Seminggu dua ini kembali kecoh tentang kemelut rumah tangga pasangan selebriti pengarah Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana apabila Syamsul membuat pengumuman bahawa dia telah selamat mendirikan rumah tangga bersama isteri keduanya, Ira Kaza.
Turut terpalit dalam isu ini, nama Pelakon Edika Yusof menjadi bualan orang meskipun netizen memuji kesetiaan Edika terhadap isterinya yang lumpuh, namun pelakon berusia 55 tahun itu tidak selesa apabila namanya terkait dengan isu rumah tangga.
“Bila isu melibatkan rumah tangga selebriti menjadi bualan hangat, nama saya mesti turut disebut-sebut. Bila saya pun terkena tempias sekali, saya jadi takut.
“Kadang-kadang bila saya berjalan dengan saudara perempuan, nanti orang ingat ‘Edika dengan siapa tu’… saya pula kena berjaga-jaga.
“Bukan risau fasal netizen tapi nanti sampai ke isteri saya, orang mengadu kata nampak saya dengan perempuan lain. Benda itu menjadi menyusahkan saya lagi.
“Macam sekarang tengah isu viral ini, saya nak ke mana-mana atau keluar pun kena dengan lelaki,” kata Edika kepada Gempak dalam satu sidang media.
Hanya ingin lakukan yang terbaik buat keluarganya, Edika bagaimanapun berharap kebaikan itu boleh menjadi contoh untuk orang lain.
“Kita bukan malaikat, kita hanya manusia biasa yang buat yang terbaik… bukan untuk orang lain tapi untuk keluarga kita. Tapi kalau kebaikan itu boleh mencontohi orang luar, saya rasa baguslah,” ujarnya lagi.
Sumber : Gempak