Isu Tekup Kek, Ustaz Azhar Idrus Jawab Hukum ‘Prank’ Melampau “Macam Orang Hilang Akal”

Share

Kebelakangan ini tular tentang video eksperimen sosial seorang oengguna Tiktok yang melakukan ‘prank’ menekup sebiji kek pada muka seorang wanita.

Video tersebut mendapat kecaman ramai kerana dianggap sebagai melampau sehingga mendapat perhatian dari penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, yang tampil menjelaskan mengenai hukum ‘prank’ keterlaluan dari sudut agama setelah ada orang mengajukan soalan tersebut.

“Zaman sekarang macam-macam budak nak tarik perhatian orang, buat prank lempar kek atas muka orang. Apakah hukumnya?” soalan yang diajukan.

Kata Ustaz Azhar atau lebih mesra disapa UAI berkata, kita sepatutnya menjadikan Rasulullah sebagai ‘role model’ dalam bergurau dan situasi serius.

“Kita Islam ini yang terbaik. Serius pun Rasulullah, bergurau pun Rasulullah. Contoh terbaik adalah Rasulullah. Dia (baginda) bergurau tak macam kita bergurau.

“Kita macam orang hilang akal. Nak buat kandungan media sosial supaya banyak dapat tontonan, yang haram pun haramlah.” katanya.

Tegas UAI, kita sepatutnya meletakkan batasan dalam bergurau supaya tidak berlebihan.

“Sebab itu, apa jadi sekalipun, iman dan Islam jaga kita. Kamu layan TikTok, dengan iman dan Islam. Kamu layan YouTube, dengan iman dan Islam.

“Kamu buat kandungan video untuk Facebook, dengan iman dan Islam. Maknanya akidah tak lari, syariat kita betul.” jelasnya.

Dalam pada itu, UAI menekankan tidak salah untuk melakukan konten asalkan jangan sampai tertinggal iman dan Islam.

Selepas dikecam teruk, Daing tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan video berkenaan hanya lakonan semata-mata bagi memenuhi slot program Raja Viral.

Jelasnya, dia sudah berbincang dengan mangsa yang merupakan ibu angkatnya sendiri. Difahamkan, video ‘prank’ tersebut bertujuan sebagai sosial eksperimen untuk melihat reaksi rakyat Malaysia.

Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus