“Itulah Harta Kita Di Akhirat “Sana.” Abby Abadi & Anak-Anak Wakaf Dua Freezer Untuk Simpan Susu Ibu-Ibu Di Nicu

Share

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menghadiahkan dua buah peti sejuk beku untuk kegunaan para ibu di NICU bagi menyimpan susu badan mereka. Yang lebih bermakna lagi, bukan hanya Abby yang berbuat demikian, rupanya anak-anaknya turut sama menyumbang dalam membeli freezer untuk kegunaan ibu-ibu yang ingin menyimpan susu badan untuk bayi mereka.

Abby Abadi melahirkan bayi pramatang dengan berat 535 gram pada 27 September lalu dan masih ditempatkan di Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh.


Alhamdullillah Syukur (25/10/19) ❤️
Rezeki ALLAH dikongsi bersama 😇
.
Minggu ni tak sempat nk belanja makan pada staffnurse & doc2 HSB yg rajin melayan kami & mnjaga baik anak kami NICU … jadi kami Sy, suami @jaiezzany & anak2 @danishhakimofficial @marissadaniaaaa_ @m_danishaa @danish_edry @daiyandayana semua belanja 2 freezer utk NICU ni bagi menampung susu badan ibu2 yg pam kan susu utk baby2 mereka disini termasuklah Sy 🥰
.
YAKIN DENGAN JANJI ALLAH
Apa sahaja yg diniatkan kerana ALLAH, jangan teragak2. Bagi je.. yakin ALLAH akan ganti semula ☺️


.
Yerrr.. itulah yg sedang kami sekeluarga usahakan kerana kami sangat yakin dgn janji ALLAH, apa yg kita sedekahkan sewaktu hidup di dunia.. itulah harta kita di akhirat “sana”
.
Bila kita mulakan amalan baik ini yang jarang dibuat org, kemudian diikuti pula oleh pihak lain akan mendapat pahala yang melimpah-ruah sebagaimana disebut dalam hadis bernombor 1893 Riwayat Muslim, “Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.”


.
Hidup jangan berkira dgn ALLAH & hidup biar bermanfaat utk org lain. Semoga ALLAH redha… Aminnn ❤️
.
Ps: Terus doakan Baby Muhammad Danial Firman Faizal kami & anak2 pramatang yg lain di NICU agar terus kuat & bertahan sampai berjaya balik rumah masing2 & membesar menjadi Hamba ALLAH dan Umat Muhammad yg beriman, Aminnn ♥️

Sumber: IG abby_abadi112