Sering kali orang melabelkan ‘anak mak’ kepada lelaki yang cukup rapat dengan ibunya. Justeru, apabila lelaki ini mahu mendirikan rumah tangga, ada yang berpendapat sukar untuk menantu dan mentua untuk sepakat dalam segala hal. Kerana itu, ada yang cuba mengelak dari bertemu jodoh dengan ‘anak mak’.
Namun, kalau sudah jodoh, terima pasangan seadanya dan cubalah mencari alternatif supaya rumah tangga yang dibina aman bahagia. Dalam masa yang sama hubungan dengan mentua tetap jernih.
Sebenarnya, terpulang kepada bagaimana suami isteri itu melayari mahligai hidup bersama. Masing-masing kena memainkan peranan dalam memastikan rumah tangga yang harmoni, saling menghormati dan mencari jalan agar tidak melukakan hati pasangan dalam segala tindak tanduk.
Ada teori yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud, secara semula jadinya anak lelaki sememangnya lebih cenderung untuk rapat dengan ibu manakala anak perempuan pula lebih senang untuk bersama bapa.
Cuma, apabila ada anak lelaki terbawa-bawa sikap itu hingga dewasa dan lebih parah selepas melangsungkan perkahwinan pun segala keputusan berkaitan rumah tangganya akan dirujuk kepada ibunya terlebih dulu hingga mengetepikan perasaan isteri sendiri.
Jika keadaan ini tidak dibendung, mulalah berlaku banyak pergaduhan antara suami isteri, isteri bermasam muka dengan ibu mertua dan lebih teruk, berlaku perceraian kerana sikap suami yang melebihkan ibu sendiri dalam semua hal.
Ads
Hadamkan perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin tentang isu ini.
Boleh nak jadi “anak mak”, tapi berlakulah adil…
Semua isteri tahu yg syurga seorang lelaki itu tetap bersama ibunya…semua isteri sedar akan perkara ini, tp janganlah jadikan itu sebagai alasan utk kita berlaku tidak adil dgn isteri, iaitu melebihkan ibu sehingga mengabaikan tanggungjawab2 terhadap si isteri dan anak2…
Susah isteri nak berlapang dada bila jd mcm ni…
Ads
Nak buat keputusan utk keluarga sendiri hatta keputusan yg kecil, simple seperti nak p jalan2, nk kluar makan, nak belanja anak2, nak beli barang – semua tanya mak…
Apa jua yg berlaku dlm rumahtangga, isteri masak tak sedap, isteri blk keje lambat, isteri sibuk dgn anak2, isteri p kursus seminggu, isteri balik umah org tuanya – semua bgtau kat mak…
“Mak saya kalau potong sayur, dia x potong mcm awk potong…mak saya klu siang ikan, dia akan buang isi perut ikan dlu…mak saya klu sidai baju, dia akan libas2 dulu baju…” – Semua dibandingkan dgn apa yg mak buat…
Apa yg perlu kita tahu, cara mak dgn cara isteri TAK SAMA tp at the end, keputusannya SAMA, hasilnya SAMA…sayur bleh mkn walaupun dipotong mcm tu, ikan boleh digoreng walaupun disiang mcm tu dan baju boleh kering dan dilipat walaupun dijemur mcm tu…
Ads
Ada kebaikan, ada keburukan jika kita nk tanya, bgtau dan bandingkan dgn mak akan smua perkara yg berlaku dlm rumahtangga kita…cumanya, kita perlu menilai dari sudut perlu atau tak kita berbuat sedemikian…apa kesannya jika kita berbuat sedemikian…
Jadi seorang anak tak susah klu kita tahu cara nk jadi seorang suami yg baik…tp klu kita hanya tahu cara utk menjadi seorang anak sahaja, maka kita akan buat salah dlm menjadi seorang suami…
Letakkanlah mereka berdua di tempat yang sama, yg istimewa dalam hati kita kerana kedua-duanya adalah tanggungjawab utk dijaga dan disayangi oleh kita sebagai seorang suami dan anak…
Jgn syurga yg kita cari, tapi neraka yg kita dapat dek kerana penganiayaan yg kita buat terhadap isteri dan anak2 kita sendiri…✌️
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hendak seribu daya tak nak seribu dalih, peribahasa ini begitu dekat dengan usaha yang ditunjukkan oleh seorang wanita yang juga bergelar ibu kepada seorang anak yang masih kecil dalam usahanya membina sendiri rumahnya dengan keluasan 1,200 kaki persegi.
