Zaman sekarang ini kos sara hidup semakin tinggi, dan ini memerlukan bukan sahaja suami berusaha lebih keras untuk menggandakan pendapatan keluarga malah ada baiknya isteri turut membantu dalam meringankan beban suami.
Selain perlu bekerja dengan makan gaji, apa kata mulakan untuk berbisnes secara kecil-kecilan di rumah. Cara ini lebih memberi ruang masa yang fleksible kepada ibu-ibu untuk menguruskan keluarga dan dalam masa yang sama menjana pendapatan.
Apa yang pasti, berbisnes pada hari ini selain tujuannya untuk membantu suami, ada baiknya fahami kepentingan kepada diritentang perlunya duit poket sendiri.
Melalui perkongsian daripada Puan Norsahida Mohamad Said diharapkan dapat membuka mata dan memberi inspirasi untuk ibu-ibu di luar sana memulakan langkah untuk berbisnes. Jom semak perkongsiannya.
5 Sebab Kenapa Isteri Sekarang Perlu BUAT BISNES 1. SIDE INCOME Rasanya semua orang tahu, ekonomi sekarang makin tenat dan gawat. Nak tak nak, isteri sekarang kena fikirkan macam mana nak bantu suami untuk tambah pendapatan keluarga. Kenaikan harga barang, menyebabkan si isteri kena berjimat cermat. Time shopping barang dapur tu, kena cari yang ada pakej kombo. Kena fikir juga 48 kali nak beli barang sendiri. Kena dahulukan keperluan keluarga dulu. Sob Sob Sob…aduhaiii…
Ads
2. TAK MENGHARAPKAN GAJI SUAMI
Kadang kadang kita ni si isteri, malu aihhhh, asyik nak mintak duit suami aje. Lebih lebih lagi sekali sekala nak melaram beli tudung terobang. Nak beli suplemen untuk dalaman pun, rasa segannnn aje nak mintak. Bukan mintak dengan orang lain pun tapi dengan suami sendiri pun maluuuu ya amat.
Ads
Anak anak pula, sekali sekala nak beli aiskrim Malaysia makcik depan rumah buat. Aiskrim kacang hijau plak tu, sedap popalihhhh (cakap orang Temerloh), tapi takkan lah nak tunggu duit gaji masuk baru boleh beli. Sadiss kan jika tiada duit sendiri. Huhu..
3. SUAMI TAK BAGI NAFKAH Oh, ini cerita sadis lagi. Abam sado kita tu bukan tak nak bagi, tapi beban belanja keluarga yang besar. Memang tak cukup nak bagi isteri. Kita yang isteri solehah ni, opkos lah patuh. Lagi pun, kesian kat suami tu, dia sorang sorang je cari duit untuk belanja keluarga. Kesian sungguh pada cik abam sado kita tu!
Ads
4. BELAJAR BERDIKARI Haaa… ini ibarat sediakan payung sebelum hujan. Something happen, kita tak tahu. Bukan minta, tapi cerita realiti. Yang hidup pasti mati. Jadi, isteri yang solehah dan baik, bersiap sedialah kita sebelum apa apa terjadi. Pecahkan TEMBOK MALU untuk mula buat bisnes tau!. Cari orang yang betul yang boleh guide kita.
5. TAK NAK DIPANDANG RENDAH Apa… ingat kita duduk rumah, jaga anak, jaga keluarga ni tak boleh jadi wanita HEBAT?. Jangan pandang sebelah mata woooo… Sekarang ni, dah banyak cerita, dari surirumah kini sudah punya empayar sendiri. Fuhhhh… So, jangan pandang rendah wanita berwajah lembut tapi punya hati waja.
Kalau ikutkan, banyak lagi SEBAB kenapa awak awak, isteri perlu buat bisnes sekarang. Tapi cukuplah akak bagi 5 ni dulu. Hadam baik baik dan berbincanglah dengan cik abam tu untuk bagi restu untuk mulakan bisnes.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berhenti kerja dalam zaman sekarang mungkin memerlukan anda berfikir berpuluh kali sebelum membuat keputusan. Ia bukan satu perkara mudah kerana tidak tahu apa yang bakal terjadi selepas itu?
Jika anda sudah pun mendapat kerja baru di tempat lain, mungkin perkara ini tidak menjadi masalah. Namun sebaliknya jika anda baru mahu mencari atau mendapat pekerjaan yang lain. Sudah tentu banyak persoalan yang perlu dipertimbangkan sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan nekad untuk berhenti kerja.
Nah, kena fikir masak-masak dan ini empat perkara penting yang perlu anda titikberatkan sebelum berhenti kerja.
1.Keperluan Kewangan
Dalam apa jua situasi, kewangan seharusnya menjadi perkara utama. Lebih-lebih lagi pada zaman ekonomi sekarang. Pasti anda sudah memiliki beberapa aset seperti kereta dan rumah yang memerlukan pembayaran secara konsisten setiap bulan. Pada peringkat awal, mungkin wang simpanan boleh membantu tetapi secara tidak langsung ia tetap menambahkan bebanan.
Apabila terdesak, anda mungkin akan menerima apa jua jenis pekerjaan dan berhadapan dengan krisis kerjaya. Jadi jangan terburu-buru, sebaliknya buat perancangan sebaik mungkin. Anggap kerjaya sekarang sebagai tabung sambil mencari pekerjaan yang diidam-idamkan.
