Alasan penat kerja bukanlah satu cara untuk elak membantu isteri, sebaliknya para suami cuba bantu yang mana mampu. Sama-sama menolong maka hubungan itu jadi lebih erat dan mesra. Isteri rasa dihargai dan suami juga akan semakin memahami.
Kalau ada kesilapan, jangan terus menuduh atau marah-marah. Sebaliknya fikir terlebih dahulu tindakan tersebut.
Ikuti perkongsian dari saudara Mohd Fhais mengenai kenapa kita tidak seharusnya memarahi isteri sekiranya mereka melakukan kesilapan
Jadi wanita tak semudah yang kita fikir. Mentang-mentang memori wanita ni besar kita ingat dia boleh ingat semua perkara. Cemerkap mereka bukan sengaja di buat tau, ia tak sengaja dan tak boleh di bendung.
Sebelum baca perkongsian Tuan Aiman Amri, terapis psikologi, saya selalu rasa cemerkap isteri sangat menjengkelkan. Paip air lupa tutup, bag lupa zip, pintu kereta tak tutup, dan perkara remeh temeh yang lain.
Pernah juga sekali tercakap CUAI !
Menyesal pulak cakap macam tu. Bila di fikir-fikir balik kata-kata tuan aiman, sebenarnya saya lah punca isteri jadi cuai.
Ads
Dia jadi macam tu sebab saya biarkan dia fikir segala tugas di rumah seorang diri. Saya biarkan beban mengurus anak-anak daripada makan, susu, pakaian sehingga anak tidur di bahu dia seorang.
Saya buat silap sebab tak bantu meringankan beban fikiran dia !
Bila isteri minta pendapat saya abaikan, isteri tanya saya jawab asal boleh,
“Abg hari ni nak makan apa?”, Saya mesti jawab ikut syglah nak makan apa.
“Abg, nanti sekolah rania ada buat jamuan makan, kita nak bagi sumbangan apa?”, Saya jawab senang je, syg bagi je apa-apa.
Ads
Akibat dari jawapan acuh tak acuh ini, 200 juta sel corpus callosum iaitu tisu yang menyambungkan otak kiri dan kanan isteri menjadi semakin ligat bergerak laju dari kiri ke kanan.
Selagi tak makan selagi itu otak dia ligat berfikir. Nak makan apa, nak makan apa, nak makan apa.
Cuba sebut laju-laju guna mulut, macam tu lah yang berlaku di otak mereka, tapi 10 kali ganda lebih laju. Mesti memenatkan !
Bila dah penat faham-faham je lah. Mudah terlupa, mudah buat silap. Tak produktif dan sangat perlukan rehat.
Sebab itu kalau kita perasan, isteri kat rumah kalau nak berehat mereka mesti tidur. Sedangkan kita orang lelaki tengok tv pun dah cukup memadai untuk berehat. Isteri kita tak boleh, selagi minda tak ditidurkan selagi itu mereka tak berehat.
Ads
Uish.. memang penat kalau dapat otak macam wanita ni.
Tuan tuan, Lepas ni kalau nampak isteri kelam kabut atau cemerkap tu jangan terus marah atau merungut, bawa bertenang.
Kita memang nampak silap mereka tu macam remeh sangat tapi sebenarnya dalam fikiran mereka ada berpuluh perkara serius yang mereka fikir serentak.
Anak 2 hari tak berak, tidur malam meragam, perut kembung. Itu semua isteri yang fikir.
Percayalah setiap kali kita balik rumah tengok keadaan semua terkawal dan tenang itu ada 1001 cerita yang kita tak tahu.
Jadi kalau nak hidup kekal tenang dan tenteram kurangkan komplen hal-hal remeh ni. Bantu lagi bagus.
Daripada ringan mulut baik ringan tulang tolong isteri tu.
Masak asam pedas memang senang tapi kalau ada bantuan dua bahan ini pasti buat rasanya lebih sedap.
Perkongsian daripada yang pakar dalam bidang masakan kita kena ambil dan jadikan ilmu. Pemilik katering di sebuah kampung di Batu Pahat ini berkongsi rahsia masak asam pedas super power. Bagaimana?
Isi Kelapa
Ini petua orang-orang lama katanya. Setiap kali memasak Asam Pedas ambillah sedikit isi kelapa tua (yang dikorek daripada tempurung kelapa) dan bakar isinya hingga garing. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk dan didihkan bersama bahan lain hingga masak. Lebih lemak katanya. Jadi kena cuba!
Kerisik
Guna isi kelapa memang power tapi kalau nak gunakan kerisik pun boleh juga. Tapi kerisik lebih sesuai dimasukkan pada asam pedas ayam atau daging sahaja. Bila dimasukkan pada ikan rasanya sedikit lain. Tapi tak salah juga kalau anda nak cuba. Masukkan kerisik pada waktu akhir sekali, iaitu selepas bahan kisar dan kuahnya sudah mendidih.
