Dalam keluarga, pasti akan ada seorang anak menjadi saksi kesusahan orang tua mereka demi membesarkan mereka sekeluarga.
Sama seperti situasi di atas, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad membawa ibunda kesayangannya ke kedai emas membeli perhiasan tersebut sebagai balasan atas kegigihan dan kasih sayang yang dicurahkan buat mereka sekeluarga sedari kecil.
Perkara itu dikongsikan di laman Instagram Uyaina sendiri di mana dia kelihatan sedang melayan ibunya itu ketika memilih barang kemas di sebuah kedai.
Video tersebut mendapat perhatian warganet apabila Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad turut berkongsikan tentang jasa ibunya sebagai ibu tunggal yang membesarkan dia dan adik-beradik sendirian.
“Aku membesar melihat kesusahan seorang ibu tunggal membesarkan empat orang anak seorang diri.
“Arwah ayah aku meninggal sewaktu aku berusia empat tahun.
Ads
“Sejak dari itu mak akulah yang membanting tulang siang dan malam untuk membesarkan kami empat beradik seorang diri.” tulisnya dalam video yang dimuat naik.
Malah, Uyaina juga meluahkan rasa sedih kerana ketika keluarganya diuji dengan kesusahan, dia menjadi saksi ibunya sanggup menggadaikan emas demi perbelanjaan keluarga.
“Memandangkan aku yang paling bongsu, jadi aku lah yang selalu ikut dia ke kedai pajak gadai.
“Bila ada duit lebih dia akan beli emas. Bila waktu terdesak dia akan pajak emas dia itu balik untuk dapatkan duit.
Ads
“Kadang-kadang, tergadai begitu sahaja sebab tak cukup duit nak tebus balik.” luahnya.
Oleh sebab itu, ibu kepada anak seorang ini juga menyimpan azam untuk membalas jasa ibunya dengan menghadiahkannya barang kemas.
“Sejak dari itu aku berazam. Aku berazam untuk belikan dia emas. Sejak aku mula bekerja, Alhamduillah aku dapat belikan satu piece barang kemas untuk dia setiap tahun. Dia pilih nak yang mana.
“Aku rasa happy dan bangga bila tengok mak aku pakai barang kemas yang aku belikan untuk dia. Setiap kali selepas aku hadiahkan emas untuk dia, cuma satu yang aku minta iaitu doa dari ibuku.
Ads
“Terima kasih kerana memberikan aku keberkatan dalam hidup ini. Wahai ibu ku Selamat Hari Ibu Syurgaku!” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, ada yang berkongsi cerita mempunyai pengalaman yang sama dengan Uyaina. Malah, ada yang mengharapkan dapat berbakti seperti Uyaina dan juga sempat menitip doa yang baik-baik buat Uyaina dan ibu
Sumber: TikTok
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Serangan pandemik koronavirus (Covid-19) meninggalkan impak maksimum kepada rakyat Malaysia termasuk ramai yang hilang pekerjaan ketika dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apabila tiada lagi punca pendapatan ia akan menjejaskan kehidupan keluarga.
Tular baru-baru ini sebuah keluarga tinggal di bawah jambatan berhampiran dengan sebatang sungai mengundang sebak.
Video menerusi perkongsian puan Siti Riana di laman facebooknya memaparkan kunjungan ke rumah anak muridnya.
“Cikgu lawat rumah anak muridnya…
I cried.. I’m sorry. I need to be alone now. My heart can’t take it anymore…”
Bersama rakan-rakannya beberapa orang guru turut hadir melihat keadaan rumah.
Dalam pada itu, tinjauan komen mendapati rata-rata warganet melahirkan rasa sebak melihat kediaman murid berkenaan.
Terkini: Keluarga ini telah mendapat perhatian pihak yang menghulurkan bantuan.
Update.. Keluarga yang duduk bawah jambatan tepi sungai telah disantuni dan bantuan sewajarnya sedang diusahakan. Kita berharap segalanya dipermudahkan.
Terima kasih cikgu adik Tasha, netizen dan semua pihak yang prihatin.
Moga keluarga ini dapat meneruskan kehidupan lebih sempurna bersama keluarga.
