Jadi Cucu Pertama, Bunga Segalanya Buat Sheila Rusly
Tidak ada yang lebih indah dari kelahiran cahayamata. Pastinya pasangan suami isteri teruja menyambut kelahiran anak pertama.
Namun, nenek dan datuk turut sama merasai kegembiraan terutama apabila merupakan cucu pertama dalan keluarga berkenaan.
Artikel trending: Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je
Begitulah juga dengan pelakon dan pengacara Sheila Rusly apabila kelahiran cucu pertama hasil perkahwinan anaknya Uzair Haqimy bersama pelakon Elisya Sandha yang menyerikan keluarga kecil mereka.
BUNGA ADALAH SEGALANYA BUAT SHEILA RUSLY
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Lebih manis, Uzair Haqimy dan isteri Elisya Sandha, menamakan anak sulung mereka mengikut pilihan nama Sheila Rusly iaitu Bunga Elhaq.
Menambah keterujaan itu, Sheila juga merupakan orang yang pertama yang membeli barang dan kelengkapan cucu perempuannya itu.
Kini Bunga Elhaq berusia empat bulan semakin aktif dan pada usia begini sudah mula meneroka persekitarannya.
Muat naik hantaran instagram milik Sheila Rusly berkongsi video membawa cucu kesayangannya ketika melakukan senaman bersama suaminya.
Bunga kelihatan ceria dan duduk diam ketika neneknya melakukan aktiviti senaman. Bagusnya nenek sambil bersenam bawa cucu meneroka persekitarannya.
“My everything”-Sheila Rusly
Dalam pada itu, Sheila menjelaskan bahawa cucunya adalah keutamaan buat dirinya. Jika keluar berkerja pun tak boleh lama meninggalkan Bunga.
“Kalau saya pula ada kerja, sekejap-sekejap akan tengok jam sebab nak balik cepat jumpa Bunga.”
Namun, Sheila memberitahu ibu bapa kepada Bunga tetap menjaganya seperti biasa. Dia hanya membantu meringankan tanggungjawab anak-anaknya jika ada urusan kerja. Biarpun mempunyai pembantu, Sheila tidak kisah untuk menjaga cucu kesayanganya yang masih kecil.
“Buat masa ini Bunga segala-galanya. Ke mana-mana pergi memang beli barang untuk dia. Bunga carta nombor satu saya. Kalau bab tidur masih dengan mak ayah dia. Kita takkan ambil tempat mak ayah dia.”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kagum melihat cara Sheila Rusly melayan cucu pertamanya.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club