
Sungguh, hidup kita ini penuh dengan masalah dan ujian hidup. Lalu bagaimana cara terbaik untuk kita ringgankan rasa beban yang ditanggung? Hal ini dijelaskan oleh Ustazah Asma Harun dan jadikanlah amalan seisi keluarga.
Siapa yang bangun hari ni dengan sisa air mata kesedihan semalam. Masalah dan Ujian bukan bertambah ringan tapi makin berat. Rezeki sempit. Anak sakit, suami/isteri sakit atau cari penyakit. Keluarga dan Kawan semua lari tak ada yang nak tolong. Rasa dah tak boleh hidup lebih baik mati. Dll. Apa yang boleh dibuat ?
ISTIGHFAR – استغفر الله.
Anak kunci kepada pertolonganNya. Berapa kali nak istighfar ? Ulang.. ulang.. sehingga hatimu tenang dan lapang, sehingga nampak jalan, sehingga boleh rasa kalimah istighfar itu dan boleh berhenti fikir tentang masalah sekejap, dan ketika itu kamu mula rasa Allah bersama. Saat itu tiba-tiba rasa sunyi. Hanya kamu dengan Allah. Rasa dah tak perlu apa-apa, hanya menikmati saat bermanja dan bersunyian dengan Allah. Itulah nikmat paling mahal didunia. Yang ramai tak pernah rasa dan usaha untuk rasa.
Istighfar lah kerana Allah, bukan kerana Ujian Allah. Istighfar lah kerana kita perlu hidup dan mati dengan pengampunan Allah. Kerana kita kurang mohon ampun denganNya, Allah berikan jalan lain sebagai penyucian jiwa. Pilihlah jalan Istighfar bukan jalan Musibah.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا وَمِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِب
Dari Abdullah bin ‘Abbas dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang melazimi istighfar, Allah akan menjadikan dari setiap kesedihan kegembiraan, dan dari setiap kesempitan baginya jalan keluar dan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka.” (HR Ibnu Majah No: 3809)
sumber : Asma Harun
“Dia Penat Sangat Jaga Aku Dan Kerja Lagi.” Aidid Kongsi Pengorbanan Dan Doa Untuk Isterinya.Terharunya Baca!

Orang kata isteri diuji saat suami susah, manakala suami pula diuji ketika dia senang. Tatkala suami susah, isteri adalah pendorong utama yang menguatkan semangat. Demikianlah dengan pasangan suami isteri ini.
Aidid Marcelo, pengacara dan juga pelakon baru-baru ini telah menjalani satu pembedahan akibat kecedaraan di bahagian ligamen anterior cruciate (ACL). Akibatnya dia terpaksa berehat kerana baru menjalani pembedahan.
Dalam tempoh rawatan tersebut, Aidid tidak boleh melakukan sebarang kerja. Justeru, isterinya Norzie Pak Wan Chik terpaksa menguruskan segalanya.
Biarpun penat bekerja dan dalam masa yang sama menguruskan hal rumah tangga dan suami yang sakit, namun Norzie kuat dan tabah menghadapinya.
Melihatkan wajah kepenatan isteri di kacatv membuatkan Aidid mendoakan bidadari syurganya itu sentiasadalam lindunganNya dan dijauhkan dari sebarang mala petaka.
Tidak hairanlah kesetiaan si isteri tersebut mengundang riak bahagia penuh syukur dari Aidid. Dalam satu perkongsiannya di laman instagram, Aidid melahirkan rasa terharu dan bersyukur dengan pengorbanan isterinya.
Dalam perkongsian tersebut juga, Aidid menulis satu doa khusus buat isteri, ibu dan sesiapa sahaja yang baginya cukup hebat dalam berkorban demi orang tersayang.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mei 2005 dan dikurniakan 4 orang anak.
Daripada hari aku sakit 22 hari lepas sampailah sekarang, aku tahu dia ni penat sangat dengan kena jaga aku + dia dah kena baca #nightline news lagi, kadang2 sampai umah jam 1 pagi.
Ya Allah, Kau berilah kekuatan semangat, kesihatan berpanjangan, dijauhkan daripada sebarang penyakit2 merbahaya, diberkati rezeki dan lindungilah serta kasihanilah dia sepertimana setiap saat dia mengasihani aku dan keluarganya.
