Sebenarnya banyak hikmah bila punya isteri yang garang atau manja. Ia memberikan banyak kebaikkan buat keluarga itu.
Ini dinyatakan oleh Mohd Fhais mengenai isteri yang garang dilaman facebooknya.
Beruntung dapat isteri garang macam singa ni.
Ada ketika dia boleh jadi singa betina, garang ya amat. Ada ketika dia boleh jadi singa laut, manja kemain lagi. Sabar je la kawan!
Isteri banyak ragam ni, tersimpan hikmah yang banyak buat suami.
Bila kita hadiahkan tudung mahal dia punya girang, senyum sampai ke telinga. Dia punya manis mulut, sampai semut pun hurung.
Tapi bila kita terduduk atas tudung dia, dia punya teriak sampai jiran sebelah terkejut. Mulut manis tadi jadi tawar. Seolah olah terlupa tudung tu siapa yang belikan. Sabar je la!
Lagi satu bila nampak lipas dalam bilik air, dia punya takut macam nampak harimau. Nak terkencing pun boleh tahan lagi. Penakut bangat.
Tapi lain cerita masa nak beranak, wanita la orang paling berani sekali. Kita yang teman dia beranak pula naik takut, tekak naik loya tengok darah bagai. Nak nak kalau terkeluar suara jantan, seram wei!
Warna warni seorang isteri hanya suami yang tahu.
Begitulah wanita yang bergelar isteri. Di setiap 1 perkara yang kita tahu, ada tersimpan lagi 10 rahsia yang belum kita tahu. Semakin lama kita kenal, semakin banyak perkara kita belajar tentang dia.
Suami kena banyak sabar, kena hadap dan kena hadam semua peel isteri.
Wanita ibarat lombong emas. Lebih dalam kita lombong lebih banyak emas menanti. Begitulah sangat bernilainya isteri kita.
Sebab itu la sebagai suami, kita kena banyak bersabar kerana percaya atau tidak semakin kuat kita sabar semakin banyak kita akan nampak kebaikan isteri.
Walaupun wanita ni complicated, tapi ia complicated yang indah. Wanita complicated ini la yang akan memudahkan urusan kita dan bantu urus rumahtangga kita kelak.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Nak faham suami sehari dah cukup tapi nak faham isteri makan tahun pun belum tentu cukup. Tu kena banyak sabar!