Seminggu dua ini kembali kecoh tentang kemelut rumah tangga pasangan selebriti pengarah Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana apabila Syamsul membuat pengumuman bahawa dia telah selamat mendirikan rumah tangga bersama isteri keduanya, Ira Kaza.
Turut terpalit dalam isu ini, nama Pelakon Edika Yusof menjadi bualan orang meskipun netizen memuji kesetiaan Edika terhadap isterinya yang lumpuh, namun pelakon berusia 55 tahun itu tidak selesa apabila namanya terkait dengan isu rumah tangga.
“Bila isu melibatkan rumah tangga selebriti menjadi bualan hangat, nama saya mesti turut disebut-sebut. Bila saya pun terkena tempias sekali, saya jadi takut.
“Kadang-kadang bila saya berjalan dengan saudara perempuan, nanti orang ingat ‘Edika dengan siapa tu’… saya pula kena berjaga-jaga.
“Bukan risau fasal netizen tapi nanti sampai ke isteri saya, orang mengadu kata nampak saya dengan perempuan lain. Benda itu menjadi menyusahkan saya lagi.
“Macam sekarang tengah isu viral ini, saya nak ke mana-mana atau keluar pun kena dengan lelaki,” kata Edika kepada Gempak dalam satu sidang media.
Hanya ingin lakukan yang terbaik buat keluarganya, Edika bagaimanapun berharap kebaikan itu boleh menjadi contoh untuk orang lain.
“Kita bukan malaikat, kita hanya manusia biasa yang buat yang terbaik… bukan untuk orang lain tapi untuk keluarga kita. Tapi kalau kebaikan itu boleh mencontohi orang luar, saya rasa baguslah,” ujarnya lagi.
Sumber : Gempak
https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s
Tart Nanas Swee Bee, Resipi Warisan Keluarga
Swee Bee, sebuah perusahaan bakeri terkemuka, dengan bangganya memperkenalkan tart nanas segi empat dengan inovasi cetak timbul, yang pertama seumpamanya di Malaysia. Dengan reka bentuk dan corak yang khusus, Tart Nanas Swee Bee bukan sekadar menjadi kudapan yang enak. Sesungguhnya, tart Swee Bee merupakan lambang warisan budaya di Malaysia yang kaya dengan limpah kurnia dan kemakmuran.
Keunikan Swee Bee bukanlah sekadar bentuk segi empatnya, hakikatnya ramai yang tertarik dengan perincian dan rasanya yang lazat. Saiz tart dihasilkan seteliti mungkin supaya memenuhi cita rasa, dengan pastri mentega yang cair di mulut, disulami rasa sekata manis dan masam pes nanas. Setiap tart diisi dengan inti nanas mengikut resepi turun-temurun, cukup membuai rasa.
Mengimbau zaman kanak-kanaknya, Pengasas Swee Bee, iaitu David Wong, terkenang akan gelaran ‘si perut besar’ oleh neneknya kerana selera makannya yang besar. Bak kata pepatah Cina “口大吃四方” (perut besar terisi empat penjuru), memori lucu ini menjadi inspirasi penghasilan tart nanas segi empat Swee Bee dengan cita rasa tersendiri. Pepatah ini juga bermakna rezeki ada di mana-mana bagi sesiapa yang mencari. Walaupun tart nanas segi empat boleh didapati di Taiwan, keistimewaan Swee Bee ialah cetakan timbul perkataan ‘福’ (Fortune) pada tart nanas.
Idea reka bentuk yang unik ini, ujar David, “Tercetus sewaktu pelancaran Tart Nanas Swee Bee pada tahun 2010 sempena perayaan, dengan aksara Cina berbunyi ‘Fortune’ tertera pada permukaan tart, khususnya bagi sambutan Tahun Baru Cina. Melalui cetakan timbul aksara ‘福’ (Fortune) pada tart nenas, kami melahirkan tart nanas pertama yang bukan sahaja berbentuk segi empat di Malaysia bahkan tart ini menjadi penyeri buat sesiapa sahaja yang membeli atau menerimanya sebagai hadiah.”
