Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi memutuskan rantaian pandemik COVID-19 harus dilihat dari sudut yang positif. Memasuki fasa ketiga bermula 15 April hingga 28 April 2020, lanjutan PKP ini dilihat sebagai rahmat dalam bencana.
Manakan tidak, hampir dua bulan lamanya masa cuti ini dapat diisi dengan penuh berhemah bersama keluarga tercinta. Namun, PKP ini menjadi pembunuh psikologi secara senyap terhadap sebilangan besar masyarakat.
Justeru, AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) melancarkan slot MyCareCoV19 inisiatif stesen televisyen Islamik itu di bawah MusaadahCOVID19 bagi memberi bantuan kerohanian dan psikososial untuk rakyat Malaysia.
Menerusi slot MyCareCoV19 yang dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam program Assalamualaikum hari ini, lebih dua juta penonton TV AlHijrah berpeluang berinteraksi dengan panel professional yang dijemput ke studio setiap hari berkisar kerohanian dan psikososial.
Program itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kumpulan Media Karangkraf, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Majalah Pa&Ma dan Majalah Keluarga.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata stesen TV islamik itu membuka pintu siaran seluas-luasnya untuk program yang memanfaatkan ummah.
“MyCareCoV19 adalah usaha kami untuk memeluk emosi masyarakat yang sarat dengan pelbagai isu psikologi semenjak serangan wabak COVID-19.
“Manusia secara fitrahnya diciptakan untuk bergerak bebas tanpa sekatan. Jadi kita boleh bayangkan betapa sesaknya nafas dan serabutnya minda apabila perlu berkurung seharian di rumah. Malahan ada di antara kita yang terpaksa berjauhan dengan yang tersayang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ads
Menggunakan tagline Bina Syurga Di Rumah. Bina Rumah Di Syurga. Berjuang Masuk Syurga Sekeluarga, program MyCareCoV19 akan bersiaran sebagai segmen di dalam rancangan bual bicara pagi Assalamualaikum setiap hari pada jam 8 hingga 8.30 pagi bermula esok.
“Penonton boleh menghubungi talian 03 – 2260 2412 untuk berkongsi rasa jiwa bersama pakar-pakar yang kita bawa setiap hari di dalam rancangan ini. Sebagai permulaan pada episod pertama siaran kita akan bawa Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) untuk menjawab segala persoalan penonton.
Ads
“Anggaplah begini, kami adalah sebahagian dari keluarga anda yang sayang dan peduli serta ambil berat tentang kemaslahatan jiwa kalian. Kita tidak mahu pertimbangan kemanusiaan, keinsanan dan kewajaran hilang dek ujian wabak ini,” kata Namanzee.
Melalui program MyCareCoV19, pakar-pakar dalam bidang psikologi, kekeluargaan, pengurusan emosi dan yang berkaitan dijemput untuk menjawab soalan-soalan penonton serta berkongsi tips-tips dan saranan yang mampu menyuntik semangat semua untuk menjalani perubahan dalam aktiviti seharian.
Antara tajuk yang akan dibincangkan adalah Penderaan Domestik, Sahsiah Suami Isteri, Anak Tantrum Dek PKP, SOP Keluarga PKP, Konflik Penceraian, Adab Media Sosial dan E-Kuliah Keluarga.
Ads
Sementara itu, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam perkongsiannya di facebok, tekanan ekonomi keluarga dan himpitan isu dalam rumahtangga dilihat menjadi pencetus kepada pelbagai isu emosi seperti tekanan perasaan dan kemurungan (depresi).
“Saya maklum, ini adalah saat yang sukar buat segelintir masyarakat kita. Justeru, izinkan kami untuk cuba memeluk emosi dan menenangkan jiwa anda seupaya kami. Dengan izin-Nya, kita mesti menang,” Ujarnya lagi.
Selain MyCareCoV19, TV AlHijrah turut menyantuni rakan-rakan artis nasyid melalui rancangan Munajat dengan kerjasama Nasyeed.com dan Munsyid Malaysia untuk membantu penggiat seni nasyid yang terjejas akibat COVID-19.