Hubungan suami isteri bukan sekadar saling memahami, tetapi juga menjadi teladan terbaik untuk anak-anak. Namun, tanpa kita sedar, kadang kala perasaan tidak puas hati terhadap pasangan terlepas dalam bentuk kata-kata negatif di depan anak-anak. Perkara kecil seperti mengeluh atau mengumpat pasangan boleh memberi kesan besar kepada cara anak-anak memandang ibu bapa mereka.
Kata-kata seperti, “Bapak kau ni pemalas!” atau “Mak kamu menyusahkan betul,” mungkin nampak ringan, tetapi sebenarnya ia menggugat rasa hormat anak terhadap ibu bapa. Bila anak-anak sering mendengar kritikan sebegitu, ia membentuk persepsi buruk yang kekal hingga mereka dewasa. Lebih buruk lagi, ia boleh menyebabkan hubungan yang renggang dan hilangnya rasa kasih serta hormat dalam keluarga.
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh saudara Khairul Nadzir perlu kita ambil peduli untuk kesejahteraan rumah tangga.
MENGUMPAT DI BELAKANG PERIHAL PASANGAN DEPAN ANAK-ANAK “Saya dengar dengan telinga saya sendiri tuan, saya balik dengan penatnya, isteri saya suruh anak-anak masuk bilik sambil cakap ‘binatang tu dah balik’!” Sambil berkaca matanya bercerita.
Saya tak tahu apa yang berlaku antara dia dan isteri, tapi masih terngiang ceritanya walaupun dah bertahun kisah ini berlaku. Kita tak sedar, kadang kala kita ini ter’mengumpat’ dengan anak-anak di belakang suami atau isteri. Padahal benda kecik je. Tapi anak-anak akan ingat sampai bila-bila walaupun dalam usia kecil terhadap ‘umpatan’ di belakang. “Aish, mak kamu ni, menyusahkan betullah” “Itulah perangai bapak kau, pemalas!” “Jangan jadi macam mak kau tu, comot!”
Perkataan yang tanpa sedar, kita sebut depan anak-anak, tapi tidak diketahui oleh sang suami atau isteri. Anak-anak ambil perkataan ini sebagai ‘judge’ kepada ibu ayahnya, dan tak sedar, anak-anak hilang respect perlahan-lahan sampai mereka besar, dan tiada masalah untuk merasa hina terhadap kita sebagai makayah, maka, biadab adalah intonasi yang jadi kebiasaan kepada kita daripada anak-anak. Nauzubillah. Saya banyak belajar dengan orang keliling terutama isteri saya, apa yang nak disebut dengan anak-anak ketika pasangan tiada bersama untuk bekerja atau sewaktu dengannya supaya anak-anak kita boleh tahu erti kemuliaan kepada ibu ayahnya.
Buatlah 5 ‘skrip mengumpat’ di belakang pasangan kita ni depan anak-anak, insyaAllah tanpa sedar, walaupun kita jarang dengan anak, anak mampu jadikan kita ni hero/heroin di mata mereka.
1. Selalu sebut ayah/ibu tiada di rumah sebab apa. “Ayah pergi kerja, nak bawak balik rezeki” “Ibu pergi berniaga, sebab nak tolong ayah” “Ayah keluar lama-lama, sebab ayah pergi tolong orang/ dakwah,” “Mak keluar dengan kawan-kawan, sebab nak rehat kejap, kan ibu dah lama dengan korang,” Nampak simple, tapi anak tahu pasangan kita keluar rumah ada tujuan yang jelas. Elakkan guna ayat-ayat yang anak kita ada soalan kedua, contohnya, pergi meeting, dan pergi jumpa kawan atau lain2. Anak kita tak sampai lagi level kena tahu benda-benda ni. Biar kita sebagai pasangan je simpan.
2. Sebut timeline waktu balik pasangan. “Ayah/mak kau kalau dah jumpa kawan, tak reti balik!” “Ayah/mak kamu mana reti balik bila dah kerja, tak payahlah tunggu!” “Ayah/mak kau kalau dah keluar, jalan balik rumah pun lupa!” Boleh bayang tak apa yang anak akan proses dalam otak bila pasangan sebut begini? Kita tak puas hati pada pasangan tu satu hal lah. Tapi janganlah drag anak kita sekali utk bencikan ibu ayah mereka sendiri. Sebutlah, contoh.. “Ayah/mak keluar sekejap dengan kawan-kawan tu, nanti baliklah,” “Ayah/mak keluar 2-3 hari je tu.”