Apa yang lebih mengkagumkan meskipun tiada pengalaman dalam pertukangan dan seni bina bangunan sekali pun, ia tidak menjadi penghalang buat Auni Haswani Faizun yang juga merupakan pemegang Diploma Dakwah & Pengurusan dari Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) untuk mendirikan rumah dari hasil sentuhan tangannya sendiri.
Kisah ini tular apabila Auni berkongsi video di aplikasi TikTok. Wargamaya terpegun apabila melihat dia tidak sedikit pun kekok dalam melakukan kerja-kerja pertukangan yang lasak. Lagaknya seperti seorang yang profesional dan menyebabkan video tersebut mendapat tontonan hingga 1.8 juta tontonan.
Apatah lagi menurutnya, keputusan dibuat selepas dia dimaklumkan kos untuk membuat kendang kambing sahaja sudah hampir mencecah RM10,000.
Apabila mengenangkan harga barangan binaan yang semakin melambong naik dan ditambah pula kos khidmat tukang rumah juga meningkat, sekali gus dia nekad untuk membina rumah impian daripada usaha kerja tangannya sendiri.
“Saya tak pernah tanya tukang rumah berapa jumlah keseluruhan kalau nak buat rumah, tapi yang pasti kos bahan mentah semua mahal kerana harga barang naik. Kalau upah lagi la (mahal).
“Sebab sebelum ini ada juga tanya kawan berapa upah kalau nak buat kendang kambing dan dia cakap hampir RM10,000.
“Disebabkan itu saya ambil keputusan untuk buat sendiri,” kongsinya.
Tambahnya lagi memetik perkongsiannya di mStar difahamkan disebabkan kesukaran membuat pinjaman bank turut menjadi asbab pembinaan rumah tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang singkat.
“Dah lama saya rancang nak buat rumah ni iaitu selepas mak bahagikan tanah kepada anak-anaknya. Saya ada enam beradik yang mana empat orang menerima tanah di tempat lain manakala tanah rumah mak dibahagaikan kepada saya dan adik. Jadi saya ambil tapak yang ada garaj.
“Disebabkan tak dapat buat pinjaman bank, saya guna sepenuhnya duit gaji yang diperolehi daripada mengajar al-Quran dan fardu ain di asrama.
“Waktu pagi saya berkerja sebagai tukang kayu,” ujarnya yang mengutip pengalaman awal daripada bapanya ketika melakukan kerja ubah suai dapur rumah mereka.
Meninjau di ruangan komen, warganet memuji skill yang dimiliki oleh wanita ini dalam membina rumah. Tidak terkecuali ada juga yang berkongsi pengalaman gunakan keringat sendiri untuk membina rumah impian.
“Alamakkkk…lagi cantik dia ikat batu daripada aku ikat.. 😂😂😂 Btw, saya pun buat rumah sendiri je. 0 pengalaman. Sumua belajar dekat youtube je.😂😂,” komen salah seorang warganet.
“Aku hari-hari guna mesin kerja kayu kak. Tapi sampai sekarang tak berani guna grinder😂. hebak do k,” puji yang lainnya.
“Ni baru betul hantaran 20k..hahaha,” usik netizen.
“Kemas dan teratur ikat batu macam pekerja mahir 👍👍👍👍,” tulis yang lain.
Terbaharu, pelakon Ungku Ismail mendedahkan rakan baiknya yang juga merupakan pelakon, Nad Zainal kini dalam keadaan baik.
Khabar gembira itu dimaklumkan oleh Ungku menerusi laman Instagramnya semalam yang meminta agar orang ramai supaya tidak henti mendoakan Nad Zainal kembali sihat seperti sedia kala.
