Aurat, antara isu yang sukar untuk kita tegur terutamanya melibatkan adik beradik. Bukan apa, kalau ditegur dapat respon yang baik tak mengapa. Tapi takut bergaduh adik beradik, itu yang tak sedap dibuatnya.
Baru-baru ini, selebriti cantik dan anggun jelita Izara Aisyah dan Neelofa membuat video Live di Laman Instagram dan salah satu topik yang menjadi tumpuan mengikut mereka ketika Izara bertanyakan tentang menegur aurat adik beradik.
Live tersebut telah dimuat naik semula oleh pemilik akaun aplikasi Tiktok, Ainun Umirah yang memaparkan kedua-dua selebriti tersebut yang kini telah mendapat 500 ribu lebih tontonan di sana.
Macam mana tegur adik-beradik
Izara sempat bertanya kepada Neelofa mengenai cara untuk menegur adik-beradik jika mereka masih belum menutup aurat dengan memberi gambaran jika dirinya adalah adik kepada Neelofa, bagaimana selebriti berusia 33 tahun itu menasihatinya.
Macam mana Kak Lofa nak bagi nasihat kepada orang tentang aurat. Macam mana kalau saya adik awak yang belum tutup aurat lagi kan macam mana awak nasihatkan.
Ads
Walau bagaimanapun, Neelofa mengakui bahawa dia berasa takut untuk menjawab soalan berkenaan kerana dirinya masih memiliki banyak kekurangan, namun dia hanya menekankan bahawa ia adalah perkara yang wajib dan tidak boleh dikompromi.
Alamak takutnya nak jawab soalan ni. Kalau i jawab tak betul nanti mesti ada yang kata ‘kenapa jawab macam ni’. Tapi kalau i ada adik, ye lah kita harus lah saling nasihat-menasihati even sekarang Lofa banyak adik. Kita tegur tapi kita tak ada lah perfect dan banyak kekurangan.
Ads
Kalau nak sebut tentang aurat ni, sebenarnya pasal aurat ni tak boleh nak bawa berbincang. Tak boleh minta kurang. Benda ini adalah suruhan Allah yang perlu kita ikut. Ada sesetengah orang kata, pakai tudung tapi bercakap kotor, perangai tak elok tapi sebenarnya letak tepi dulu benda-benda yang boleh diperbaiki tu dulu. Buat benda yang wajib apa yang Allah suruh.
Meneliti di bahagian komen perkongsian tersebut, rata-rata bersetuju dengan jawapan yang diberikan oleh Neelofa tentang aurat. Malah ada yang menyifatkan jawapan Neelofa sebagai jawapan sebagai bagi menjaga banyak pihak.
Ads
Ada juga yang berkongsi kakaknya menegur dengan cara ‘halus’, dnegan beri link supaya adiknya sendiri fikir mesej disebaliknya.
Terdahulu, Umum tahu, pelakon jelita, Izara Aishah merupakan rakan baik kepada selebriti terkenal, Neelofa sejak mereka berusia 15 tahun lagi. Lebih menarik lagi apabila kedua-duanya menyertai serta terpilih sebagai finalis program Dewi Remaja pada tahun 2009.
Berat mata memandang berat lagu bahu yang memikul. Kisah pasangan suami isteri ini cukup memilukan. Mungkin ini satu ujian buat mereka apabila diberi dugaan hebat apabila dikurnia anak syurga.
Aishah Mohd Saleh, 30, dan suami, Mohd Shahrul Hassan, 30, tidak pernah menjangka menempuh dugaan membabitkan kesihatan anak.
Ujar suri rumah ini lagi, mereka dikurniakan 4 orang anak. Nor Izzul Islam, 4, yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu dilahirkan normal. Manakala anak sulung, Nor Iman Shah dan anak bongsu, Nor Rahil Raihan disahkan menghidap hydrocephalus atau penyakit kepala besar akibat lebihan cecair dalam kepala sejak lahir.
“Waktu mengandung tiada sebarang perubahan dan rasa sakit. Hanya selepas doktor melakukan imbasan nampak penuh air di kepala. Waktu itu kandungan dalam lingkungan 19 minggu.
” Cuma sekarang doktor kata daripada anak pertama hingga k-2,dan k-4.. ada satu sindrom yang sama.. iaitu TRO L1 sindrome.. jenis sindrom ini ibu jari 2-2 lipat ke dalam dan ianya akan kena lebih pada anak lelaki.. kebetulan anak-anak saya semua lelaki.
