
Setiap pasangan yang berkahwin tentunya inginkan kebahagiaan. Begitu juga peranan seorang isteri yang seharusnya bangun pada waktu malam demi mendoa kesalahan suami pada Allah untuk kebahagiaan keluarga. Begitu juga perkongsian yang dipaparkan oleh Abu Hurairah Asifa. Moga kita muhasabah diri dalam membentuk sebuah rumahtangga sakinah.

Mak selalu pesan,
“Kalau kita nak jadi isteri yang baik, kita kena bangun malam. Kena merintih. Banyak menangis. Sebab kita ni lemah. Nak ubah suami pun payah.
“Nak cakap dengan suami lagi susah. Jadi, kita bercakaplah dengan Allah. Doakan kesalahan suami pada Allah. InsyaAllah, Allah sendiri akan didik suami untuk jadi baik pada anak isterinya”
Tiadalah yang lebih membahagiakan seorang wanita itu melainkan dia memiliki Tuhan didalam hatinya.
Memiliki Tuhan bererti kita ada tempat untuk mengadu, tempat merujuk, tempat meminta tolong, tempat penyelesai masalah dan segala-galanya.
Dua wanita ini, adalah bukti bahawa mereka tak pernah putus bangun di tengah malam, mendoakan suami mereka, lalu mereka dikurnia menjadi wanita yang paling bahagia.
Ibu saya, dan ibu mertua saya.
Saya Tak Perlu Satukan Ibu Dan Fazura Kerana Secara Natural ‘Bonding’ Sudah Ada. Di Situ Sudah Nampak Betapa ‘Cantiknya’ Hubungan Mereka- Fattah

Bahagia itu sederhana, biar tak kaya harta namun cinta dan kasih sayang itu yang lebih bermakna. Perkahwinan Hero Seorang Cinderella bersama Nur Fazura Sharifuddin nyata melengkapi kehidupan merpati dua sejoli ini.
“Lebih membahagikan bila mana pelakon Suri Hati Mr Pilot ini mendapat restu dan doa dari wanita terindah dalam hidupnya iaitu ibunya. Biar tidak pernah bersua muka namun, pertama kali berjumpa kedua-duanya cukup mesra dan boleh ‘get long ‘bersama.
“Orang selalu beranggapan mertua dan menantu sukar untuk serasi bersama. Apa tidaknya dua orang yang berbeza cara hidup dan tidak membesar bersama, namun masih boleh bermesra seolah-olah sudah lama kenal.
“Ibu layan Fazura seperti anaknya yang dijaga sejak kecil dan begitu juga dengan Fazura sendiri. Pertama kali saya membawa Fazura bertemu ibu dan nampak chemistry antara mereka, daripada situ saya sudah dapat rasa akan restu dan persetujuan daripada wanita yang cukup terindah dalam hidup saya.
“Lagipun ibu tetap ibu dan dengan sesiapa sahaja dia mudah mesra dan ramai yang boleh get long dengannya kerana sangat terserlah sifat keibuannya. Bahkan, peminat saya di luar sana kalau bertemu pun sudah memanggilnya ibu.
“Mungkin sebab itu saya tak perlu untuk menyatukan ibu dan Fazura kerana secara natural ‘bonding’ antara mereka sudah ada. Fazura sendiri melayan ibu saya seperti ibunya sendiri dan nampak di mata kita akan ‘cantiknya’ hubungan yang terjalin antara mereka berdua.
“Ibu dan Fazura masing-masing memiliki sifat penyayang dan daripada situ saya dah nampak memang Fazura memang jodoh terbaik yang sememangnya direstui oleh ibu dan ahli keluarga yang lain,”ujar Fattah yang mengakui tak sabar untuk menyambut Ramadan dan raya sebagai seorang suami buat pertama kalinya tahun ini.
Tidak Merancang Soal Anak
Nekad untuk menjadi seorang suami yang baik, anak yang mithali, Fattah mengakui sentiasa mengharapkan doa dan restu daripada kedua belah ahli keluarga serta para peminat.
