Hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga, sudah pasti pelakon dan penyanyi Izzue Islam serta isterinya, Awin Nurin tidak berhenti berusaha dan berdoa agar dikurniakan cahaya mata
Memetik mStar Online, Izzue memaklumkan dia dan isteri terpaksa menghentikan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata berikutan kesibukan kerja serta jadual kerja yang padat.
“Untuk rawatan (IVF), kami sudah berjumpa dengan doktor dan keputusan semuanya baik sahaja cuma doktor pesan perlu ada masa untuk rehat sebab kalau kerja berterusan mungkin akan mengganggu proses rawatan
“Jadual saya agak padat pada tahun ini dan untuk tahun depan pun ada yang sudah susun jadi saya dan isteri rancang nak kosongkan jadual sekurang-kurangnya sembilan bulan,” katanya.
Dalam pada itu, Izzue memberitahu dia akan kembali menyambung rawatan pada hujung tahun ini jika diberikan kesempatan waktu.
“Saya memang nak sambung kembali rawatan cuma komitmen kerja sangat tinggi saat ini, kalau sempat hujung tahun ini kami akan cuba lagi sekali,” katanya.
Untuk rekod, Izzue mendirikan rumah tangga dengan Awin Nurin pada 2 Jun 2013.
Apapun, moga urusan Izzue dan Awin dipermudahkan pada waktu akan datang.
Benarlah orang kata, Rezeki tak bermaksud dari segi anak saja, namun sebelum ini Izzue telah memuatnaik satu video yang mana Izzue dan Awin baru membeli rumah baru mereka berdua. Memang besar dan luas ya. Alhamdulillah tahniah Izzue dan Awin
Sumber : Roti kaya