Jom sampaikan doa ini kepada isteri, ibu dan sesiapa sahaja yg kita tahu tahap pengorbanannya HEBAT bagi membantu kita ? amin. Saya doakan untuk semua juga
A post shared by Aidid Marcello ? (@aididmarcello) on
Terharu dan menyentuh hati, itu antara pendapat dan komen dari pengikut di ruangan instagram Aidid. tak kurang yang melahirkan kekaguman dan mendoakan kembali semoga pasangan ini bahagia selamanya dan semoga Aidid cepat sembuh.
inanoorrahimSemoga cepat sembuh aidid dan semoga di permudahkan segala urusan aidid dan isteri.. Aamiin
cvey15Awesome
leechaiyinTake care @aididmarcello and norzie ?
md_wedding_plannerTerharu..
redromusicAllah Will always protect Good Husband like you. ❤️?
meeraclesingaporeSemoga cepat Sembuh Insyaallah.
rozimarani1003Get well soon anak..semoga segala nya di permudahkan olehNya..
Malah ada juga yang bersetuju dengan Aidid akan wajah isterinya nampak penat sewaktu membaca berita
misselleelisaSemalam terdetik juga tgk pembaca berita ni muka dia nampak letih sangat. Last2 keluar kt explore pasal pembaca berita ni. Untung dpt suami yg memahami.
iaminazalinaRindu tgok @norziepwcbersiaran… Minat dia sejak dulu
ndnorazurasaya dah suami tgk berita semalam… ckp eh dah lama xnmpk kuar tv norziepwc. smoga dipermudahkan segalanya.
qurose.in.2weeksAamiin. Dialah bidadari calon syurgawi. Aamiin
smileysuzii@yusz_boq86 tulah. Masih bertahan. Semoga Allah permudahkan segala urusan semua org yg sama melalui kesukaran lebih2 lagi apabila suami x sihat
rkkn79Terbaik bro…saya copy doa tuan utk family dan isteri saya..moga kita mendapat keberkatan dunia akhirat @aididmarcello
aiennnorennyItulaa pngorbanan seorg istri n ibu..bleh buat apa sje utk kbgiaan n keselesaan fmly..smg cpt smbuh
A post shared by Aidid Marcello ? (@aididmarcello) on
A post shared by Aidid Marcello ? (@aididmarcello) on
A post shared by Aidid Marcello ? (@aididmarcello) on
Sumber: IG aididmarcello
Masak Kurma Lagi Lazat Rasanya, Perlu Buat Petua Khas Ni. Ketahuinya & Rugi Kalau Tak Buat!

Masak kurma sering menjadi menu kegemaran ramai kerana rasanya yang berempah, lemak dan tidak pedas. Malah ibu-ibu juga gemar menyediakan sajian ini memandangkan ia mudah disediakan dengan menggunakan bahan rempah yang sedia ada dipasaran.
Pun begitu, menambahkan lagi rasa keenakan rasa masakan kurma ini, Syed Mohd Nazli Jamalullail melalui MAHN berkongsi tip atau petua untuk menjadikan masakan ini lebih sedap daripada biasa.
Nak tahu apa yang perlu dibuat, jom semak perkongsiam bermanfaat ini.
Petua Khas Dan Resipi Masak Kurma
1)Tumis menggunakan minyak sapi, bawang besar,hirisan halia,kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga sehingga garing kekuningan.
2)Masukkan serbuk rempah kurma yang telah digaul bersama air, daging,kerisik,
tomato,bawang putih/merah yang telah di blend dan buah keras serta jintan yang telah ditumbuk.
3)Tutup periuk,masak dengan api kecil sehingga pecah minyak,tutup periuk itu bertujuan supaya aroma bau tak hilang dan daging akan cepat lembut. Awas! Jangan biarkan ramuan rempah tu hangit,air kena pandai agak.
4)Bila daging dah hampir lembut,masukkan kentang,tunggu sehingga lembut,
masukkan santan,biarkan sehingga menggelegak.
5)Masukkan cili merah potong tengah dan bawang besar potong empat dan garam.
6)Petua khasnya ialah – Setelah semuanya selesai masak,tuangkan sedikit minyak sapi mentah ke dalam kuah kurma,ini akan menambahkan kelazatan masakan kurma itu.
Nampak Biasa Aje Lelaki Ini Betulkan Sepasangan Selipar, Rupanya Sedia Me Time Isteri Dekatkan Diri Dengan Tuhan. Deep!

Betul apa yang dikatakan, bahagian itu bukan boleh dibeli wang ringgit. Bukan duit semata bahagia itu. Jika awalnya duit melimpah jadi ukuran kebahagian tetapi lama kelamaan, ia akan pudar. Kebahagiaan abadi adalah rasa kasih sayang yang tersemat hati kepada pasangannya.
Begitulah yang dilakukan kepada pasangan ini yang diceritakan oleh saudara Muhammad Yusof melalui perkongsiannya yang hampir cecah 5K!