Cili Kering
Kalau masak asam pedas jangan sesekali guna cili boh kisar yang dijual di pasaran. Cili kering yang dikisar adalah penyedap kepada semua asam pedas. Rasanya sangatlah berbeza. Cili kering yang dikisar sendiri rasanya lebih segar dan sedap. Pastikan cili ditumis lama hingga pecah minyaknya kemudian barulah dimasukkan air asam jawa.
Daun Limau Purut & Serai
Selain menggunakan isi kelapa tua yang dibakar, menggunakan daun limau purut dan serai sebagai penaik aroma tambahan juga membantu asam pedas rasa lebih power. Masukkan di akhir sekali dan biarkan kuahnya mendidih. Angkatlah sebaik mendidih.
Berikut merupakan resipi yang dikongsikan sebagai panduan untuk semua. Selamat mencuba!
ASAM PEDAS IKAN MAYONG BAHAN-BAHAN:
4 ketul ikan mayong
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
3sm isi kelapa bakar (isi kelapa tua yang dibakar)
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAKNYA:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
Setelah garing masukkan ikan mayong dan kacau rata selama tiga minit.
Kemudian tuangkan pula air asam jawa dan masukkan kelapa bakar, daun limau purut dan juga serai. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Walaupun Aqeef Anaqi, anak pasangan Amira Rosli dan Amar Bahrin yang hampir berusia 2 bulan ini masih belum muncul di kaca televisyen menerusi program The Adventures Of Aqeef Amyramar, namun kelibat anak comel ini sangat dinantikan peminat mereka.
Terdahulu Amar menerusi instagramnya mendedahkan nama bayi sulung mereka pada 9 Disember lalu, bersempena episod pertama, The Adventures Of Aqeef Amyramar yang mula disiarkan pada 6 Disember lalu.
Malah Amira sendiri mula menggunakan #Amyramaraqeef pada tarikh yang sama bersempena program ini yang disiarkan pada setiap Rabu, 9 malam di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD, 123.
Walaupun baru berusia hampir 2 bulan namun kecomelan Aqeef terlihat jelas. Raut wajahnya perlahan-lahan memperlihatkan air muka mummy dan daddy tercintanya.
Semalam 16 Disember, satu majlis kesyukuran dan Cukur Jambul Aqeef Anaqi telah diadakan. Comelnya Aqeef ketika diraikan. Mari kita lihat kecomelan Aqeef ni.
Lihat gaya bersahaja Amira bersama Aqeef yang sentiasa mencuri hati peminatnya. Walaupun baru habis pantang, namun dia masih kekal cantik seperti dahulu.
Netizen tak kurang juga memuji kecomelan Aqeef dan mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.
Moga Aqeef membesar menjadi anak yang bijak dan sihat. Doakan yang baik-baik buat pasangan ini.
Hari ini sikap kanak-kanak sekarang jauh beza dengan dahulu. Benar ia berlaku akibat dunia semakin moden.
Bahkan bagi ibu ayah yang sibuk bekerja, ada segelintir anak dibiarkan bebas bermain dengan gajet tanpa kawalan yang pastinya ada kesan positif dan juga negatif pada diri anak itu.
Yang paling membimbangkan adalah kesan negatif! Sebagaimana perkongsian daripada Pendidik Ilmu Keibubapaan, Dr Taufiq Razif berkongsi pandangan apabila anak zaman sekarang semakin kurang mempunyai ‘commen sense’ sehingga sukar untuk bersikap santun dan membantu ibu ayah tanpa di suruh.
Dr Taufiq berkongsi 13 perkara yang sering diabaikan oleh anak yang tidak boleh dibiarkan berlaku dalam sebuah keluarga.
Moga ia menjadi panduan untuk kita mendidik anak-anak supaya lebih bersikap lebih common sense ni iaitu bertindak berbuat baik atau positif terhadap orang sekitar.
Jom ikuti 13 common sense yang semakin menghilang dikalangan anak-anak.
“Common sense yang makin hilang dari anak zaman sekarang”- Dr Taufiq Razif
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Gambar sekadar hiasan
13 COMMON SENSE KENA ADA PADA ANAK
1. Keluar dan layan tetamu 2. Pandang mata bila bercakap 3. Perkenalkan diri bila pertama kali berkenalan 4. Bergurau tengok pada keadaan dan tempat 5. Cakap berlapik dengan orang lebih tua 6. Masuk rumah org jgn sampai buka peti ais 7. Beratur bila dalam barisan 8. Cakap terima kasih bila dapat sesuatu 9. Kemas meja selepas habis makan 10. Hormat orang walau di media sosial 11. Tak main hp semasa khutbah Jumaat 12. Tak main hp masa orang lain bercakap 13. Bantu mak ayah buang sampah, cuci baju dan dan apa sahaja pekerjaan di rumah
Kesian mereka. Dah sampai masa untuk baiki kembali common sense anak anak zaman sekarang.
Anak anak yang dah hilang common sense ni akan susah untuk berjaya dalam hubungan dan kehidupannya suatu hari nanti
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.