Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan bahawa permohonan pembetulan maklumat di sijil kelahiran pelakon, Myra Natasha adalah mengikut prosedur.
Pegawai Perhubungan Awam JPN, Siti Mariani Ayob menjelaskan, permohonan itu telah dikemukakan oleh personaliti radio, Halim Othman dan ibu Myra Natasha, Yusnita Omar dua tahun yang lepas.
“Untuk makluman, bagi permohonan pembetulan maklumat sijil kelahiran beliau, prosedur permohonan telah dipatuhi.
“Orang Yang Mengaku Bapa (OYMB) dan ibu kandung telah membuat permohonan bersama pada tahun 2022,” katanya ringkas ketika ditemu bual oleh Sinar Harian pada Selasa.
Myra Natasha, 29, atau nama sebenarnya Myra Natasya Abdullah mendedahkan Halim telah menukar maklumat sebagai bapa di sijil kelahirannya tanpa pengetahuannya.
Ruangan tersebut dikosongkan kerana wanita itu memaklumkan sebenarnya Halim, 60, tidak pernah bernikah dengan ibunya, Yusnita sepertimana dihebohkan sebelum ini.
Ini menyebabkan status kelahirannya adalah tidak sah taraf.
Anak Perempuan Sharifah Shahirah Pakai Baju Melayu, Netizen Terhibur
SUMBER: Sinar Harian
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my