Vaksinasi telah memainkan peranan penting dalam perkembangan sihat bayi dan kanak-kanak di seluruh dunia. Namun terdapat ibu bapa yang memilih untuk tidak memberi vaksin kepada anak- anak mereka.
Tidak memberi vaksin kepada kanak-kanak membahayakan masyarakat termasuk kanak-kanak di sekolah. Ekoran itu, isu vaksin dan sekolah menjadi hangat diperkatakan.
Rentitan daripada itu, Kementerian Pendidikan Malaysia punya pendirian teguh mengenai hal ini.
Menerusi perkongsian Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, video berdurasi 2 minit 21 saat yang dimuatnaik ke laman sosial beliau pada 7 Mac 2019, iaitu semalam. Antara perkongsiannya ialah
“…Saya antara ibu bapa yang berpendapat wajib anak-anak divaksin agar tidak dijangkiti oleh penyakit berjangkit…”
Malah beliau, berpendapat bahawa suntikan vaksin adalah penting untuk masa depan kanak-kanak khusunya bagi melindungi mereka daripada penyakit.
Bagaimanapun beliau menegaskan agar kanak-kanak tidak seharusnya dihukum dengan menyekat peluang pendidikan hanya kerana mereka tidak divaksinkan.
“Ada ibu bapa yang tak mahu anaknya divaksin, anak-anak ini tidak boleh dipersalahkan…” “Selaras dengan hak asasi kanak-kanak, mereka tidak boleh dihukum atas kesalahan ibu bapa. Mereka berhak mendapat pendidikan berkualiti tanpa membezakan siapa pun mereka, dari mana mereka datang, atau sama ada mereka divaksin atau tidak.” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook.
Dalam pada itu, diminta semua pihak memahami tugas dan tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam isu mewajibkan suntikan vaksin terhadap kanak-kanak.
Berikut link rakaman video berkenaan
Pandangan netizen
Terdapat pelbagai pandangan daripada netizen, antaranya ada yang tidak bersetuju kerana tidak mewajibkan vaksin, ada yang jalinan kerjasama KKM dan KPM atas isu vaksinasi ini.
Semoga isu ini dapat memberi impak yang positif kepada masyarakat Malaysia terutama tarap kesihatan dan pendidikan kanak-kanak.