Rumahtangga yang bahagia tentu mempunyai sikap tolak ansur dan saling melengkapi antara satu sama lain.
Namun, hakikatnya tidak mudah untuk melayari alam perkahwinan kerana anda dan pasangan perlu sama-sama berdepan onak duri.
Sebagaimana perkongsian oleh saudara Firdaus Shakirin yang boleh menjadi manfaat untuk kebahagiaan keluarga.
Perempuan yang boleh bersama lelaki ketika lelaki itu susah adalah jenis yg RARE…
Agak bingai sekiranya memilih utk meninggalkannya ketika senang semata-mata kerana berjumpa dgn perempuan lain…
Belum tentu perempuan yg baru dijumpai itu akan kekal bersama andaikata kita kembali susah semula…jatuh bangun org lelaki ni, tak semua perempuan mampu lalui bersama-sama…klu dia dah tahu lelaki itu susah, tak berharta, ada motor saja, tinggal plak rumah sewa, dia boleh saja pilih lelaki lain yg lebih baik…
Tapi perempuan bila syg, dia akan syg sepenuhnya, dia akan letak harapan sepenuhnya ke atas diri lelaki tersebut…
Dia percaya yg lelaki itu mampu membuatkannya bahagia, dia percaya satu hari nnt lelaki tersebut akan berjaya, dah tak susah lagi dah…berbekalkan harapan itulah dia lalui bersama “kesusahan” itu…
Itu pun masih ada segelintir lelaki yg buta…
Dia tetap rasa dirinya berjaya sbb usahanya…dia tetap rasa dirinya senang sbb usahanya…tak pernah terlintas sedikit pun yg kejayaan dia, kesenangan dia itu dtg dari doa org yg menyayangi dia, org yg paling dekat dgn dirinya, yg selalu berada disisinya…
Sifat itu yg buat perempuan jd takut bila lelaki tu dah senang…
Dia takut lelaki itu lupa diri, lupa daratan…dia takut lelaki tu lupa segala peritnya, susahnya, pengorbanannya…lelaki yg masih kekal bersama perempuan yg boleh bersusah dgnnya adalah jenis lelaki yg bersyukur…
Sumber: Firdaus Shakirin
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club