
Pertemuan, jodoh, ajal semua itu rahsia Tuhan. Kita sebagai hambaNya, tak boleh nak menidakkan takdir yang datang kepada kita. Jika dulu, bagi insan yang berpisah dengan pasangan kerana meninggal dunia atau berpisah hidup, dan mahu berkahwin semula pasti dipandang enteng oleh masyarakat. Tetapi tidak masa kini kerana orang lebih bersifat terbuka.
Bagi anak-anak pula, ada juga yang tidak bersetuju jika ibu atau ayah mereka memilih untuk berkahwin lagi, namun apapun mereka perlu akur jika itu yang terbaik buat orang tua mereka.
Lain pula bagi kisah wanita ini yang dikongsikan di laman Tiktok yang memberi keizinan buat ibunya berkahwin sekali lagi selepas berpisah dengan suaminya terdahulu.
Apa yang menarik perhatian, ibunya yang berusia 60 tahun itu telah memilih seorang jejaka yang berusia 23 tahun sebagai suaminya telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen!
Mana tidaknya, wanita terbabit berkongsi tidak lama kemudian dia sudah menjumpai jodohnya yang berusia 28 tahun dan ini bermakna, bapa tirinya adalah lima tahun lebih muda berbanding dengan suaminya.
Watch on TikTok
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum apabila melihat kebahagiaan keluarga wanita berkenaan yang menemui jodoh masing-masing meskipun terdapat perbezaan dari segi usia.
Malah, mereka berpendapat walaupun ibunya berkahwin bersama jejaka yang jauh lebih muda, apa yang lebih penting adaah mampu menjaga insan tersayangnya itu dengan baik.
Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar keluarga wanita tersebut sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat dan menegaskan apa yang berlaku adalah kuasa serta takdir Allah yang menentukan segala-galanya.
Sumber: TikTok @ecacuwitcawer
https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s
Lelaki Ini Kongsi Rahsia Rezeki Melimpah Ruah Yang Ramai Orang Tidak Buat

Rezeki ini boleh kita jemput dengan melakukan pelbagai amalan yang disarankan oleh Islam. Ikuti perkongsian oleh Mohamad Arymin semoga ilmu ini bermanfaat bersama untuk kesejahteraan keluarga.
Amalkan 4 perkara di bawah ini dalam kehidupa, InshaaAllah kita semua akan mendapat hasil yang sangat dasyat!
𝟰 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗠𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗴𝗻𝗲𝘁 𝗥𝗲𝘇𝗲𝗸𝗶
Rezeki ni sebenarnya datang dalam pelbagai bentuk yang anda tak sedari.Kerja yang bagus, badan yang sihat, keluarga yang bahagia dan lain-lain lagi.Cuma yang selalunya orang nampak adalah rezeki dalam berbentuk wang ringgit.
Ya, wang ringgit.Kertas yang bertulis angka 10, 20, 50 tu.
“Aku dah kerja sungguh-sungguh, kenapa gaji masih tak cukup, hidup miskin, hujung bulan makan meggi?”
“Aku dah belajar sampai PhD, kenapa sampai sekarang belum dapat pekerjaan setara dengan kelulusan.Terpaksalah jadi Abang Delivery”
“Aku bukan tak cantik/hensem, kenapa belum bertemu jodoh lagi.Kawan-kawan semua dah berumah tangga, beranak pinak”
Haaa…Mesti korang pernah ada pemikiran macam kat atas tu bukan? Jangan risau, Abam pun pernah berfikir sedemikian.Biasalah, manusia ni suka mengeluh.
Sedar tak sedar, rezeki sebenarnya makin menjauh bila anda bersikap begitu.Makin mengeluh, makin susah rezeki nak datang.
Jadi, untuk menjadi seorang Magnet Rezeki yang kuat, anda kenalah berubah.Mudah saja, anda kena ikuti 4 langkah di bawah ni.
1. 𝐌𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐊𝐞𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 (𝐈𝐬𝐭𝐢𝐠𝐡𝐟𝐚𝐫)
Rezeki tu seperti air bah yang besar di atas bukit yang tinggi dan kita berada di bawahnya.Bila air bah tersebut turun (rezeki), maka semua mahkluk di bawahnya akan terkena, kecuali mereka yang ada PERISAI.