“Mungkin ujian ini amat berat namun saya pasrah dan reda. Allah SWT tidak menguji hambanya di luar kemampuan. Anak kedua juga menghidap hydrocephalus dan meninggalkan kami selepas 42 hari dilahirkan.
“Tapi saya tidak patah semangat dan terus berusaha merawat dua lagi anak menghidap hydrocephalus,” kata Aishah yang bersyukur kerana Allah mengurniakan seorang anak yang normal.
“Anak kedua, Nor Raihan Shah meninggal dunia selepas 42 hari dilahirkan kerana penyakit sama. Saya bersyukur Nor Izzul Islam dilahirkan normal.
“Saya tidak pernah anggap anak istimewa ini beban tetapi kurniaan Allah SWT yang tidak ternilai dan sanggup menjaga mereka sehingga hujung nyawa,” katanya.
Dia yang menetap di Taman Ilham, Kluang, Johor berkata, Nor Rahil Raihan masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dan perlu menjalani pembedahan di kepala.
Aishah berkata, pembedahan itu bagaimanapun ditangguhkan kerana Nor Rahil Raihan mengalami komplikasi jangkitan kuman di kepala dan air kencing.
“Syukur kepala Nor Iman Shah tidak lagi membesar selepas menjalani pembedahan VP Shunt bagi mengelak cecair bertakung dalam saraf otak yang dikesan berlaku selepas berusia lima hari.
“Selepas pembedahan fizikalnya dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) terlantar kerana tidak boleh berjalan dan bercakap. Alhamdulillah, dia menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM350 sebulan bagi membeli susu dan lampin pakai buang.
“Saya juga hantar permohonan ke Baitulmal Kluang untuk pembiayaan kos rawatan Nor Rahil Raihan,” katanya.
Menurutnya, buat masa ini suaminya bercuti sakit selepas terbabit kemalangan jalan raya Jun lalu.
Katanya, dengan pendapatan suami hanya RM1,500 sebulan sebagai buruh, mereka tidak mampu membiayai kos rawatan dua beradik berkenaan termasuk perbelanjaan rawatan Nor Rahil Raihan di HSA.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank milik Aishah, 151061655960.
Tentu ada antara kita mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga dimusim perayaan ini. Mungkin juga telah lama merancang untuk menjejakkan kaki ke negeri Sabah.
Di sini dikongsikan tip untuk memudahkan anda sekeluarga untuk ke sana.
TIPS PERCUTIAN KE KUNDASANG, SABAH
Seringkali apabila pengunjung bercuti di pusat peranginan yang terletak di Kundasang, masalah mereka adalah tidak cukup masa untuk pergi ke semua tempat yang ada di sana.
Ini kerana, kurangnya pengetahuan tempat-tempat yang perlu dilawati atau tidak mengikut jadual tempat mana yang harus dikunjungi.
Di sini kami ada beberapa tips dan nasihat untuk anda apabila bercuti sendiri di Kundasang walaupun tanpa ada pemandu pelancong!
1.Tempah Homestay untuk 1 malam di Kundasang.
✔ Jika Anda tidak membuat tempahan, pasti tidak ada yang kosong lebilh-lebih lagi pada waktu cuti sekolah.
✔Tempah homestay di KUNDASANG ya, bukan di PEKAN RANAU.
✔TIPS- Semasa membuat TEMPAHAN HOMESTAY, pastikan homestay tersebut menyediakan WATER HEATER. Pecaya atau tidak, air paipnya sesejuk Air AIS!
P/S Jangan lupa membuat tempahan kenderaan untuk memudahkan pergerakan ke lokasi anda. Perkhidmatan Kereta Sewa akan menanti anda di Lapangan Terbang.
2.Tempah tiket penerbangan yang sampai di lapangan terbang Kota Kinabalu seawal jam 7 pagi.
✔Apabila sampai awal di Kota Kinabalu, Anda juga boleh terus ke Kundasang seawal yang mungkin sebab ada banyak tempat yang boleh dilawati setibanya di sana nanti.
✔TIPS – Sebaik-baiknya sampai di Kota Kinabalu pada hari jumaat. Ini kerana anda boleh berkunjung di TAMU KUNDASANG sebelum tengahari. Di tamu kundasang banyak bezanya dengan Tamu yang lain di daerah Sabah ini seperti Makanan, Bunga dan barang-barang yang dijual.
