Mungkin ada yang terlepas pandang tentang rutin harian yang dilalui oleh seorang wanita bergelar ibu dan isteri sepanjang Ramadan ini.
Nyata, jika ingin disenaraikan begitu padat jadualnya. Bukan calang-calang orang dapat melunaskan tanggungjawan ini, bukan sehari dua tetapi 30 hari berpuasa begitulah rutinnya.
Ini sebagaimana yang cuba dijelaskan oleh Mohd Fadli Salleh di dalam perkongsiannya, dan mengharapkan agar lebih ramai kaum lelaki tahu menghargai isteri dengan membalas setiap kebaikan tersebut dengan cara menggembirakan hati isteri.
Ini lerkongsiannya.
Jam 1 pagi, para ibu bangkit siapkan bahan-bahan untuk masak sahur dinahari nanti. Ikan dan ayam dikeluarkan dari peti sejuk. Bahan-bahan lain turut disedia agar mudah untuk memasak nanti.
Setelah itu kembali masuk ke kamar tidur untuk meletak kepala. Tidurnya antara lena dan tidak bila anak merengek sepanjang malam.
Jam 4:00 pagi alarm telefonnya berbunyi. Dia bangkit masuk dapur, penuh sabar menyiapkan hidangan sahur pula. Setelah semuanya siap siaga, beliau mengejutkan ahli keluarga.
Usai makan, saat ahli keluarga lain ada yang menyambung tidur, ada yang melayan telefon menantikan azan Subuh, beliau masih didapur. Mengemas dan membasuh pinggan mangkuk dan periuk belanga.
Kemudian beliau bergegas solat Subuh dan mengaji pula. Letak kepala sekejap setelah itu sebelum bangun siapkan anak-anak, mandi dan pakaikan bedak.
Gambar hiasan
Yang mana anak tidak puasa, beliau siapkan makan dan suap pula. Kemaskan dapur sebelum kembali ke ruang tamu menghadap pakaian berbakul-bakul untuk dilipat.
Jadual belajar anak-anak tidak dilupa. Yang perlu dibantu, dibantu segala. Yang perlu diajar, diajar semua.
Selepas itu menguruskan anak-anak lagi. Memandikan, tukar pakaian, teman anak bermain sekejap kemudian menidurkan anak yang mula meragam.
Ads
Jam 4 petang, beliau mula masuk dapur untuk siapkan juadah berbuka. Semasa Ramadan, juadah mesti meriah dengan air tangannya sendiri.
Gambar hiasan
Di dapur memasak siakap stim limau, siakap tiga rasa, udang berkuah, sayur, ayam goreng dan apa lagi entah.
Sambil bersilat didapur, sambil itu juga perlu melayan anak-anak yang merengek mahu ibunya.
Dan sebaik azan Maghrib berkumandang menandakan tamatnya waktu menahan lapar dan dahaga, beliau ambil sebiji kurma lantas dimakannya. Diminum seteguk air, sebelum menghadap hidangan yang menyelerakan.
Baru hendak menyuap, anak paling kecil merengek lagi. Mengantuk dan tak selesa agarnya.
Dia tinggalkan hidangan nasi yang belum bersentuh itu, lantas memujuk anak,
“Baby tak selesa ya? Baby mengantuk ya? Jom ibu mandikan dan dodoikan.”
Ads
Dia berlalu mendukung anak masuk bilik untuk dimandikan, dipakaikan bedak dan disalin baju baru pula. Kemudian disusukan kecil dengan penuh kasih dan sayang sehingga anak kecil itu tertidur atas ribanya.
Setelah itu baru dia kembali ke dapur untuk menyambung makan yang tidak sempat diselesaikan.
Usai makan, tugasan di dapur belum selesai. Perlu kutip makanan anak kecil yang makan bersepah, perlu basuh semua periuk belanga, pinggan dan gelas.
Gambar hiasan
Berkejar untuk solat Maghrib pula. Sementara menunggu Isyak, beliau mengaji Quran dan mengajar anak Iqra’.
Itulah dia wanita. Itulah dia isteri. Itulah dia ibu.
Majoriti seluruh wanita di dunia pun begini sikap mereka. Multi tasking, penuh jadual yang padat sejak awal pagi hingga ke tengah malam.
Pengorbanan ini tidak kecil. Ia sangat besar, cuma kadangkala ia tidak dihargai. Kadang-kadang ia tidak kita perhati.
Ads
Cuba kita lihat rutin puan isteri kita. Perhati dan halusi ketekunan, kesabaran dan pengorbanan mereka untuk kita dan keluarga.
Mereka sebenarnya penat dan jadual yang padat. Namun mereka tetap senyum dengan tabah dan kuat.
Itulah wanita. Itulah isteri. Itulah ibu.