Pada tart segi empat ini, terdapat garis bulatan yang mengelilingi aksara “福” (Fortune) tersebut, melambangkan perpaduan dan jalinan kemesraan. Konsep ini menzahirkan misi Swee Bee untuk menyatukan masyarakat dari seluruh pelosok dunia, meraikan perpaduan dan kemakmuran yang dinikmati bersama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan budaya di Malaysia.
Cetusan Idea Swee Bee
Perjalanan Swee Bee terlahir daripada pengasasnya, David Wong tatkala membantu ibunya, Swee Bee seawal usia 8 tahun untuk menyiapkan tart nanas sempena Tahun Baru Cina. Pengalaman sejak di bangku sekolah ini menjadi pendorong untuk beliau meneruskan minat belajar membuat pastri, sehingga berjaya menyambung pelajaran ke peringkat diploma dalam Pengurusan Hotel & Katering.
Selepas meninggalkan dunia korporat, David bermuhasabah, meneliti semula kehidupannya sehingga menemukan kembali cintanya dalam pembuatan pastri. Pada tahun 2009, berbekalkan resipi tart nanas tinggalan ibunya, David memulakan perniagaan dari rumah, suatu permulaan episod yang menjadikan Swee Bee sungguh istimewa.
Setelah bertahun-tahun, Swee Bee mengembangkan operasi pada tahun 2012 dengan membuka kedai Baker Dave di Sri Hartamas. Pada tahun 2014, kedai bakeri ini bertukar jenama menjadi Nooks by Baker Dave, sebuah kafe bakeri yang menawarkan aneka sajian Barat, pencuci mulut, dan kopi.
Setelah berkembang pesat, pada tahun 2019 Nooks melebarkan sayap dengan mempromosikan tart nanas sebagai produk utama, sebagai tanda penghargaan buat ibu David, iaitu Puan Swee Bee. Bertitik tolak daripada saat inilah, David memberanikan diri menukar jenama daripada Nooks kepada kafe Swee Bee, yang menyajikan hidangan tempatan dengan kudapan tart nanas sepanjang tahun, sebelum memperluas operasi dengan penubuhan kilang pengeluaran produk pastri yang diperakui halal.
Transformasi kafe ini siap sepenuhnya dan dilancarkan pada bulan November 2019. Sekalipun terpaksa mengorbankan sebahagian kecil pengunjung yang kerapkali datang atas perubahan hala tuju perniagaan, sokongan daripada pelanggan setianya kekal teguh.
Apabila negara dilanda pandemik COVID-19, operasi kafe terpaksa ditamatkan, namun ada hikmah di sebalik kejadian, musibah ini membolehkan David beralih arah menumpukan bisnes pada kilang pengeluaran produk pastri. Langkah ini membuahkan hasil apabila kilang produk Swee Bee akhirnya berjaya memperoleh perakuan halal pada tahun 2021.
Mengenang pahit manit usahanya selama ini, David berkongsi, “Saya memilih nama Swee Bee untuk mengenang jasa ibu, yang telah bersusah-payah membesarkan dan menghulurkan bantuan yang tak berbelah bahagi sepanjang saya menceburi bidang perniagaan. Swee Bee menandakan titik tolak tercetusnya minat saya dalam bidang pastri selain daripada tanda kasih buat ibu, insan yang amat saya sayangi.”
Keunikan Lebih Daripada Sekadar Tart Nanas
Rangkaian produk Swee Bee bukanlah terhad pada tart nanas, bahkan meliputi kuih bulan berperisa nanas, biskut, kek, jem nanas, kopi Nanyang, dan banyak lagi. Swee Bee komited menawarkan produk yang berkualiti tinggi, dengan rangkaian produk yang diperakui Halal seperti tart nanas, kuih bulan berperisa nanas, kek, dan biskut badam perisa espresso.