3.Sampai di Kundasang, anda boleh melawat tempat menarik disekitarnya seperti Desa Cattle Farm, War Memorial dan Kinabalu Park
✔TIPS – Anda boleh berkunjung jam 3-4 di Desa Cattle Farm kerana pada waktu itulah anda boleh melihat para pekerja memerah susu lembu.
✔TIPS – Pasang lampu kereta sekiranya kabus sudah meliputi kawasan Kundasang untuk keselamatan anda dan pemandu yang lain.
4.Waktu petang, anda sudah boleh cek in di Homestay yang anda sudah tempah.
✔TIPS – Cari Homestay yang ada menyediakan kemudahan BBQ.
✔Jangan lupa meminta selimut tambahan kerana anda tidak akan dapat menahan sejuk pada waktu malam. Sebab tu jangan hairan jika di Homestay tu tidak ada disediakan kipas atau aircond!
5.Esok pagi, anda boleh sarapan di Kundasang atau di Ranau.
✔TIPS – Cari Restoran yang bersih kerana di kawasan sejuk memang cepat lalat membiak
6.Lepas tu , anda boleh ke Hot Spring Poring yang terletak lebih kurang 30-40 minit dari pekan Ranau. Di sana, anda boleh mandi manda dan melawat canopy walk.
✔TIPS – Pakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk menaiki canopy walk. perjalanan ke canopy walk ala-ala jungle treking. Pastikan anda tidak memakai Kasut Tumit ya?? 😉
7. Lepas dari Poring, anda boleh ke kampung Luanti Spa Fish. Bila sampai sini, jangan jerit kuat-kuat ya?? Sebab mesti anda tak tahan bila ikan tu datang dekat dengan kaki anda, GELI!!
8.Selesai di sana, anda bolehlah meneruskan perjalanan pulang ke Kota Kinabalu untuk cek in di Hotel/Homestay yang anda sudah tempah.
✔TIPS – singgah di Nabalu Craft kerana di sana banyak barang Kraftangan buatan tangan yang anda boleh beli sebagai cenderamata.
Nama Dr Amalina bukanlah asing bagi masyarakat kita, dahulu dia dikenali kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM sehingga ditawarkan melanjutkan pengajian di luar negara.
Baru- baru ini namanya sekali lagi meniti di bibir masyarakat bila mana muncul antara individu terawal yang bertanggungjawab dalam proses pembedahan adik Ainul Mardiah Ahmad Safiuddin yang menghidap ketumbuhan di dalam mulut.
Rentetan daripada kejayaan itu, ramai netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dr Amalina dan pasukannya yang berjaya melakukan pembedahan itu dengan selamat. Tak kurang ada ada yang melemparkan kata-kata negatif kononnya dia tidak menutup aurat dengan sempurna kerana tidak bertudung.
Persoalan tersebut turut diajukan kepada Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih mesra dengan panggilan Dr Maza. Semoga pandangan yang diutarakan oleh Mufti Perlis ini menjawab segala persoalan dan menutup cercaan kepada mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna.
BUAT BAIK TAPI TAK PAKAI TUDUNG.. Catatan Dr MAZA
Sejumlah orang menghantar soalan kepada saya tentang kebaikan seorang doktor perubatan yang membantu menyelamatkan seorang kanak-kanak yang menghidap Germ Sell Tumour. Kisah itu viral dan menjadi trending sehari dua ini. Persoalan mereka “patutkah kita memuji-muji doktor tersebut sedangkan beliau tidak bertudung kepala dan agak seksi?”.
Walaupun kita rasa persoalan seperti itu tidak wajar, namun itulah persoalan yang bermain dalam fikiran sebahagian mereka yang terkena versi kefahaman Islam yang bersifat punitif. Kadang-kala bukanlah salah mereka, sebab mereka telah dididik dalam versi kefahaman agama seperti itu. Kefahaman agama mereka bersifat begitu menghukum sesuatu kekurangan yang mereka lihat pada seseorang dan gagal melihat kebaikan-kebaikan lain yang ada pada individu yang sama.
Versi kefahaman atau cara fikir seperti itu menjadikan mereka memilih satu amalan yang menjadi satu ukuran utama mereka seperti bertudung, atau menyokong perjuangan mereka atau seumpamanya. Itu dijadikan penentu tunggal bagi kebaikan dan keburukan seseorang. Segala amalan baik akan dinafikan jika tidak mempunyai ciri yang mereka pilih itu.