“Nad Zainal masih lagi dalam proses pemulihan. Alhamdulilah, dia dalam keadaan yang baik. Saya mohon agar kamu semua terus mendoakan dia, sembuh, dilenyapkan segala jenis penyakit dan kesakitan yang ada pada dia dan kembali seperti sedia kala dalam masa terdekat,” katanya.
Bukan itu sahaja, Ungku turut mengatakan dia bukan sengaja tidak mahu memberi sebarang perkembangan mengenai keadaan terkini Nad namun, orang ramai perlu memahami bahawa dia kini masih dalam proses pemulihan.
Jelasnya, sebelum ini dia kerap memberi perkembangan kesihatan Nad disebabkan tidak mahu sebarang anggapan atau spekulasi yang mengarut dilakukan oleh umum terhadap pelakon yang berusia 32 tahun itu.
“Saya tak nak sebenarnya maklumkan perkembangan Nad pada setiap masa sebab dalam proses pemulihan ini, dia kena banyak berehat.
“Saya tidak boleh nak cerita sangat, berlainan pada awal-awal dahulu, saya cerita secara terperinci sebab tak nak orang buat spekulasi yang bukan-bukan walaupun pada akhirnya ada juga orang buat dan tak tahu atas niat apa,” tambahnya.
Terdahulu, Ungku Ismail mendedahkan aktres Nad Zainal kini menunjukkan perkembangan yang positif dari saban hari dimana rakannya itu sudah tidak lagi bergantung pada alat bantuan pernafasan.
Namun begitu, Nad Zainal kembali bergantung kepada alat bantuan pernafasan apabila paru-paru aktres tersebut masih belum kuat untuk berfungsi sendiri.
Tular di laman Tiktok seorang wanita yang dikenali sebagai Aisyah Ishak menjaga kedua ibu bapa yang sakit terlantar atau (bedridden).
Menurut Aisyah ayahnya sakit saraf sejak tahun 2021 manakala si ibu pula diserang strok mini pada tahun 2022.
Tidak dapat dinafikan menjaga pesakit yang terlantar bukanlah satu perkara yang mudah.
Ia memerlukan tenaga yang kuat untuk mengangkat mereka tambah lagi jika ingin membersihkan badan atau ke tandas.
GUNAKAN KEMUDAHAN UNTUK BERGERAK
Aisyah berkongsi akaun TikTok miliknya cara dia menguruskan kedua ibu bapanya yang terlantar dengan menggunakan ‘hoist crane’.
Menerusi video yang dikongsikan dapat dilihat Aisyah menggunakan alat kawalan tersebut untuk membantunya mengangkat dan mengalihkan ibunya dari atas tilam ke kerusi roda.
Walau bagaimanapun, Aisyah juga memerlukan bantuan daripada abangnya yang turut menjaga kedua ibu bapanya setiap kali ingin memasukkan ibu ke dalam kereta.
Apa yang lebih menarik perhatian, menerusi video lain yang turut dikongsikan olehnya Aisyah menunjukkan dia juga ada membina katil DIY bersaiz queen dengan menambah roda untuk memudahkan dia menguruskan ibunya.
Dia menjelaskan bahawa alat kawalan hoist crane itu turut dibeli di atas talian.
“Hoist crane tu saya beli di Shopee, lepas tu minta tukang rumah pasangkan,” jelasnya yang juga merupakan penuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Melihat di ruangan komen, ramai yang rasa tersentuh melihat kegigihan Aisyah dan abangnya menjaga kedua ibu bapa mereka.
Di ruangan komen terdapat yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah melalui perkara yang sama.
Ada juga yang memuji mereka orang yang hebat kerana tidak semua orang mampu menjaga ibu bapa sama ada dari segi fizikal, kewangan dan masa.
“Aku tengok video TikTok ni mengalir air mata jantan aku..”
“Saya jaga nenek saya sekarang macam ni lah, dia tak ada sakit kronik cuma dia tak ada kaki sebelah je. Setiap kali buat pemeriksaan macam nilah saya angkat sorang….”
“Saya tahu macam mana rasanya jaga orang sakit.. saya pernah rasa jaga adik strok, nak angkat punya payah sebab badan dia tak ada daya”
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...