Keluarga Islamik
Akui Fattah lagi, dia sentiasa berpegang pada prinsip, restu dan berkat ibu bapa penting. Justeru, apa jua yang dia lakukan, mesti akan minta restu dari kedua orang tuanya.
“Walaupun saya memilih bidang seni, namun ibu bapa selalu menyokong dan sentiasa doakan saya. Daripada situ kerjaya kita akan jadi mudah dan rezeki bertambah murah dan hidup sentiasa diberkati.
“Orang tengok keluarga saya lebih islamik tetapi pada ibu bapa saya tak pernah membangkang dengan pilihan yang anak-anak buat. Cuma mereka selalu cakap sentiasa pandai jaga diri, jaga maruah, hormat ibu bapa dan jangan malukan ibu bapa. Dan itulah nasihat yang saya pegang selama ini.
Ini Tip Nak Rancang Anak Genius Soleh & Solehah. Tapi Inilah Yang Kena Alert.

Apabila bergelar ibu bapa, tentu kita mahu melihat anak berjaya, genius dan soleh dan solehah. Itu semua adalah impian buat semua ibu bapa. Sememangnya anak-anak adalah harta berharga untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian, segala pahala dari amalan kita terputus dan anak-anaklah yang diharap dapat menyambung pahala dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w.; “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Justeru, apakah sepatutnya yang ibu bapa lakukan?
Perkongsian Pendidik Ilmu Keibu bapaan, Dr Taufiq Razif boleh menjadi garis panduan untuk kita muhasabah diri dan mendidik anak mengikut cara Islam.
1. Pilih pasangan yang solehah
Islam telah memberi garis panduan dalam mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW telah memberi panduan untuk mencari pasangan yang baik kepada lelaki yang baik iaitu dipilih atas dasar kecantikan, harta, keturunan dan agama.
2. Jaga makanan
Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis diriwayatkan Muslim bersabda yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu”.
Sebagai ibu dan bapa hendaklah mengambil berat terhadap pemakanan anak-anak serta ahli keluarga yang lain. Pastikan makanan yang diberi bersih dan halal daripada sumber rezeki yang halal juga. Sesungguhnya memberi anak makanan yang halal memberi kesan kepada anak seperti cemerlang pelajaran, alim dan anak yang sholeh.
3. Mindset perlu jelas .
Mempunyai anak yang soleh sudah sememangnya menjadi idaman kita semua. Sebelum lahir dah kena ada target spesifik untuk masa depan anak nanti. Jadi, baca info-info bagaimana mendidik anak menjadi soleh dan solehah serta genius. Didikan awal akan memberikan kesan kepada pembentukkan akhlak anak.
4. Jaga adab semasa hamil
Terdapat pelbagai amalan-amalan postif semasa ibu hamil seperti doa, pemakanan dan petua untuk melengkapi keperluan si manja di dalam kandungan. Antara memperbanyakkan membaca Al-Quran. Ini kerana amalan tersebut boleh memberi ketenangan pada jiwa dan memberi kesan yang positif kepada baby dalam kandungan. Juga jaga percakapan walaupun anak masih di dalam kandungan kerana anak boleh mendengar walaupun dalam rahim lagi.
4. Ubah sikap
Bila anak dah lahir, ubah perangai buruk yang lama kerana anak adalah peniru terhebat sikap ibu bapanya. Ia adalah salah satu cara mereka belajar. Tapi, ada juga perkara yang tak sepatutnya ditiru. Oleh itu, ibu bapa menjadi contoh tauladan terbaik buat anak dari segi solat, akhlak, membaca Al-Quran, percakapan dan melakukan aktiviti yang bermanfaat setiap hari bersama anak seperti membaca buku dan melukis.
5. Elak makan bergula tinggi dan makanan segera
Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, seperti fast food dan junk food. Makanan sebegini boleh menyebabkan menganggu kepintaran anak.