Walaupun tart nanas dikaitkan dengan tradisi musim perayaan, Swee Bee percaya bahawa semua orang boleh menikmati kelazatan produknya tanpa mengira masa. Falsafah “Kenikmatan Tak Kira Masa” membolehkan Tart Nanas Swee Bee dijadikan sebagai hadiah buat insan tersayang sepanjang tahun, serta sajian yang dihidangkan sewaktu majlis hari lahir, perkahwinan, ulang tahun, malahan sebagai tanda penghargaan.
Swee Bee berhasrat untuk menawarkan lebih daripada sekadar produk bakeri. Kini, Swee Bee menanam impian untuk menjadi cenderamata nombor satu di Malaysia, yang boleh dinikmati dan dikongsi sesama rakyat Malaysia serta dengan masyarakat sedunia. Dengan keunikan budaya, Tart Nanas Swee Bee memiliki potensi sebagai buah tangan yang wajib dibawa pulang oleh pelancong yang melawat Malaysia, sekaligus memartabatkan kepelbagaian warisan dan tradisi budaya di negara ini.
Sebagai bukti komitmen Swee Bee untuk kekal cemerlang, Swee Bee telah merangkul Anugerah Emas dalam kategori Kek 3D Gaya Bebas Moden di Malaysia Culinary World Cup 2023. Reka bentuk kek Swee Bee bertemakan “Etnik Malaysia” yang menonjolkan budaya Peranakan, Cina, Melayu, India dan Iban begitu mengagumkan, sudah tentulah tart nanas menjadi bahan utama!
Simpan Air Gula Lagi Tahan Lama Bila Buat Cara Ni!
Cuba kita lihat peniaga yang menjual air, mereka awal-awal lagi telah sediakan air gula untuk mudah dibancuh apabila ada palanggan ingin membeli air minuman.
Cukup pantas dan yang paling nampak berbezanya dengan apa yang biasa kita buat bila buat air kita akan menggunakan butiran gula.
Puaslah mengacau beberapa kali, namun butiran gula masih terlihat. Terkadang kita menambah lagi beberapa sudu gula dek kerana tidak terasa manis. Apa tidaknya, gula tidak larut sepenuhnya.
Bukankah ini menyebabkan kita membazir dalam penggunaan gula?
Tapi semua ini tak akan terjadi jika kita awal-awal sipakan air rebusan gula untuk kegunaan harian. Cukup menjimatkan!
Jadi sebelum itu, ketahui dulu petua nak pastikan air rebusan gula dapat kekal disimpan lama.
BAHAN-BAHAN:
Air gula
1 Sudu besar jus limau nipis
CARA-CARA:
1. Masak air gula anda seperti biasa.
2. Masukkan 1 sudu besar jus limau nipis dan masak sehingga mendidih.
3. Rendidihkan pula selama 20 minit dan sejukkan. Simpan dalam botol bersih yang bertutup. Insya-Allah air gula anda dapat bertahan lama.
sumber : Cik cikputeh Puteh via Resepi Kuih Dan Masakan
“Biarkan Mereka Menangis”. Ibu Bapa Kena Tahu ‘Adab Memarah Anak’.. Jangan Terus Marah Je
Bayi bawah 2 tahun memang akan menangis bila tak dapat apa yang dia nak, sebab ini salah satu cara untuk dia berkomunikasi. Tapi masalah bila, kita secara tak langsung mengajar anak untuk dapat semua apa yang dia nak demi tak nak anak menangis. Biarkan dia menangis, selagi tidak memudaratkan. Sebab semakin dia membesar, semakin susah untuk dibentuk.
Contohnya beli mainan, bila kita dah biasa beri apa yang dia nak seawal bawah 2 tahun. Bila dah 3-5 tahun, semakin susah untuk kita halang. Walaupun nampak dalam scope kecil, “alah, murah je mainan”, “alah, takpelah kecil lagi”. Tapi semakin dia membesar, semakin dia belajar yang “apa yang aku nak, aku mesti dapat”. Bila no means NO, ini kena train seawal bayi sebab masa inilah masa penting untuk develop kepercayaan.