2.Cari Kegembiraan Dalam Pekerjaan
Bukan mudah untuk seseorang mendapat kerja yang diidam-idamkannya.ibarat bulan jatuh ke riba kaedahnya. Namun, jika sebaliknya jangan putus asa atau tetap menanti. Jika ada tawaran lain yang datang, jangan terus tolak bagi memastikan anda tidak menganggur dan dapat menanggung perbelanjaan diri.
Sebenarnya ramai yang senasib dengan anda dan berhadapan dengan dilema. Namun begitu, jangan bersedih sebaliknya cuba bekerja keras serta berfikiran positif. Buangkan rasa kecewa dan cuba bersyukur dengan rezeki yang diterima. Ia sedikit sebanyak akan membantu menjadikan mood kerja anda bertukar lebih baik. Mana tahu, lama-kelamaan anda akan jatuh cinta dengan kerjaya tersebut.
3.Lakukan Perancangan Terbaik
Jika anda mempunyai matlamat dalam pekerjaan yang diinginkan, gunakan masa lapang sebaiknya dengan mencari pelbagai informasi yang diperlukan. Proses mencari pekerjaan ideal memerlukan anda untuk melakukan sedikit penyelidikan. Kumpul sebanyak mungkin informasi tentang pekerjaan mahu pun syarikat tertentu agar anda sentiasa bersedia jika ada jawatan kosong.
Sudah menjadi lumrah, peringkat awal adalah begitu sukar untuk mendapat pekerjaan yang dimahukan. Bagaimana pun pengalaman pasti akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang diingini.
4.Lakukan Apa Yang Diminati
Setiap daripada kita sudah tentu mempunyai impian masing-masing yang ingin dicapai. Kenal pasti apakah ia dan bagaimana impian itu mampu direalisasikan. Walau pun begitu, ramai di antara kita yang hanya memasang angan namun tidak sanggup mengejarnya. Mereka lebih sanggup mengikut apa sahaja yang terhidang di hadapan mata tanpa mahu memikirkan perubahan yang mungkin menyusahkan diri sendiri. Jangan lepaskan impian itu namun dalam masa yang sama harus menjaga kerjaya sekarang agar tidak memudaratkan diri di kemudian hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru menimang cahaya mata semalam, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 25 hari ini memuat naik gambar anak sulungnya.
“Semalam tidur bagai dibuai mimpi , every minutes in the labour room , every pain , ever moments i went through dia recap balik. Ya Allah macam tak percaya.
“Terima kasih Ya Allah , terima kasih keluarga , terima kasih sahabat , terima kasih semua yang mendoakan kami . ————————————————————- . ITS A BABY BOY 🥳 . . Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris.
“Born yesterday , the 1st of October 2019 at 5.40pm weighing 3.68kg . Secara normal . Alhamdulillah syukur we are so greateful for our healthy little boy . Our world feels complete and our hearts are full with unconditional love. Love you my babyboi 💙
Momen indah sebagai ibu turut dikongsi bersama rakan-rakan rapatnya. Lebih istimewa lagi, Elfira menerima hadiah iphone 11.
El disambut dengan meriah dalam satu majlis yang hanya dihadiri oleh teman-teman rapatnya. Paling mengejutkan, El menerima hadiah Iphone keluaran terbaru iaitu Iphone 11 dari salah seorang rakannya itu.
Hadiah tersebut diterima dalam satu majlis baby shower yang diadakan khusus buat anak Elfira baru-baru ini.
Elfira Loy, mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup. Semalam, ibu muda ini selamat melahirkan anak sulungnya di Andorra Women and Children Hospital di Seri Kembangan.
Tahniah dari admin Majalah Keluarga buat pasangan suami isteri ini.
Kali ini dikongsikan pula cara untuk menjaga kulit agar terlihat sihat dan cantik serta bebas jerawat dengan mengunakan masker oat yang boleh dihasilkan sendiri. Ini sebagai mana perkongsian seorang ibu cantik beranak dua ini dek kerana terlalu obses dengan kecantikan alami.
Apa yang pasti, Zana Mokhtar punya banyak petua dan dijadikan amalan untuk penjagaan wajahnya yang dikongsikan di laman sosial. Antara yang menarik perhatian adalah untuk menghasilkan masker wajah dengan menggunakan oat.
Menurutnya, masker yang dihasilkan sendiri bukan sahaja menjimatkan malah apa yang lebih penting baginya bebas daripada bahan kimia. Malah kesan yang diperolehi daripada rutin penggunaan sekurang-kurangya seminggu 2 atau 3 kali, terbukti memuaskan hati.
Ayuh kita pelajari bagaimana cara yang sering dilakukan olehnya untuk menghasilkan masker oat ini.
Bahan-bahan:
Oat
madu
Cara buat :
Masukkan oat ke dalam pengisar dan kisar halus.
2. Kemudian masukkan madu, gaul sebati.
3. Sebelum disapukan ke wajah, pastikan muka dicuci bersih terlebih dahulu.
4. Kemudian ratakan ke seluruh wajah dan biarkan selama 15 minit.
5. Setelah itu baru dicuci bersih.
KESANNYA : Bila diamalkan secara konsisten, akan nampak kulit wajah semakin cantik tanpa ada jerawat.
sumber : Zana Mokhtar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.