Munajat akan memulakan siaran Ramadan ini setiap Sabtu selama 60 minit. Antara rakan-rakan artis nasyid yang akan membuat persembahan adalah Daqmie, Hazamin In-Team dan banyak lagi nama-nama besar yang akan mempersembahkan lagu-lagu berunsur dakwah, ketuhanan, kemanusiaan dan kemasyarakatan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebenarnya untuk wajah kembali berseri biarpun tanpa solekan boleh saja menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Bahkan inilah yang diamalkan oleh orang-orang tua kita satu ketika dulu. Daripada menggunakan bahan kimia, mari kita praktikkan petua mak-mak dan nenek kita. Nak cantik kena usaha! Jom sama-sama kita amalkan;
1. Naikkan seri muka
Guna air basuhan beras
Ketika hendak masak nasi untuk keluarga, simpan air basuhan beras yang ketiga. Cuci muka dengan air basuhan beras sambil selawat tiga kali.Lakukan secara konsisten.
Basuh muka dengan air kelapa
Seminggu sekali, cuci muka dengan air kelapa,biarkan kering lalu bilas. Amalan ini bagus untuk naikkan seri muka dan tegangkan wajah tanpa botoks.
Bancuhan serbuk kunyit & madu
Campurkan satu sudu kecil kunyit dan satu sudu besar madu asli. Bancuhan kunyit dan madu ini untuk dijadikan masker muka. Amalkan seminggu sekali. Kesannya, parut jerawat hilang dan muka bersih berseri .
Sapu yogurt asli
Sapu yougurt pada wajah, kemudian biarkan selama 15 minit lalu bilas. Wajah akan tampak gebu, halus mulus.
2. Hapuskan blackhead & whitehead
Bancuh baking soda & jus lemon
Bancuh dua sudu kecil baking soda dan 2 sudu besar jus lemon, kemudian sapu pada kawasan bermasalah terutama sekali pada bahagian hidung dan biarkan dalam 3 minit.
Selepas itu balut kedua-dua jari telunjuk dengan tisu bersih dan picit keluar whitehead & blackhead.Kemudian bilas bersih.
3. Hilangkan tanda penuaan pada wajah
Guna air mawar sebagai toner
Air mawar mengandungi banyak khasiat antaranya mengandungi ada vitamin A,C dan E. Semburkan air mawar pada kulit wajah selepas cuci muka setiap hari. Hasilnya, pori pori muka semakin kecil dan wajah semakin berseri-seri.
INFO EKSTRA!
Tukar cadar dan sarung bantal Sekurang-kurangnya seminggu sekali atau 2 kali sebulan. Ini kerana minyak asli daripada rambut ketika tidur boleh menyebabkan salah satu faktor muka berjerawat.
Ketika mandi, sila pastikan cuci rambut dahulu baru cuci muka. Ini kerana selepas mencuci muka cuci liang pori wajah akan terbuka, kandungan bahan yang ada pada shampoo ketika membilas rambut akan terkena muka.
Sekaligus membuatkan pori wajah tersumbat dan boleh mengakibatkan jerawat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ibu bapa pastikan mahukan yang terbaik buat anak-anak. Demikian juga dengan pelakon cantik manis Rita Rudaini. Sendirian membesarkan dua anak lelakinya, sesungguhnya bukan mudah. Namun, Rita berjaya membuktikan usaha dan kecekalan membantu dia dan anak-anak mengharungi hidup bertiga.
Terbaru, Rita berkongsi cerita pemergiannya bersama anak-anak mengerjakan umrah.