“Frustration tolerance”, sangat-sangat penting untuk perkembangan emosi anak untuk persiapan ke dunia luar yang lebih mencabar. Kena ajar anak perasaan “frust”, tak dapat apa yang dia nak main, tak dapat apa yang dia nak makan, tak dapat apa yang dia nak pakai, tak dapat pergi tempat yang dia nak dan sebagainya. Sebab dalam dunia sebenar, bukan semua apa yang kita nak akan dapat. Melainkan melalui usaha, tapi usaha pun tak menjamin kita akan dapat apa kita nak.
Contohnya:
1. Anak jatuh sikit sebab terlanggar meja. Mula-mula tengok respon dan keadaan, kalau ok kita kena biarkan dia dahulu dan terangkan kenapa jatuh dan macam mana nak elakkan jatuh daripada kita terus berlari dengan reaksi muka dan suara terkejut.
2. Anak menangis nak coklat kinderjoy.
Sebelum ke kedai yang ada jual coklat ni, kalau memang kita nak belikan bolehlah minta dia siapkan kerja atau buat sesuatu dahulu baru dapat. Kalau dia mengamuk tantrum, biarkan dia. Bila dah ok dan tenang, baru terangkan kena tak boleh (Social story).
3. Anak menangis bila kalah main game.
Biarkan dia. Bagi dia rasa “frust”, dan belajar sendiri cara kawal.
4. Anak mengamuk nak ikut kita keluar.
Biarkan dia settle “luahkan” perasaan. Selepas itu baru distract dengan benda lain.
5. Anak mengamuk taknak makan sebab nak makan junk food.
Ok, tak payah makan. Nanti next masa makan, dia akan belajar yang bila skip makan nanti lapar.
Kadang-kadang risau, bila jumpa ada yang umur 6 tahun masih makan bersuap, tak pandai pakai baju sendiri tapi abc 123 pandai. Bukan sebab “developmental delay”, tapi sebab semua A-Z mak buatkan. Lepas di ceramah 30minit, sebulan lepas tu tiba-tiba terus pandai makan dan pakai baju sendiri. Semakin kita “overprotective”, semakin kita membesarkan “adult baby”.
Tak perlu takut anak menangis. Biarkan dia menangis sekejap selagi tidak memudaratkan, biarkan dia belajar untuk “pujuk” diri sendiri. Sebab menangis adalah salah satu cara untuk untuk kita luahkan perasaan. Anak lelaki atau perempuan, biarkan mereka menangis. Biarkan mereka bukan tanda kita tak sayang, tapi sebab kita nak train mereka untuk cope dengan “frustration”.
Kita selalu dimomokkan dengan kata-kata “lelaki tak boleh menangis”, ini salah. Menangis adalah proses natural yang Allah kurniakan pada semua manusia untuk meluahkan perasaan bukan untuk perempuan sahaja. Sebab itu kebanyakan penghuni institusi mental adalah lelaki, sebab mereka lupa cara untuk meluahkan perasaan . Sebab apa? Sebab “lelaki tak boleh menangis”.
Mental kita macam getah, kalau terlampau tegang ia akan putus. Tugas kita, kena kuatkan ketahanan “getah” itu. Untuk persiapkan mereka menghadapi dunia yang mencabar
Sekian bebelan saya.
Maryam Jamadi
Occupational Therapist
TAMBAHAN:
Unfo ini untuk bayi yang umur 6 bulan ke atas ye, biasanya masa ini sudah pandai “memanipulasi” mak ayah untuk dapat apa dia nak dengan menarik rambut mak ayah, menghentak kaki, membaling barang dan sebagainya. Peranan mak ayah adalah untuk BETANYA dahulu pada anak apa yang dia inginkan sebelum menggunakan teknik “cry it all” untuk membendung habit yang tidak diingini.
Mesti Baca :
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club