“It’s A Girl”. Syukur, Alhamdulillah.” Azrinaz Kongsi Berita Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Share

Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan, jam 10.20 pagi, semalam. Bayi itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.75 kilogram.

“Saya dimasukkan ke pusat perubatan dari jam 5.30 pagi. Beberapa jam selepas itu, anak saya dilahirkan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan proses kelahiran juga mudah.

“Saya tidak menjangka semuanya berlaku begitu pantas. Mungkin kerana saya mengamalkan gaya hidup sihat, selain rezeki, semuanya menjadi mudah,” katanya.

Berita gembira itu diumumkan Azrinaz menerusi perkongsian terbarunya di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

Menurut Azrinaz, dia bersyukur kerana proses bersalin berjalan dengan lancar serta kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.

“Syukur, Alhamdullilah, saya dengan suami dengan gembiranya ingin mengumumkan kehadiran puteri kami pada Ahad, 15 September 2019 pada jam 10.20 pagi, seberat 2.75 kilogram. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.

“Allah sebaik-baik perancang. Proses bersalin berjalan dengan lancar dan rasanya seperti berlalu dengan begitu cepat. Alhamdulillah.

“Kehadiran anak perempuan kami membuatkan kehidupan terasa lebih bermakna. Terima kasih atas doa, kata-kata semangat yang diberikan oleh keluarga dan juga rakan-rakan.

“Sekarang kami memerlukan sedikit masa untuk berehat dan akan mengemas kini perkembangan terbaru di masa akan datang,” tulisnya.

Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan teman lama, Fairos Khan Abdul Hamid, 43, pada 1 Mei tahun lalu.

Sebelum ini, Azrinaz dan suami sama-sama bertugas di sebuah stesyen penyiaran, namun mula rapat sejak lebih setahun sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Sumber: IG azrinazmazharhakim