6. Kawal emosi
Anak-anak ini pelbagai ragam. Sebagai ibu bapa, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk mengatasi kanak-kanak sebegini. Ibu bapa, perlu kawal emosi bila berhadapan dengan karenah anak kerana anak bukannya beban tapi anak adalah ujian yang mendatangkan pahala jika betul cara mengendalikannya.
7. Amalan membaca Al-Quran
Setiap ibu bapa tentu punya impian anak-anaknya gemar membaca Al-Qur’an. Jadikan ia budaya di rumah sendiri. Amalkan membaca Al Quran setiap hari walau sekadar sebaris ayat. Amalan membaca al Quran hendaklah diterapkan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Kerap membaca Al-Quran didepan anak. Walaupun anak buat macam tak kisah tapi sebenarnya mereka simpan memori tu dalam otak mereka.
8. Makanan berkhasiat
Semua ibu bapa inginkan anak yang cerdas dan bijak. Setiap yang kita ajar, mudah sahaja mereka faham dan praktik Pemakanan sihat dan berkahsiat bermaksud mengambil hidangan seimbang yang mengandungi semua kumpulan makanan utama untuk perkembangan otak yang optimum.
9. Pujian buat anak
Banyakkan pujian penghargaan pada anak. Itu juga salah satu bentuk doa apabila anda mengeluarkan kata-kata yang postif buat dirinya. Memberi penghargaan seperti pujian, pelukan, dan ciuman akan memberikan kebanggaan kepada anak. Apabila hendak memberi pujian pada anak, pilihlah kata-kata yang sederhana, jelas dan spesifik.
10. Doa khusus
Mendidik anak supaya menjadi seseorang yang lebih baik akan menjadi lebih sempurna apabila disertai dengan doa khusus buat dirinya. Selepas solat lakukan doa khusus untuk anak kita tiap-tiap hari. Lagi berkesan kalau doa sambil sebut nama penuh anak kita, di depan mereka. Biar mereka mendengar nama mereka disebut di dalam doa anda.
“Thank You Baby Girl, ‘Tunggu’ Abang Balik Baru ‘Keluar’”, Luahan Anak Sulung Norman Hakim Buat Netizen Sebak.

Semalam pasangan pelakon popular, Norman Hakim Dan Memey Suhaiza dikurniakan seorang lagi cahaya mata. kelahiran Bayi perempuan seberat 3.35kg nyata membawa kegembiraan pada mereka sekeluarga.
Lebih membahagiakan pasangan ini apabila anak sulung Norman bersama bekas isterinya, Abby Abadi turut pulang ke tanah air. Mohammed Danish Hakim yang sedang menuntut di Turki pulang ke tanah air dua hari lepas untuk bercuti.
Kepulangan Danish disambut deraian air mata gembira dari keluarga. Selain itu, inilah, kali pertama dia dapat bertemu adik angkatnya yang muhammad daiyan fayyadh.
Dalam perkongsiannya di laman instagram, Danish melahirkan rasa terharu dan bersyukur kerana kepulangannya turut disambut adik barunya semalam.
Baby girl baby girl..thank you tau sebab ‘tunggu’ Abang balik dari jauh dulu baru ‘keluar’ ❤️
Luahan itu turut mendapat respond dari pengikutnya. Jelas ada yang sebak dan mahu menitiskan air mata dengan perkongsian tersebut.
masni_tajudincaption dia bt i sedih but tahniah ?
umm_syeeraAl hafiz… 30 juzuk di dada dan diminda,sejukperut mama mu @abby_abadi112 mengandung…Semoga menjadi anak yg berbakti pada kedua org tua mu, dan menjadi abang yg bertanggung jawab pd adik adik mu..Bertuah betul @normanhakim_786 dan @abby_abadi112 dapat pakai mahkota pada hari kiamat kelak.. In shaa اَللّهُ ..
trahbulanAlaaa nk ngis walaupun tgk gmbr jrr
norazaidelSejuk perut ibu @abby_abadi112 mengandungkan si danish ni..tahniah both mama n papa danish..alhamdulillah..