Kisah seorang suami yang menyediakan Me Time isteri di tempat ibadat tanpa menyuruhnya keluar segera selepas solat. Sebaliknya setia menunggu isteri. Lebih sweet, apabila siap sedia memusingkan kedudukan sepasangan selipar isteri agar mudah menyarungkan apabila keluar masjid.
Nyata, kasih sayang itu bukan duit semata, tetapi saling menghargai pasangan. Indahnya cinta itu jika begitu mendalam kan! Moga pasangan kita begitu!
Hari tu aku solat Subuh dekat sebuah masjid. Aku ada kursus luar sebenarnya, hari tu.
Habis-habis solat aku duduk kejap kat kerusi depan pintu keluar masjid sambil main henset. Habis semua jemaah keluar, ada sorang pak cik keluar lepas tu dia duduk sebelah aku. Dia tegur aku, bagi salam dan mungkin pak cik ni jenis mesra alam then cepat je kami bersembang walaupun baru jumpa pagi tu. Tak jadi aku nak masuk kereta sebab layan dia sembang.
Ada jemaah yang keluar tegur pak cik ni ‘Assalamualaikum cikgu..’. Aku tanya-tanya, rupanya dia cikgu tapi dia dah beberapa tahun pencen.
TUNGGU ISTERI
Tengah-tengah sembang, dia tengok jam. Tiba-tiba dia bangun dan pergi kat pintu keluar masjid. Aku tengok dia pusingkan sepasang selipar. Pelik juga aku. Lepas tu dia datang balik kat aku.
Aku yang naif ni terus la tanya dia ‘Kenapa dengan selipar tu pak cik?’.
Dia jawab ‘Oh tu selipar isteri pak cik. Pak cik pusingkan supaya dia mudah nak pakai selipar tu tak payah dia nak pusing-pusing, terus je sarung..’
Aku rasa dah agak lama juga aku dengan pak cik ni duduk berbual tapi isteri dia tak keluar-keluar lagi.
So aku pun saje la tanya dia ‘Lama jugak ye isteri pak cik solat?’
Jawapan pak cik ni buat aku terkesan.
‘Biasa la dik. Pak cik memang suruh dia lama sikit duduk masjid ni. Habiskan wirid dulu, habiskan baca surah al-Waqiah dulu, lepas tu nak sambung baca Al-Quran ke, zikir ke, takpe, bacalah pak cik bagitau kat dia. Setiap hari lepas pak cik siap-siap semua, pak cik biasa tunggu dia kat sini..’
Allahu. Aku rasa pak cik dan mak cik ni adalah pasangan ahli Syurga yang Tuhan nak aku belajar daripada dorang pagi-pagi ni.
Aku selalu terfikir bahawa ‘me time’ isteri ni ialah kita just bagi duit then biar isteri keluar jalan-jalan, shopping ataupun bawak dia pergi urut.
Jadi dengan buat benda-benda ni kita rasa isteri kita dah cukup dah release segala tension dorang, tapi sebenarnya aku tersilap.
‘Me time’ yang terbaik ialah biar isteri ada ‘quality time’ dengan Tuhan dia.
Bila yang paling utama ni dah settle, InsyaAllah Allah akan permudahkan untuk membuka segala pintu kebahagiaan, pintu rezeki, pintu kesihatan nak jaga keluarga, yang selama ini kita nak kecapi sebagai pasangan suami dan isteri.
Kadang-kadang suamikan, bila isteri keluar lambat solat kat rnr atau stesyen minyak mulalah suami nak buat muka, siap marah ‘kenapa lama sangat!’ padahal time solatlah si isteri nak rilek-rilek kejap, tunggu giliran dapat telekung dan masa itulah si isteri nak dapat ‘quality time’ dengan Tuhan dia.
Ingat suami, bagilah ruang dan peluang untuk dorang dapat ‘masa berharga’ ni. Bukan sekadar ‘masa berharga’ tak jaga suami atau anak je.
Lepas tu, aku tengok isteri pak cik tu berjalan ke arah kami berdua. Nampak nur melimpah muka bersih jernih mak cik tu, sejernih muka suaminya.
Pak cik tadi bila nampak isterinya terus bagitau aku nak mintak diri dulu pergi sarapan kat kedai dekat-dekat situ.
Allah, Allah.
Pagi itu Allah ajar aku dan aku rasa aku kena kongsi cerita ini dengan korang semua.
Semoga kita jadi pasangan yang membahagiakan pasangan masing-masing, dunia dan akhirat.
‘Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa..’
Amin.