Aurat, antara isu yang sukar untuk kita tegur terutamanya melibatkan adik beradik. Bukan apa, kalau ditegur dapat respon yang baik tak mengapa. Tapi takut bergaduh adik beradik, itu yang tak sedap dibuatnya.
Baru-baru ini, selebriti cantik dan anggun jelita Izara Aisyah dan Neelofa membuat video Live di Laman Instagram dan salah satu topik yang menjadi tumpuan mengikut mereka ketika Izara bertanyakan tentang menegur aurat adik beradik.
Live tersebut telah dimuat naik semula oleh pemilik akaun aplikasi Tiktok, Ainun Umirah yang memaparkan kedua-dua selebriti tersebut yang kini telah mendapat 500 ribu lebih tontonan di sana.
Macam mana tegur adik-beradik
Izara sempat bertanya kepada Neelofa mengenai cara untuk menegur adik-beradik jika mereka masih belum menutup aurat dengan memberi gambaran jika dirinya adalah adik kepada Neelofa, bagaimana selebriti berusia 33 tahun itu menasihatinya.
Macam mana Kak Lofa nak bagi nasihat kepada orang tentang aurat. Macam mana kalau saya adik awak yang belum tutup aurat lagi kan macam mana awak nasihatkan.
Walau bagaimanapun, Neelofa mengakui bahawa dia berasa takut untuk menjawab soalan berkenaan kerana dirinya masih memiliki banyak kekurangan, namun dia hanya menekankan bahawa ia adalah perkara yang wajib dan tidak boleh dikompromi.
Alamak takutnya nak jawab soalan ni. Kalau i jawab tak betul nanti mesti ada yang kata ‘kenapa jawab macam ni’. Tapi kalau i ada adik, ye lah kita harus lah saling nasihat-menasihati even sekarang Lofa banyak adik. Kita tegur tapi kita tak ada lah perfect dan banyak kekurangan.
Kalau nak sebut tentang aurat ni, sebenarnya pasal aurat ni tak boleh nak bawa berbincang. Tak boleh minta kurang. Benda ini adalah suruhan Allah yang perlu kita ikut. Ada sesetengah orang kata, pakai tudung tapi bercakap kotor, perangai tak elok tapi sebenarnya letak tepi dulu benda-benda yang boleh diperbaiki tu dulu. Buat benda yang wajib apa yang Allah suruh.
@ainun.umirah Semoga kita semua dapat menutup aurat dengan sempurna 🤲🏻 #izaraaishah #neelofa #fyp #ainunumirah #foryou #HadaLaboRayaGlow ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio
Meneliti di bahagian komen perkongsian tersebut, rata-rata bersetuju dengan jawapan yang diberikan oleh Neelofa tentang aurat. Malah ada yang menyifatkan jawapan Neelofa sebagai jawapan sebagai bagi menjaga banyak pihak.
Ada juga yang berkongsi kakaknya menegur dengan cara ‘halus’, dnegan beri link supaya adiknya sendiri fikir mesej disebaliknya.
Terdahulu, Umum tahu, pelakon jelita, Izara Aishah merupakan rakan baik kepada selebriti terkenal, Neelofa sejak mereka berusia 15 tahun lagi. Lebih menarik lagi apabila kedua-duanya menyertai serta terpilih sebagai finalis program Dewi Remaja pada tahun 2009.
Sumber : Tiktok Ainun Umirah