Pilunya hati hanya Tuhan yang tahu, terasa seolah-olah separuh jiwa pergi tatkala orang yang disayangi pergi buat selama-lamanya. Tiada lagi gelak tawa, senda gurau bersama.
Perginya yang takkan kembali, meninggalkan anak-anak kecil yang masih menagih kasih sayang seorang ibu. Namun siapa kita mahu melawan takdir Tuhan. Kita hanya mampu merancang namun perancanganNya lebih hebat.
Lelaki ini cukup hebat dipilih Yang Maha Esa untuk mendepani ujian besar, bukan calang-calang orang yang mampu. Di saat baru menimang cahaya mata, sang isteri tersayang pergi buat selamanya akibat kanser.
Lebih memilukan, penyakit itu hanya disedari selepas dia mengandung 27 minggu. Ikuti luahan si suami bernama Zhafri Nabilah yang menceritakan detik awal sehingga kembalinya sang isteri ke negeri abadi.
Hamil 27 minggu ketahui ada kanser
Damailah disana wahai isteriku yang tercinta. Tiada lagi kesakitan yang perlu ditanggung. Moga ia menjadi asbab syurga tanpa hisab buat dirimu.
Air mata ini menitis bilamana dirimu redha akan ujian yang sangat berat ini. Ketahuilah bahawa Allah juga meredhai hamba-hambaNya yang redha dgn ujian yang diberikanNya.
Mengimbas kembali, ketika doktor mengesahkan dirimu perlu menjalani operation dengan segera akibat penyakit kanser dan dalam masa yg sama bayi yang dikandungmu baru shj berusia 27 minggu perlu juga dikeluarkan. Hanya Allah shj yg mengetahui perasaanku ketika itu.
Lidah isteri terpaksa dipotong
Ads
Tanggal 23 Jun 2019, seawal pagi seusai solat subuh dirimu sudah bersiap sedia utk ke bilik bedah. Jam 9pagi operation dimulakan. Alhamdulillah, baby berjaya dikeluarkan pada jam 9.50pagi seberat 1.005kg. Syukur atas kelahiran yg ke-5 menjadikan anak-anakku semuanya gegirls. Tepat jam 1 pagi, doktor memanggilku setelah 15 jam menunggu. Hatiku menanti dengan penuh debaran saat melihat wajah doktor pakar. “Kami terpaksa memotong kesemua lidah isteri awak disebabkan sel kanser tersebut telah merebak” kata doktor pakar. Hampir sahaja aku rebah dan terduduk saat mendengar kata2 tersebut. Ya Allah! beratnya dugaanmu wahai isteriku.
pertama dan yang terakhir sentuhan seorang ibu.
Setelah 3 minggu, aku melihat dirimu semakin sihat. Aku masih ingat lagi dia menulis “kalau sayang dah sihat, kita pergi makan di kedai sama-sama yer”. Dia suka masak dirumah dan tak suka makan diluar. Hanya sekali sekala shj menjamu selera diluar. Selang beberapa hari, keadaanya seolah-olah tidak mengizinkan. Doktor mencadangkan chemotherapy namun isteri memilih untuk radiotherapy dan memilih peneng sebagai destinasi untuk meneruskan rawatan susulan.
3 hari sebelum transfer ke peneng, aku mengajaknya utk melihat baby yang belum pernah dilihatnya sejak dilahirkan. Aku menolaknya dengan menggunakan wheelchair. Saat pertama kali dia melihat baby, dia menitiskan air mata. Dia mengusap baby perlahan-lahan dan beberapa kali seolah-olah itulah yg pertama dan yg terakhir sentuhan seorang ibu. Ya Allah, ternyata benar!
Keadaannya dari sehari ke sehari semakin merosot. Doktor pakar di Peneng mencadangkan chemotherapy instead of radiotherapy kerana sel cancer telah merebak dgn cepat. Setelah selesai chemotherapy, keadaannya masih xmenentu dan semakin teruk dan terpaksa diwarded.
Ads
kenapa semua orang balik?
Sehari sebelum pemergiannya, doktor beritahu keadaannya semakin tenat. Ya Allah! hanya kepadaMu shj kami berserah. Semua ahli keluarga dipanggil balik. Kami memenuhi permintaannya utk dipindahkan ke wad paletif yg mempunyai kelesaan dan dijaga oleh nurse.
Malam sebelum pemergiannya, hampir keseluruhan adik-beradik ada bersama dan mereka meminta maaf. Isteriku mencapai pen dan menulis kepadaku “kenapa semua orang balik? sayang dah nak mati ka?” Ya Allah! betapa sedihnya aku ketika itu dan dengan perlahan-lahan aku bisikan ditelinganya sambil menceritakan keadaannya yg sebenar. Dia pun menulis memohon maaf kpd semua adik beradiknya.