PERISAI inilah yang menghalang air tersebut terkena kepada kita.
Dalam bahasa mudah, Perisai Rezeki ini adalah dosa-dosa yang kita pernah lakukan,baik dosa kecil mahupun dosa besar.
Jadi, jika anda nak rezeki yang lebat dan banyak.Anda kenalah buka perisai tersebut terlebih dahulu, iaitu caranya dengan memperbanyakkan Istighfar setiap hari.
Beristighfarlah sebanyak mungkin, memohon keampunan agar dosa tersebut diampunkan.Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.In sha allah, saat perisai sudah dibuka maka rezeki akan datang selebat air hujan.
2. 𝐔𝐛𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐫𝐚𝐧 (𝐒𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐨𝐬𝐢𝐭𝐢𝐟)
Hidup kita sekarang adalah projeksi dari akal fikiran, ini dipanggil Law Of Projection.Minda kita ni sangat hebat dan jika anda gagal untuk mengawal minda, minda akan mengawal anda.
Jadi, untuk menjadi magnet rezeki.Anda kena ubah pemikiran supaya sentiasa berfikiran positif.Fikir yang baik-baik sahaja setiap hari walaupun pelbagai dugaan berlaku.
Jika nak kaya, selalu fikir untuk kaya.Jika nak berjaya, selalu fikir untuk berjaya.Jika nak bahagia, selalu fikir untuk bahagia
Mana mungkin kejayaan akan datang jika sikap anda sentiasa berfikiran negatif.Lihat saja mereka yang sudah berjaya hari ni seperti Bill Gates, Robert Kiyosaki dan ramai lagi, salah satu persamaan mereka adalah sentiasa berfikiran positif.
3. 𝐉𝐚𝐠𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐜𝐚𝐤𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐭𝐚
Word has Power, setuju? Sudah banyak kajian dibuat oleh Saintis yang membuktikan setiap perkataan ada energi yang tersendiri samada positif atau negatif.
Apa yang kita cakap, sebut, dan fikir, itu semua adalah doa.Setiap doa pula akan dikabulkan oleh Allah S.W.T, baik yang positif atau negatif.Jadi berhati-hati bila melontarkan sesuatu perkataan samada ditulis, difikir, dan juga percakapan.
Berlatih untuk disiplin diri, cepat-cepat tukar perkataan negatif sebelum terucap.Misalnya, miskin ditukar kepada belum kaya.Sakit ditukar kurang sihat.Susah ditukar kepada tidak mudah.
Malah, jika sebelum ni selalu guna perkataan berenergi rendah maka tukar kepada perkataan berenergi lebih tinggi.Contohnya…
𝐁𝐚𝐠𝐮𝐬 ➡️ 𝐇𝐞𝐛𝐚𝐭 ➡️ 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐇𝐞𝐛𝐚𝐭 ➡️ 𝐃𝐚𝐬𝐲𝐚𝐭.
Maka, anda kena tulis yang baik-baik, fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik sahaja tau setiap hari.
Elakkan juga berkata perkara yang tidak baik kepada orang lain.Ingat, satu jari menunjuk kepada orang, 4 jari pula berbalik kepada kita.
Kata dekat orang lain miskin, maka tak mustahil anda akan berganda-ganda jadi miskin nanti.Kata dekat orang lain Kaya Berjaya, maka in sha allah anda pun turut kaya dan berjaya.
4. 𝐌𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐏𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧
Selesaikan permasalahan di minda dan sentiasa kawal emosi supaya kekal tenang.Ini adalah langkah yang ke 4.
Selalunya bila ada sesuatu persoalan atau masalah, emosi kita akan menjadi tidak stabil bukan?
Risau, stress, marah malah sedih memikirkan persoalan tersebut.Perkara ini tak elok untuk anda kerana ia membawa energi yang sangat-sangat negatif.
Jalan paling mudah bila ada persoalan atau masalah, anda mesti tanya Google. Asal ada internet, terus taip dan keluar jawapan.Dunia dah maju kot!
Haaa..tapi anda lupa yang tak semua benda Google boleh jawab.Namun, In sha allah Al-Quran pasti boleh.
Jadi mohonlah petunjuk dan jawapan kepada setiap masalah anda berpandukan kalam suci ini.
