Jadi Mahu Jadi Isteri Kebanggaan Suami, Ikut 5 Saranan Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah Ini, Rugi Kalau Tak Buat!

Share

Apabila sudah berkahwin, setiap orang akan target nak bahagia dengan pasangan hingga ke Jannah. Tetapi macam mana nak mula dan apa ‘tali’ yang boleh simpulkan hubungan untuk membentuk jadi keluarga bahagia?

Lumrah dalam kehidupan berumah tangga, bak kata pepatah sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri. Pergeseran dalam rumah tangga perkara biasa. Namun, jangan biarkan berlarutan kena ia boleh meninggalkan impak negatif.

Bagi setiap isteri, jika mampu buat suami bahagia dan bangga dengan anda, itulah bonus terbesar buat anda. Soalnya bagaimana?

Menurut Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, semua wanita harus belajar untuk menjadi kebanggaan suami masing-masing. Inilah rahsia kunci bahagia dalam rumah tangga. Ini yang disarankan oleh beliau.

1. Taat Pada Allah

Taat pada Allah sebagai asas untuk taat kepada suami. Jika perintah Allah dituntut dengan sebaiknya pasti semua isteri akan tahu tanggungjawabnya pada suami. Walau suami tak pernah puji dalam hatinya dia bangga bila mana memiliki seorang isteri yang patuh pada agama!

2. Perbaiki Pakej Diri

Pakej diri seorang wanita tentunya cantik luar dan dalam. Jadi perbaikilah diri anda secara dalaman dan luaran. Kalau hati bersih dan tak ada buruk sangka atau niat yang tidak baik ditambah pula dengan luaran yang cantik, suami pasti sangat bangga.

3. Ikhlas Taat

Taat kepada suami dengan seikhlas hati adalah satu ibadah. Mana-mana suami pasti bangga jika miliki seorang isteri yang taat dan patuh dengan apa yang dimintanya. Tapi pastinya ketaatan anda dilakukan dengan seikhlas hati. Ikhlas hati kita boleh dilihat dengan jelas. Suami apatah lagi.

4. Berhias Diri

Jadi isteri kenalah pandai berhias diri, cantik dan wangi untuk suami. Kalau suami hendak balik daripada kerja, bersiaplah secantik mungkin untuk suami. Semburlah apa yang patut untuk lebih wangi. Suami bangga punya isteri begini. Usaha anda bukan sia-sia!

5. Sayang Mertua Dengan Ikhlas

Hormat dan sayangilah keluarga mertua anda dengan ikhlas hati. Jadi diri sendiri dan sayangilah mereka seperti keluarga anda sendiri. Walaupun suami tidak pernah beritahu tetapi dalam hatinya dia cukup bangga apabila isterinya jadikan ibu dan ayahnya sebagai keutamaan.Ini penting!