Setiap orang mempunyai sejarah dan memori yang sukar untuk dilupakan. Lebih-lebih lagi kisah kesusahan yang terpaksa dilalui sebelum menempa kejayaan.
Demikian juga dengan pelakon Kota Singa ini. Dalam perkongsiannnya baru-baru ini, Datuk Aaron Aziz berkongsi kenangan indah bersama kereta pertamanya sebelum menempa nama sebagai selebriti.
Aaron menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya memberitahu kereta tersebut banyak berjasa kepadanya sejak tahun 2005 lagi.
“Kereta pertama saya. Kereta yang banyak berjasa pada tahun 2005-2008. Naik turun SG-KL selama 3 tahun masa mula berlakon di Malaysia.
“Kalau siapa ingat drama Janji Diana RTM mesti akan ingat kereta ni. Dan dalam kereta tu lah My Diyana @diyanahalik yang dah berjanjj sehidup semati. Insya-Allah. Nama anak saya, Anaqi @danishanaqiaaron dibahagian bonet kereta. Inilah permulaan saya,” kongsinya.
Memuat naik gambar kereta tersebut, Aaron turut memberitahu kenderaan itu jugalah yang dijadikan tempat berlindung sewaktu dia tiada tempat untuk melelapkan matanya ketika itu.
“Kereta inilah yang menjadi rumah kalau tak ada tempat tidur. Kereta inilah yang menjadi tempat rehat.
“Kereta inilah yang sangkut banjir kat Ampang. Kereta nilah banyak kena saman sebab nak sampai KL awal. Terima kasih ALLAH,” coretnya.
Aaron mendirikan rumah tangga dengan Datin Diyana Halik pada Ogos 2003. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Danish Anaqi, 16, Dwi Ariana, 14 dan Dahlia Arissa, 10.
Sumber: aarondwiaziz