“Itu Perkara Biasa.” Komen Netizen Bila Aaron Aziz Luah Dilema Kena Tunggu Bila Isteri & Anak Ambil Masa Lama bersiap!

Share

Kalau bab bersiap biasanya selalu dikaitkan dengan kaum wanita. Manakala si ayah terpaksa lah reda menunggu walaupun ada yang mengambil masa berjam-jam lamanya. Itu baru ibu, belum termasuk anak perempuan lagi.

Dilema terpaksa menunggu lama juga dialami oleh pelakon Aaron Aziz sehinggakan dia memuat naik posting berkenaan hal tersebut di dalam instagramnya.

Walaupun terpaksa menunggu isteri dan anaknya bersiap, namun dia tetap tabah menanti. Paling tak menahan hashtagnya yang menunjukkan rasa hatinya waktu tersebut.

Bila Mak Dara and anak dara posing dah Si bujang Trang tang tang pun Nak masuk frame. Begini la situation sebenarnya bila Nak keluar. 1 Jam Tunggu Semua siap, 15mins adjust tudung, 15 min bergambar dulu and 10 mins tukar kasut sampai matching. Lepas tu masuk balik Dahlia lupa specs. Korang macam gini jugak ke? #alhamdulillah

 #abangsabar #abgsetia#abgtenangaja #abgmasihcool

Luahan Aaron Aziz ini kebanyakannya dilema yang dihadapi para suami  dan mereka yang bergelar ayah kan.  Apa pun bertabahlah ya!

Berikutan itu, ramai pengikutnya yang memberi komen situasi tersebut adalah lumrah dan perkara biasa yang sering dihadapi oleh kaum suami dan bapa.

Sumber: IG aarondwiaziz