Senawi, 51; Nurida Razali, 51, serta Norreha Abdul Rahman, 48, amat rapat dan memahami antara satu sama lain.
Ads
Tambahnya, keakraban isteri-isterinya itu membolehkan kesemua 11 anak mereka turut membesar sebagai satu keluarga dalam suasana harmoni.
“Selain ilmu dunia, saya juga menekankan ilmu akhirat kepada anak-anak dan seluruh keluarga agar mereka berjaya dalam kedua-dua bidang dan sentiasa dekat dengan ALLAH.
“Sekalipun sibuk dengan tugas harian, saya akan pastikan anak-anak sentiasa dekat dengan saya.
“Anak-anak tidak pernah hadiri kelas tambahan di luar sebaliknya saya berusaha ajar mereka sendiri di rumah.
“Ia bukan sahaja membantu mereka cemerlang dalam pelajaran tetapi lebih penting mengeratkan hubungan antara kami semua,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak harumkan rumah guna bahan yang simple tapi berkesan, apa kata cuba kaedah ini. Dengan menggunakan pelembut pakaian, rumah berbau harum. Nak lagi jimat guna barang-barang terpakai je. Jom cuba kaedah yang dikongsikan oleh Noriah Mohd Nor
Percubaan wangikan rumah ngn cara paling jimat.. penah tgk ahli yg post wangikan umh ngn gunakan sbun buku menggunakan bekas pewangi lamo.
Bahan digunakan, pelembut pakaian, bekas pewangi dan tisu.Masukkan tisu ke dalam bekas pewangi.Tuangkan pelembut pakaian ke dalam bekas berkenaan.Siap
Saya lak gunakan softener baju dan gunakan bkas airwick lamo.. selamat mencuba.. bg yg de ank kecik.. try letak tmpt pling safe takut tumpah or bbdk main.. hehe
Umum antara kita bila memiliki kediaman sendiri dari masa ke semasa jika ada rezeki ingin sahaja dibuat ubah suai kediaman agar lebih selesa buat seisi keluarga. Paling tidak dilakukan penambahan pada jumlah bilik, besarkan ruang dapur dan sebagainya.
Namun dalam niat yang baik untuk memberi keselesaan buat ahli keluarga, jangan pula melanggar undang-undang yang ada.
Ini seperti mana kes yang tular baru-baru ini berkaitan rumah flat yang berada di aras bawah terpaksa dirobohkan oleh pihak berkuasa gara-gara pemilik melakukan ubahsuai struktur bangunan.
Itu satu hal, sedar atau tidak buat anda yang tinggal di rumah flat hakikatnya ada banyak lagi pengubahsuaian yang tidak boleh dilakukan sesuka hati meskipun kediaman tersebut adalah hak kita.
Menjelaskan ini seorang arkitek berkongsi info berkenaan beberapa contoh binaan yang sering kita nampak di rumah-rumah flat yang sebenarnya dilakukan tanpa kebenaran. Ini mungkin ada segelintir kita tidak menyangka, khususnya dikalangan penduduk rumah flat bahawa selama ini tindakan mereka itu salah di sisi undang-undang.
CONTOH BINAAN TANPA KEBENARAN DI FLAT
Panas pula isu rumah flat di Johor kena roboh pasal buat tambahan macam duduk corner lot. Saya yakin yang PBT kalau boleh tak nak lah ke arah roboh ni tetapi bila benda binaan haram ni makin tak terkawal, nak tak nak mereka perlu roboh untuk beri peringatan.
Kalau siapa yang tak tahu, memang sudah jelas binaan tambahan untuk kediaman memerlukan kelulusan dari PBT.
Ok lah kalau tak tahu pun, kita masih ada common sense. Bila beli flat ni, dalam agreement floor plan dia tunjuk bahagian mana? Biasanya pelan layout rumah sahaja lah. Tak ada pula dia tunjuk kaki lima depan belakang semua kita punya. Jadi kenapa nak buat diatas tanah bukan bahagian kita? Common sense.
Problem dengan binaan tanpa kebenaran di flat ni, dah macam-macam jenis dah dan hasilnya kebanyakan akan membahayakan keselamatan. Kerja-kerja menyelamat bomba pun boleh tergendala pasal ada binaan macam ni. Truck bomba tak boleh park dekat. Tangga tak sampai. Itu salah satu.
Nak buat binaan tambahan, kena check dulu dengan PBT atau at least management body. Senang. Bukan tanya tukang, tukang dia nak job saja asal jalan. Tuan rumah suruh buat dia buat.
Duduk di kediaman macam flat ni perlukan tolak ansur dan fikir kebajikan jiran. Kadang bila tambah tu kita saja yang senang, tapi menyusahkan orang lain.
Ni saya bagi contoh binaan tanpa kebenaran yang biasa dibuat tapi sebenarnya tak boleh.
Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang telah selamat melahirkan cahaya mata kedua, seorang bayi lelaki semalam.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Ayda dan Nabil menerusi Instagram mereka.
Malah menerusi entri itu juga, sekeping gambar sambil keduanya memegang bayi lelaki mereka turut dikongsikan oleh Ayda dan Nabil.
“Assalamualaikum semua.
“Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi. Syukur segalanya dipermudahkan. Terima kasih atas semua doa kalian.
“12.12.2023.. (Takde sale, dah tanya dah hihu). Sekarang Mommy and Dadaa tengah back to Zombi world,” tulisnya berseloroh.
Menerusi entri itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut meluahkan rasa syukur segalanya dipermudahkan serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakannya.
Ayda dan Nabil sebelum ini memuat naik sekeping gambar ketika berada di hospital dengan mengenakan baju sepadan sambil memohon doa semua agar kelahiran anak kedua mereka dipermudahkan.
“Dah check-in hospital! Doakan Ayda pagi nanti dipermudahkan, selamat melahirkan dan baby sihat insyaallah. Amin.
“Twinning with my soulmate konsepnya gittew. (Padahal Ayda dah takde baju yang dia muat and nak terus tidur,” tulisnya.
Terdahulu, Ayda Jebat dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla kini berusia 2 tahun.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.