Pada malam itu juga, dia solat isyak dlm keadaan berbaring dan tidak bermaya. Solat isyaknya kali ini lebih panjang daripada solat yg lain seolah-olah ia mengetahui itu adalah solat isyaknya yg terakhir. Aku berdiri ditepi katilnya memandang wajahnya sambil melihat dia solat. Tanpa ku sedar, air mataku mengalir dgn membayangkan adakah ini pandangan terakhirku terhadapnya? Ya Allah..
perginya begitu cepat tanpa isyarat
Ads
Aku menemaninya pada mlm itu, dia tidur begitu nyenyak sekali. Hanya sekali sekala shj matanya buka memandangku disisinya. Pada waktu subuh, aku mengejutkannya utk solat subuh. Dia menganguk! lalu aku capai sarung tangan dan semburkan air wudu’ padanya. Dengan perlahan-lahan aku ratakan air wudu’ nya. Lalu ditutup auratnya utk solat. Aku melihatnya seolah-olah tidak berdaya. Lalu aku bacakan surah al fatihah dan surah pendek seolah2 kami solat bersama sampailah selesai solat subuh.
Tepat jam 12 tghri, perginya begitu cepat tanpa memberikan isyarat. Aku sempat membisikan kalimah syahadah ditelinganya.
Wajahmu umpama bayi sedang tidur
Pergimu begitu tenang sekali. Wajahmu umpama seperti bayi yang sedang nyenyak tidur. Ya Allah! kau tempatkanlah isteriku dikalangan para syuhadah dan para solehin. Ya Allah! aku menjadi saksi dia seorang isteri yang baik. Dia telah mendapat redha suaminya.
Terima kasih kepada semua saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan yg memberikan sokongan moral, doa, kewangan dan sebagainya. Hanya Allah shj yg akan membalas jasa baik kalian.
Syurga tempatmu sayang
Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan pengebumiannya. Rehatlah dikau disana wahai isteriku.
Terima kasih kerana menghadiahkan seorang lagi puteri buatku. Pesan terakhirmu akan ku jaga iaitu supaya menjaga anak-anak dengan baik dan memberi pendidikan agama kepada mereka. Kamu juga meminta supaya mereka titipkan al-fatihah kpd ibu mereka setelah selesai solat setiap waktu.
Syurga tempatmu sayang!! Ameen! Al-Fatihah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menanam pokok kesum kadang-kadang menimbulkan masalah di hati ibu-ibu yang suka berkebun di laman rumah untuk memenuhi aktiviti di hujung minggu. Apatah lagi setiap kali dicuba untuk menanam kesum, tiap kali itu juga gagal.
Kalau hidup pun tidak segar bugar. Bila tengok orang lain tanam kesum, bukan main lebat dan menghijau daunnya. Ini memang menimbulkan perasaan geram yang tiada penghujung.
Untuk itu, jangan dipendam perasaan geram terlalu lama. Ayuh ikuti perkongsian daripada Wan Mohd Naziran di page Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri tentang cara untuk menanam daun kesum yang dipraktikkan mengikut petua menanam kesum oleh Cikgu Nur Kama . Apa yang pasti, ibu-ibu akan dapat lihat semaian kesum hidup subur selepas 13 jam.
Ini perkongsiannya
Petua Menanam
——————
1. Cari bekas yg boleh menakung air..apa2 bekas pun boleh
2. Isi tanah separuh penuh
3. Penuhkan bekas dgn air…kalau guna air paip pastikan biar selama 24 jam sebelum semai kesum
4. Ambil bahagian pucuk kesum dgn 5 6 helai daun…top part of the plant
5. Cucuk kesum tu ke tanah sampai tenggelam semua melainkan pucuknya
6. Pembajaan dibuat setiap 2 minggu…guna apa2 baja pun…larutkan dlm air
Semaian kesum hidup subur selepas 13 jam ditanam
Mula semai petang semalam dalam pukul 5pmJam 10pm…5 jam selepas semaianJam 8am….13 jam selepas semaian
sumber : Wan Mohd Naziran Via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wabak Coronavirus atau Covid-19 kini kian meruncing, rata-rata rakyat menjadi panik lebih-lebih lagi dengan peningkatan kes setiap hari. Lebih mengundang masalah serius bila mana pihak berkuasa mengambil keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan , menyebabkan ramai yang panik dan terburu-buru membeli barangan keperluan di pasaraya.