Berwudhuklah dan ambil Al-Quran.Letakkan di dada lalu ceritakanlah masalah atau persoalan anda.Cerita sungguh-sungguh, ikhlas dari hati seorang hambaNya kepada Yang Maha Berkuasa.
Buka Al-Quran perlahan-lahan secara rawak dan bacalah ayat pertama yang anda nampak.Fahami maksud ayat tersebut, jika tidak pandai maka mintalah penjelasan dari Ustaz atau dari mereka yang lebih arif.Huraian dan terjemahan mereka lebih terperinci.
In sha allah, jawapannya pasti ada cuma anda kena cari.Bila dah dapat jawapan, kita pun akan jadi makin tenang dan emosi makin stabil.Maka mudahlah untuk fokus tentang apa yang perlu dilakukan seterusnya.
Bak kata Tuan Nasrullah, “ walau apapun terjadi, kamu Bismillah aja dan jalan terus”.
.
********
Surah At-Talaq, Ayat 2-3
“Barangsiapa Bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya”
Sebelum ini kita sibuk kerja siang malam mencari rezeki.Tapi, hubungan dengan Pemberi Rezeki iaitu Allah s.w.t tak pernah kita jaga.Makin hari makin menjauh.Maka, rapatkanlah sebab masih belum terlambat 😁.
Ada 101 langkah sebenarnya untuk menjadi Magnet Rezeki ni, tapi Abam hanya kongsikan 4 dahulu.Semoga Bermanfaat, jangan Lupa #Like dan #Share agar lebih ramai yang tahu okay 👌.
Terima Kasih sudi baca
Kewujudan Abang Viva Di Kawasan Banjir Jadi Tanda Tanya, Ini Jawapan Empunya Badan!

Dua hari ini kita dapat lihat di sosial media kawasan Pantai Timur telah dinaiki air di beberapa kawasan dan arus agak deras memasuki kawasan kediaman sesetengah penduduk.
Bila berlakunya banjir ini, sekali lagi sukarelawan, Abang Viva menjadi bualan ramai yang biasanya kelibat jejaka ini dilihat sewaktu banjir-banjir besar melanda Malaysia. Sehinggakan, ada yang memberi tohmahan sehingga menuduhnya sudah tidak kelihatan di kawasan banjir sejak terkenal.
Namun, persoalan ini sudah terjawab apabila Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar sendiri telah mengadakan siaran langsung di media sosial miliknya dan sempat seseorang individu menangkap layar dari siaran langsung tersebut.
Menurut pemuda berusia 30 tahun itu, dia cumalah seorang sukarelawan dan bukanlah berkhidmat dalam mana-mana jabatan. Dia turut mendedahkan bahawa modal untuk ke sesuatu kawasan itu mencecah ribuan ringgit dan dia menanggungnya secara peribadi.
“Banjir je saya sampai, banjir je saya sampai. Tapi masalahnya, modal kitaorang pakai sendiri. Hari itu pergi Terengganu, Kelantan semua pun saya seorang habiskan RM1000 tau untuk minyak dan tol je. Korang rasa? Kalau saya ni ada elaun tak apa, masalahnya kena fikir juga. Saya dah kahwin ada anak bini nak kena bagi makan.” katanya.
Watch on TikTok
Perkongsian yang dibuat akaun @chaiyoe9 itu telah mendapat perhatian ramai dan banyak komen dari netizen yang memahami apa yang ditanggung oleh Abang Viva.
Namun jika dilihat di Facebook pemuda kelahiran Melaka itu, jelas dilihat gerak kerjanya bersama pertubuhan yang dibangunkan apabila berada di Terengganu menjalankan misi banjir ketika ini namun tidak begitu menguar-uarkan kepada orang ramai.
Malah dalam perkongsiannya itu, dia juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan sumbangan dan turut memohon maaf andai ada lokasi banjir yang tidak dapat dibantu kerana kekangan waktu serta perjalanan memadangkan beberapa jalan sudah ditutup.
Sumber: TikTok @4wilayahnara, @chaiyoe9, Facebook Azwan Omar
Siapkan Diri Jaga Ibu Ayah Untuk Anak Kita Pula Jaga Kita!

Apa yang kita berikan pada orang lain, itulah juga yang kita dapat. Jika kasih sayang dan perhatian yang dicurahkan, tentu sahaja kebaikan yang kita dapat. Begitulah lumrahnya.