Selalu kami jarang balik ke bilik…tggu waktu ke waktu..solat sunat n mengaji…adakala ank2 penat…mommy faham..sbb kudrat mommy pon xkuat apatah lg budak2 sekecil mereka…tido mmg xcukup laa tp mommy pesan,walaupon kecik blum baligh tp kena buat btul2..bukan tggu baligh baru nk mula btul2…alhamdulillah depa mmg ingat n ikut pesan mommy…
Walaupon ada yg dgr bunyi mcm ‘tegas sgt,budak kecik lg’ tp itu pandangan org…pandangan sy xsama..sy tau apa yg sy ajar ank2 sy…smua utk mereka bwk sampai bila2…sy tegas sbb sy sgt syg mereka…kerana mereka pulak yg akan jaga sy nnti…sy nak ank2 yg jaga sy,ank yg mulia budi pekerti dan tau tggjwb sbgai seorg anak dan manusia,ank yg berjaya di dunia dan utk akhirat…. . . Terima kasih sy yg xterhingga utk sahabat sy yg menjaga mereka time solat dan time nk ke toilet..tkasih @adikzwan n uncle Rizal…jaga n urus mereka ke toilet mcm ank sendiri… @adikzwan sanggup dukung arjuna ke toilet sbb kasut kt mommy 😬..sggup melayan perangai dorg yg asyik kena ke toilet ambik wuduk sbb asyik terkentut 😔 …dorg mmg kuat kentut….
Dalam perkongsian tersebut, Rita meluahkan hasratnya untuk melihat anak-anaknya bergelar seorang penghafaz al-Quran atau dikenali dengan gelaran Al-Hafiz.
Perkara itu dikongsikan Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar, 43, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya. “Mommy memang berhajat untuk tengok anak-anak mommy jadi Al-Hafiz sebelum mommy tutup mata.
“Anak-anak lelaki saham mommy di sana (akhirat). Insya-Allah moga diperkenankan oleh-Nya,” tulisnya di Instagram.
Di dalam perkongsian tersebut, Rita memuat naik satu video anak sulungnya , Airit Rayyan Rizqin, 10, yang sedang melakukan hafazan surah dalam al-Quran. Rata-rata pengikutnya melahirkan rasa kagum dan mendoakan semoga apa yang diimpikan Rita akan dimabulkan kelak.
ibu_3_hero Orang kata Ye Allah jauh kan kita dari laki tak guna. Allah gantikan dengan yang lebih baik. Amin
urulkhainikhaini Amin2.. Sy mendoakn semoga makbul harpan seorg ibu untuk ankye.. Insyaallah… Jd ank yg soleh ye. Smga Blh pimpin ibu ke syurga@ritrud727
Datuk Rashid Sidek seorang ‘family man,’ lepas bersara, banyak habiskan masa dengan isteri dan anak-anak. Datuk Abdul Rashid Mohd Sidek adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia sukan badminton Malaysia.
Datuk Rashid Sidek Seorang ‘Family Man,’ Lepas Bersara, Banyak Habiskan Masa Dengan Isteri & Anak-anak
Beliau merupakan salah satu daripada adik-beradik Sidek yang terkenal, yang telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dalam sukan badminton. Dengan dedikasi, disiplin, dan semangat yang tinggi, Rashid Sidek telah mencipta sejarah sebagai salah seorang pemain badminton terkemuka di negara ini.
Meskipun sudah bersara daripada sukan berkenaan namun khidmat dan kepakarannya masih diperlukan. Sekaligus diberi tanggungjawab menjadi jurulatih skuad badminton kebangsaan sampai sekarang.
Berpuluh tahun menabur bakti demi negara tercinta, Datuk Rashid bagaimana pun seorang family man. Dia yang kini berusia 56 tahun dilahirkan pada 8 Julai 1968 di Banting, Selangor merupakan anak bongsu kepada pasangan Dato’ Haji Mohd Sidek dan Datin Rukinah.
Datuk Rashid mendirikan rumah tangga dengan Datin Azehan Abdul Halim pada 21 Mac 2003. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ikhwan yang kini 19 tahun, Azwin berusia 18 tahun, Eizran 14 tahun dan Irfan, 10 tahun.
Selepas bersara, Datuk Rashid banyak menghabiskan masa bersama keluarganya. Malah, beliau gemar berkongsi gambar-gambar ketika bersama isteri dan anak-anak di laman Instagram.
Tragedi pusingan U, bayi perempuan 2 bulan meninggal dunia. Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya bersama kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), berhampiran Batu Gajah, pada petang Selasa.