Sana-sini kelihatan sesak dengan orang sehinggkan rak menyimpan barangan licin. Ada yang mengeluh tidak sempat membeli, tak kurang yang terkejut dengan suasana tersebut. Semua orang menyerbu pasar raya untuk membeli barangan.
Rupa-rupanya ini sebab kenapa situasi sebegini berlaku. Saudara Taufiq Razif berkongsi pandangan mengenai hal ini.
Kenapa orang ramai buat Panic Buy? Ni 3 sebab utama yang semua orang WAJIB tahu!
Gambar sekadar hiasan.
1. Orang hilang sense-of control
– Bila berhadapan dengan Covid-19, musuh yang tak dapat dilihat oleh mata kasar ni, orang ramai jadi hilang sense of control
– Untuk dapat balik control tu kembali, orang akan buat apa sahaja termasuk la dengan membeli semua benda yang mereka boleh beli walaupun dalam jumlah yang tak logik walaupun sebenarnya ia tak membantu mereka pun
Gambar sekadar hiasan.
2. Orang hilang safe state diri mereka
– Bila terancam, naluri manusia akan cuba cari cara apa sekalipun hanya untuk merasa lebih selamat ( safer) dan untuk merasa lebih tenang ( calmer )
– tu yang mereka beli je semua benda yang boleh dibeli sebab ianya buatkan mereka rasa lebih selamat dan tenang.
Gambar sekadar hiasan.
3. Orang ramai mengalami Fear Contagion
– Bila ramai antara kita post gambar rak kosong, ditambah pula dengan gambar gambar orang beratur berpusu pusu di pasaraya, ianya akan mencetuskan ketakutan pada orang melihatnya
– bila orang ramai dah dalam ‘anxious state’ melihat post tu tadi, secara naluri semulajadinya mereka akan melihat kepada perbuatan orang lain di sekeliling mereka.
Gambar sekadar hiasan.
– kalau perbuatan dan post yang mereka tengok adalah gambar gambar orang berpusu pusu memborong, maka itulah yang mereka akan tiru dan buat kerana bagi mereka itu adalah perkara paling betul yang mereka kena buat!
– maka, panic buy pun berlaku dan rantaian panic buy ni akan merebak kepada ramai orang dalam masa yang sangat singkat
– masa tu pembelian dibuat dengan emosi, bukan lagi dengan rationality maka terjadilah kehabisan stok di mana mana dan melambunglah harga barang di sini sana.
Tolong hati hati bila share atau post situasi yang sedang berlaku kerana hanya dengan 1 post yang tersilap langkah sahaja boleh mencetuskan kepanikan yang berganda
Nota kaki : Saya izinkan post ni disebarkan pada semua. Tolong sebarkan info ni pada semua ya. Kita taknak lagi ada yang cetuskan panic buy ni. Kesian orang yang belum gaji
– Taufiq Razif –
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semalam merupakan hari ulang tahun perkahwinan ke 8 bagi pasangan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr Halina Mohd Nor.
Di laman instagram, masing-masing ada memuat naik ucapan. Namun yang paling sweet dan cukup menarik apabila thrwback kisah perkenalan awal mereka sehingga ke jenjang pelamin. Dan kini pasangan ini bahagia dengan kehadiran 4 cahaya mata.
“Pic – Our 8th Anniversary today . It has been 8 years since we got married and InsyaAllah till the end of time with more kids to come . Berdoa for more twins”
Menurut Dr Sheikh Muszaphar lagi, mereka kenal di HUKM dan Dr Halina merupakan pelajarnya.
“Saya berjumpa Dr Halina semasa zaman saya di HUKM. Dia adalah pelajar saya ketika itu. Saya tertarik kepada kecerdasannya berbanding kecantikannya. Walaupun berbeza usia 8 tahun namun saya anggap itu satu jurang yang baik.
“Ketika saya dipilih untuk latihan angkasawan saya di Rusia, kita sebenarnya “berpisah” tanpa mengetahui apa yang akan terjadi pada hubungan kita. Saya sentiasa percaya dengan iman. Allah tahu yang terbaik.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar lagi, 10.10.10 tarikh pilihan mereka untuk mengikat tali perhubungan mereka. Dan kini mereka diberkati dengan kurniaan 4 anak yang cantik.
Dr Sheikh turut mendoakan semoga ikatan perkahwinan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.
“Semoga keindahan perkahwinan kami kekal selama-lamanya. Amiinn ..TQ atas Doa dan ucapan anda semua,”tulisnya di kapsyen.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.