Jadi Suri Rumah Ni Lebih Stress Ke? ‘Parenting Influencer’ Ni Dedahkan, Agar Ramai Buka Mata!

Share

Jadi suri rumah bukanlah mudah, ada cabaran dan pengorbanan yang perlu dilaksanakan. Tiada waktu cuti khusus, 24 jam masanya di rumah akan dihabiskan dengan membuat pelbagai kerja seperti memasak, mengemas rumah, mencuci pakaian dan macam-macam lagi dari seawal pagi hingga lewat malam.

Rutin sebegitu sudah dilalui bertahun-tahun lamanya tanpa jemu, malah setiap kerja yang dilakukan dibuat tanpa bergaji, semua demi keluarga tercinta.

Namun semua kerja dan tanggungjawab ini pastinya boleh mendatangkan tekanan yang kuat  jika tidak disokong atau dibantu oleh suami dan anak-anak.

Berkongsi tentang stress seorang wanita bergelar suri rumah, Parenting Influencer Pn Wawa Shauqi berkongsi infonya.

Semoga dengan perkongsian ini sekurang-kurangnya dapatlah daripada pihak suami atau anak-anak lebih menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh seorang isteri dan ibu. Ini sekali gus, dapat membantu menguatkan emosi wanita yang sedang berjuang dalam mengurus rumah tangga.

BETUL KE JADI SURIRUMAH NI STRESS?
Jadi surirumah ke, ibu bekerja ke, ayah bekerja ke, masing-masing ada cabaran tersendiri.
Bagaimanapun, bila keluar data begini, dari study yang legit, pasti ada sebab di sebaliknya.

Nota ni adalah dari nota Konvensyen Suri 2 tahun lepas. Info ni dikongsi oleh psikologis Akif Basri.

Photo by Kristina Tripkovic on Unsplash

Antara Top 10 Penyebab Surirumah Lebih Stres adalah:

1️⃣ Menjalani rutin yang sama setiap hari

2️⃣ Tidak berpeluang bersosial dengan manusia lain

3️⃣ Terkurung di dalam rumah. Bayangkan bertahun-tahun dok pusing-pusing dalam rumah je

4️⃣ Tidak mempunyai pendapatan untuk menyara kehendak

5️⃣ Kejaya surirumah menggunakan kekuatan fizikal, mental dan emosi secara serentak.

6️⃣ Tidak pernah cuti. Orang beraya pun cuti. Tapi surirumah bila raya lagi banyak kerja. Dah la kerja tak bergaji.

7️⃣ Mengurus dan mengawal kerenah serta masalah anak anak-anak yang mencabar.

8️⃣ Tekanan masyarakat.
“Bazir sijil kau belajar tinggi-tinggi last-last dok dapur.”
“Dok rumah habiskan beras laki.”
“Korang ni golongan yang taknak memajukan diri.”

9️⃣ Badan keletihan. Tapi masih perlu membahagikan masa untuk melakukan pelbagai tugas dalam satu hari.

🔟 Busy mind. Kepala sentiasa memproses pelbagai pemikiran. Antara tugas rumah, keperluan anak-anak, dan keperluan suami.

Nombor 1-3 tu, ramai dah merasa waktu pandemik melanda dengan dasyat 2 tahun ni kan!

Faktor yang menggandakan lagi stres ni bila :
– Bekerja sambilan dari rumah
– Anak masih kecil
– Anak rapat-rapat
– Anak istimewa
– Campur tangan mertua dan ahli keluarga (selalunya sebab tinggal sebumbung)
– Tiada sokongan dan bantuan dari pasangan

Sesungguhnya, tak mudah jadi surirumah sebenarnya. Dah lalui sendiri, barulah tau cabarannya.

Janganlah perkecilkan mereka ni. Sesungguhnya kerjaya mereka ni mulia.

Siapa je sanggup sandang tugas macam-macam tapi tak diberi cuti dan takde gaji?

Ada yang sanggup melupakan cita-cita dan kepuasan kerjaya, demi nak membesarkan anak-anak yang cukup kasih sayang dan penjagaan.
Hargailah mereka.

Sesekali, pegang bahu dan cakap kat mereka, “You are such a brave and strong for being a housewife.”

Itu pun dah cukup beri mereka kekuatan.

Jom pakat beri kata-kata yang empowering buat golongan ini dan ibu-ibu lain yang sedang struggle.

Sumber : Wawa Shauqi