Begitulah juga dalam mempersiapkan diri kita untuk melalui hari tua kelak. Cara dan bagaimana kita harapkan untuk anak-anak menyantuni kita begitulah sewajarnya kita sebagai anak pula menyantuni ibu ayah yang kini telah berusia.
Lantaran itu, perkongsian daripada akaun fb Akhtar Shamir ini bolehlah dijadikan panduan untuk kita melihat ke dalam diri sendiri akan tingkah laku kita terhadap orang tua. Jom semak perkongsian ini.
Seorang Ibu boleh membesarkan ramai anak, tetapi ramai anak pun belum tentu boleh menjaga seorang Ibu.
Tanda-tanda anak semakin jauh dari Ibunya.
1. Tidak rasa bersalah jika tidak menghubungi Ibunya dalam jangka masa yang panjang.
2. Tidak mahu Ibu tinggal bersama.
3. Tidak bersedia untuk menerima Ibu menziarah.
4. Tidak mengambil tahu perkembangan dan bertanya khabar Ibu.
5. Tidak mendengar teguran dan nasihat Ibu.
6. Tidak menegur kesalahan Ibu.
7. Tidak mengambil peduli apa yang Ibu suka atau tidak suka.
8. Tidak cuba untuk menggembirakan Ibu.
9. Tidak berusaha untuk memudahkan urusan Ibu.
10. Tidak mendampingi Ibu apabila dia di dalam ketakutan, kerisauan, kesunyian.
11. Tidak menggalakkan cucu bermesra dengan Ibu.
12. Tidak sabar dengan karenah Ibu.
13. Tidak memaafkan kekhilafan Ibu.
14. Tidak menjaga aib Ibu.
15. Tidak ada rasa kasih dan sayang kepada Ibu.
16. Tidak menghormati Ibu dan meninggi suara kepadanya.
Marilah kita sama-sama semak diri kita. Benar, melayan dan menjaga Ibu yang sudah tua ini ada kalanya mencabar. Tetapi bagaimana pula dengan kita masa kecil dahulu? Kencing pun tak pandai, berak pun bersepah-sepah, pegang sudu pun tak reti. Siapa yang ajar tu semua kalau bukan Ibu kita?
Adakah Ibu tidak sabar dengan karenah kita? Adakah Ibu menjauhkan diri dari kita? Adakah mereka berputus asa dan membiarkan sahaja kita terkontang-kanting sendirian? Sudah pasti tidak. Jadi, kenapa kita menjauhkan diri dari Ibu kita? Kenapa kita rasa berputus asa untuk menjaga Ibu kita? Kenapa kita biarkan Ibu sendiri?
Ibu memberikan segalanya secara percuma kepada anak-anak. Kenapa kita tidak boleh memulangkan segala yang percuma itu? Kenapa kita berkira sekarang?
Whatsapp Ibu itu percuma. Bukan sms mahal macam dulu. Jika ada wifi, video call pun percuma. Bukan video call zaman dulu mahal. Yang percuma pun kita tak mampu nak bagi?
Ibu boleh memberi sepenuh perhatian kepada kita dahulu, tetapi kita tak beri perhatian pun kepada Ibu. Kita tak peduli apa yang Ibu perkatakan. Kita rasa bosan dan tidak berbual-bual dengan Ibu.
Apa yang kita boleh buat untuk tidak memutuskan hati dengan Ibu?
1. Call bertanya khabar.
2. Video call bersama anak. Ibu boleh lihat cucu dan menjadikan cucunya lebih rapat.
3. Tanya keperluan Ibu jika ada yang perlu dibantu.
4. Sentiasa sediakan diri dan keluarga untuk menerima Ibu untuk tinggal bersama.
5. Perlu faham melayan orang tua ini seperti melayan anak kecil. Sangat perlu sabar.
Saya fokuskan kepada Ibu buat masa ini kerana Ibu yang telah kehilangan Ayah kita, sangat memerlukan anak-anaknya.
Semoga kita persiapkan diri untuk menjaga Ibu kita kerana kita mahu anak kita siap untuk menjaga kita pula nanti.
Kongsikan penulisan ini buat pedoman semua. In Shaa Allah.
sumber : Akhtar Syamir