3. Puji penampilan dan sikap positif pasangan depan anak-anak “Cantiknya anak ayah pakai tudung, macam mak laaa,” “Sihatnya anak umi, macam abinya’” “Along ni rajinlah, macam abi,” “Adik ni sopan je, macam umi,” Perkataan yang kecil, tapi impaknya teramat dahsyat, terutama sekali kepada anak perempuan. Tanda-tanda anak-anak tak boleh jadikan ibu ayahnya sebagai hero/heroin hidup mereka, apabila pasangan gagal bercerita hebatnya ibuayah mereka daripada kita sendiri. Tak sedar kita selalu ‘ejek’ pasangan depan anak-anak dengan bentuk fizikal, rupa paras, sikap dan tingkahlaku yang negatif, sehingga anak-anak berani ‘ulang’ perkataan itu depan orang ramai. Buanglah benda ni. Rugi untuk kita sekeluarga.
4. Selalu rasionalkan anak, apabila pasangan kita buat sesuatu pada anak. “Along kena tahu kenapa abi marah, sebab apa yang along buat tu salah,” “Abi bawak awak makan-makan ni sebab, nak hargai umi yang banyak jaga awak semua,” “Adik cuba tengok umi, penat tak? Sebab umi nak bagi yang terbaik pada adik” Siapa lagi yang nak jadi backup besar kepada kita kalau bukan pasangan kita sendiri. Jangan manipulate situasi depan anak-anak untuk dilihat ‘sayang sebelah pihak’ kalau pasangan kita buat sesuatu pada anak, apatah lagi dalam situasi menghukum anak oleh salah seorang daripada pasangan.
5. Ajar anak bacakan doa dan al fatihah untuk makayah dia secara kerap jika berjauhan. Saya rasa inilah asas paling besar dalam memastikan kita beri perkataan yang terbaik pada anak ketika pasangan kita berjauhan atau berada di ‘belakang’ kita. Seawal usia kecil dah diajar untuk doakan ibu bapanya. Bukan hanya bila dah tiada, baru nak dibacakan doa, kerana hati kita ini ada pemilik-Nya. Bila tidak berdepan dan bersua, yang mengikat kita ini hanyalah Allah. Tanamkan anak-anak kita ni dengan ikatan yang paling mulia, iaitu doa kepada Allah. InsyaAllah, pandangan sakinah dan mawaddah sentiasa akan terbit walaupun berjauhan, dan insyaAllah juga hati ini akan tidak tergamak berkata yang buruk-buruk di depan anak terhadap pasangan kita. Begitulah . So, silalah mengumpat yang baik-baik ye pada pasangan kita di depan anak
Enggan mengambil sebarang risiko, penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Cinta Lestari yang baru mendirikan rumahtangga pada Disember lalu tidak merancang untuk memiliki cahaya mata lagi.
Menurut Bunga, dia tidak mahu mengambil sebarang risiko memandangkan usianya kini sudah pun menjangkau usia 41 tahun.
“Rasa tidak mahu anak lagi, saya sudah tua. Mungkin berisiko sebab saya sudah lebih 40 tahun.
“Dikala usia 35 hingga 40 tahun sudah mula risiko jika hamil lagi,” kongsinya dalam satu temubual.
Berkongsi kisah kehidupannya selepas kembali bergelar isteri, akui ibu kepada Noah Sinclair ini lagi, hidupnya juga kini berubah selepas kehadiran Tiko.
Jika dahulu Ashraf menjadi peneman hidupnya paling serasi, kini akui Bunga, dia menjalani kehidupan yang berbeza dengan Tiko.
“Saya rasa amat serasi dengan Ashraf. Jadi terfikir terus untuk hidup sendiri. Hampir lapan bulan menangis setiap hari selepas kehilangan dia.
“Kemudian saya cuba buka lembaran baru. Pasti ada perbezaan kerana Tiko bukan Ashraf. Saya jalani hidup baru kerana saya juga sudah berbeza,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Bunga dan Tiko mendirikan rumah tangga pada 2 Disember tahun lalu di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hafiz cilik, Ahmad Ziyyad, 10 tahun, hafal 30 juzuk dalam tempoh 4 bulan. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Ahmad Ziyyad Mohd Zahir, mengukir pencapaian luar...