Mereka itu lupa bahawa di akhirat kelak, ALLAH menimbang dengan adil setiap kebaikan dan kejahatan seperti yang ALLAH nyatakan dalam Surah al-Zalzalah. Mereka juga lupa al-Quran dalam Surah al-Qari’ah menyatakan bahawa sesiapa yang pahalanya mengatasi dosanya maka dia akan ke syurga. Sesiapa yang sebaliknya, maka dia ke neraka. Ertinya, penilaian ke syurga bukan dibuat atas siapa yang tidak mempunyai dosa, tetapi siapa yang pahalanya mengatasi dosanya.
Mereka lupa dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan selainnya Nabi s. a. w. memberitahu bagaimana diampun dosa pelacur kerana memberi minum kepada anjing yang kehausan hampir mati. Tentulah betapa lebih layak untuk mendapat keampunan seseorang yang memberi minum atau menyelamatkan nyawa manusia yang terancam jika dilakukan dengan jiwa yang kudus.
Ya, dosa tetap dosa. Kita tidak menghalalkan dosa disebabkan sesuatu kebaikan yang lain. Namun, kita tidak boleh menafikan kebaikan seseorang disebabkan satu dosa yang lain. Boleh jadi orang yang kita lihat melakukan sesuatu dosa itu, dia lebih baik di sisi ALLAH disebabkan pahalanya yang lain atau kemurnian niatnya yang kita mungkin tidak tahu. Boleh jadi kita yang tidak melakukan dosa tertentu ini, lebih buruk di sisi ALLAH disebabkan dosa yang lain.
Justeru, janganlah kita cuba menentu syurga dan neraka sesiapapun. Tugasan kita hanya memberitahu bahawa itu dosa, ini pahala. Pahala boleh membawa ke syurga, sementara dosa boleh membawa ke neraka. Beritahu apa yang ALLAH suruh dan apa DIA larang.
Adapun kedudukan pelaku dosa dan pahala di sisi ALLAH, hanya DIA yang maha tahu. Dia Yang Maha Mengetahui hakikat keseluruhan hidup seseorang zahir dan batin. DIA yang mengetahui timbangan antara dosa dan pahala seseorang.
Kemudian kita hendaklah kita tahu di sana ada dosa peribadi hanya antara hamba dengan TuhanNYA tanpa membabitkan hamba-hamba ALLAH yang lain. Dosa jenis ini mudah diampunkan oleh ALLAH. Di sana pula ada dosa yang membabitkan kezaliman antara kita dengan hamba-hamba ALLAH yang lain. Dosa ini tidak diampuni sehingga kita memohon kemaafan atau membayar pahala kita di akhirat kelak. Jika tidak, kita mesti menanggung dosa orang yang kita zalimi. Inilah yang Nabi s. a.w tegaskan dalam hadis riwayat Muslim.
Maka, boleh jadi ada orang yang di mata kita lekeh disebabkan dosa peribadi seperti tidak menutup aurat, namun dia kurang melakukan dosa dengan hamba-hamba ALLAH yang lain. Boleh jadi orang yang kita pandang tinggi dengan penampilannya, tapi betapa banyak dosanya dengan hamba-hamba ALLAH yang lain.
Justeru, janganlah kita menafikan kebaikan orang lain disebabkan sesuatu kekurangan yang kita lihat. Ini tidaklah bererti menjustifikasi dosa yang dia lakukan, tapi kita dituntut untuk adil dalam menilai orang lain. Dosa dinilai dosa, baik dinilai baik. Ada dosa tidak semestinya tiada kebaikan. Ada pahala tidak semestinya tiada dosa.
Akhirnya, hendaklah kita sedar, kita semua sebenarnya pendosa. Cumanya, antara yang diketahui orang dan tidak ketahui oleh orang lain. Seperti mana kita mahu orang adil kepada kita, maka adillah kita terhadap setiap orang. Apa yang salah ia tetap salah tetapi tidak bererti menafikan kebaikan yang lain jika ada. Apa yang baik tetap baik, tetapi tidaklah menjustifikasi dosa yang lain.
Graduan berpendidikan tinggi, 1.95 juta kerja tak setara kelayakan. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bilangan guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran meningkat 1.4 peratus kepada 1.95 juta orang pada suku ketiga 2024 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.