Jika ada masa terluang, bantulah mereka. Sekecil-kecil bantuan yang kita hulur mampu meringankan tugas mereka.
Jika ada lebihan rezeki, gembirakan mereka. Hadiahkan mereka apa sahaja dalam kemampuan poket kita.
Tidak terbayar segala budi, jasa dan pengorbanan dengan apa yang kita hadiahkan. Namun ia cukup bermakna untuk mereka rasa diri mereka dihargai.
Buat kaum wanita seluruh dunia…
Terima kasih atas pengorbanan kalian. Tidak terbalas segala budi dan jasa. Semoga syurga buat kalian semua dan syurga kami juga.
Rezeki bukan sahaja berbentuk harta dan segala rupa bentuk kebendaan semata, rezeki juga termasuk ilmu pengetahuan, kasih sayang, kebahagiaan, anak, isteri, kesihatan dan kegembiraan.
Begitu juga buat Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan isteri. Muat naik terkini Datuk Dr Sheikh Muszaphar menarik perhatian ramai di instagramnya.
Beliau memuatnaik video isterinya berbisik kepadanya berserta kapsyen ringkas penuh makna.
Nyata bisikan itu adalah memberitahu bahawa mereka bakal menimang cahayamata ke-7! Rezeki buat pasangan ideal ini!
Untuk rekod, Dr Sheikh Muszaphar, 50 tahun, dan Dr Halina, 41 tahun, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka sudah dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 9 tahun, Sophea Natasha, 7 tahun, dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, berusia tiga tahun serta sepasang kembar, Sheikh Eussoff dan Sophea Emilia berusia dua tahun.
Menerusi perkongsian video itu, yang dimuat Fasha Sandha, memperlihatkan anaknya, Putri Raysha Jemaima mengikuti Aidil yang sedang solat berjemaah bersama anak tirinya.
Rakaman video itu diambil secara diam bawa anak perempuan Fasha solat tanpa disuruh oleh sesiapa.
Keluargabahagia
Dalam pada, rata-rata netizen memuji sikap suami Fasha Sanda yang menjaga solatnya dan menjadi contoh kepada dua anak Fasha.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kebanyakan orang sering mengabaikan kebersihan bilik mandi atau tandas kononnya ruang yang tidak penting. Tetapi sebenarnya, bilik mandi adalah cerminan peribadi terhadap empunya rumah sama ada pembersih atau tidak.
Bayangkan jika ada tetamu datang ke rumah dan ingin menggunakan tandas atau bilik air di rumah. Pasti anda malu bila dikatakan tidak menitikberatkan soal kebersihan dan dilabel sebagai seorang yang pengotor.
Elakkan masalah ini, jom belajar cara mudah untuk hilangkan kotoran degil dalam bilik air dan tandas. Sedikit sahaja masa yang diperlukan bagi memastikan bilik air dan tandas anda sentiasa bersih dan selesa.
Bahan yang diperlukan
160gm baking soda
60 ml jus lemon
1/2 tbsp Cuka
1tbsp Hidrogen peroksida
15-20 titik wangi-wangian
Cara-Cara
Campurkan baking soda dan jus lemon ke dalam bekas.
Dalam bekas lain campurkan hidrogen peroksida dan cuka.
Masukkan campuran hidrogen tadi ke dalam campuran baking soda sikit demi sedikit.
Tambahkan pewangi pilihan anda ke dalam campuran tadi.
Bentukkan campuran tadi secara bulat dan susun atas kertas kering.
Biarkan kering selama 4 jam sebelum digunakan.
Simpan dalam bekas kedap udara dan gunakan bila perlu.
Tip tandas sentiasa bersih dan wangi
Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari sebelum mandi untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda.
Letakkan sahaja sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik air.
Gunakan berus untuk membersihkan mangkuk tandas.
Gunakan bahan peluntur untuk membersihkan jubin tandas yang berlumut. Tuang bahan peluntur yang telah dicampur dengan sedikit air ke atas lantai. Berus dan biarkan selama sejam sebelum bersihkan dengan air.
Gosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua minggu sekali. Gunakan berus ketika menggosok dinding dan lantai tandas dan bilik air.
Gantungkan pewangi yang sesuai di dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.
Panduan Menghias Bilik Mandi
Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
Pasang cermin muka di dinding bilik air.
Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian
Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.
Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak
Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam.
Gosok mangkuk tandas menggunakan berus.
Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
Selain daripada cuka, boleh gunakan satu tin air coke. Cara pembersihan adalah sama.
Petua Bersihkan Kotoran Degil Pada Lantai
Ambil kapur sirih dan campurkan dengan air.
Tuangkan campuran itu ke lantai dan biarkan selama beberapa minit.
Selepas itu cuci menggunakan pencuci lantai.
Ulangi proses ini sehingga lantai bilik air benar-benar bersih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.