Pernah tak anda mengalami masalah tiba-tiba suami jatuh sakit dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan. Demikian yang terjadi pada Jiha Shuib apabila suaminya tiba-tiba collapse akibat serangan strok.
Tidak pernah menyangka perkara begitu boleh memberi impak yang cukup besar padanya kerana selama ini tidak mengambil kisah bab simpanan waktu kecemasan, jauh sekali untuk bertanyakan kepada suami number pin ATM nya.
Disebabkan pengalaman tersebut, Jiha ingin berkongsi dengan wanita lain di luar sana tentang info penting yang sepatutnya seseorang isteri ambil peduli supaya tidak gelabah apabila berlaku kecemasan.
Berikut 7 Perkara Penting Yang Isteri Kena Ambil Tahu Dari Suami:
Degil Untuk Berhenti Merokok
Aku rasa keluarga aku adalah contoh keluarga tipikal, orang biasa berpendapatan sederhana dan kedua-dua kami bekerja. Ada hutang kereta sederhana, ada 2 anak sekolah, ada hutang sewa rumah yang biasa-biasa, ada hutang pinjaman peribadi dan komitmen biasa macam penapis air bayar bulan tu. Alah, yang biasa-biasa saja. Golongan sederhana yang cukup-cukup makan setiap bulan.
Ada orang yang beringat buat simpanan kecemasan, ada simpan rekod kewangan kedua-dua pasangan dan ada sumber pendapatan pasif, tapi kebanyakan orang? Macam kami yang tak pernah sangka akan alami benda-benda begini tak ada pun kesedaran untuk buat sesuatu. Sepatutnya aku kena sedar dah risiko bila suami aku degil untuk berhenti rokok. Dia curi-curi hisap rokok di luar, masih merokok berpuntung-puntung waktu bekerja. Walaupun banyak kali kena serangan asma dan sesak nafas, tetap dia merokok balik.
Gedegang! Tiba-tiba dia collapse. Senyap, sunyi dan kaku.
Ads
Tidak Tahu Nombor Pin ATM
Masa awal tu aku masih okay, ada keluarga sahabat handai yang sedekah duit dalam genggaman setiap hari. Lagipun dalam keadaan terkejut beg tangan aku dan dompet Saiful entah kat mana-mana. Tak boleh fikir dah aku pasal duit ke, masa depan ke apa. Hari berlalu dengan slow-motion, dunia aku siang malam hanya di sekeliling katil Saiful terbaring kaku tu. Tapi bila doktor mula cakap suruh belikan barang itu ini, aku mula gelabah. Mana aku nak ambik duit ni? Dalam bank? Eh, itu duit untuk bayaran bla…bla…bla….
Dalam akaun Saiful ada duit belanja rasanya. Tapi… Eh, aku mana tau nombor pin dia. Aku tak pernah tanya dan tak pernah terasa nak ambik tau, hulur tangan terima duit aku tau.
7 Perkara Isteri Kena Ambil Tahu:
Disini titik permulaan persoalan-persoalan yang sepatutnya seorang wanita ambil peduli sebelum terlambat.
Ads
1. No. Pin akaun-akaun bank suami. Ini #palingpenting dan #palingsulit. Kalau tak memang gelepar lah nak beli katil, nak beli susu, nak bayar kos ujian-ujian hospital (GL pun tak leh cover cukup tau), nak beli tilam angin, tiub-tiub hidung, tiub-tiub kencing, krim-krim, stokin preassure, mesin angin tilam, lampin dewasa, kos ulang alik hospital, kerusi roda. List dia panjang tau, panjang berjela-jela.
2. Passcode online banking, telefon bimbit, tab, komputer, alarm rumah, peti besi dan sebagainya.
3. Ambil tahu dimana letaknya dan labelkan semua kunci-kunci pendua, kunci simpanan asalkan bukan kunci rumah bini #2 suami.
4. Rekod insuran /takaful suami. Surat menyurat gadaian simpan dalam fail betul-betul. Lepas keadaan sudah tenang boleh telefon ejen untuk tuntutan insuran, jika rumah atas nama suami boleh claim MRTA (kot kalau tak silap)
5. Nombor telefon pejabat / majikan suami / bahagian sumber manusia. Kena maklumkan keadaan suami, tanya kelayakan perubatan suami ada ke tak dan jika majikan ada caruman insuran kelompok atau sebarang kemudahan sebagai pekerja mungkin mereka dapat membantu. Mereka juga boleh bantu untuk buat tuntutan Socso bagi swasta, JPA bagi penjawat awam. Kalau tak pun, telefon mereka dan minta mereka maklumkan kawan sekerja keadaan suami yang tenat dan minta doakan kesembuhan suami.
6. Surat tawaran kerja suami / baca klausa apa kemudahan cuti sakit yang layak / berapa bulan gaji akan dibayar dalam cuti sakit. Baru boleh rancang berapa lama boleh survive dengan duit yang tinggal, baru tahu mana nak rujuk rawatan susulan untuk suami.
Ads
6. Rekod hutang-hutang semasa, duit orang dalam tangan suami mana tahu suami bendahari kelab ke, surau ke, jiran tetangga ke. Kalau orang datang tuntut nanti taklah gelabah.
7. Hutang suami macam kereta, rumah, pinjaman koperasi ke apa-apalah / komitmen suami setiap bulan bayar macam maintanence ke, polis komuniti ke nanti boleh buat refinance atau terminate saja bila diorang tuntut hutang mana yang boleh untuk berjimat.
Simpan rekod dalam fail yang tersusun.
Skill Malam Jumaat
Ingat tau, bila kita susah masa itu baru boleh kenal siapa kawan siapa lawan sebenarnya. Tak mustahil saudara sendiri akan lari jauh-jauh dan mengelak dari menunjuk muka takut-takut kita mahu menumpang. Pesanan ini atas dasar pengalaman sendiri.
Isteri yang bijak adalah isteri yang ada harga diri, bersedia berkorban dan tidak takut bertindak untuk kepentingan anak-anaknya. Kalau suami perahsia sangat semua benda kepit celah ketiak dia, itu memang kena guna skill malam jumaatlah untuk pujuk. Tak sayang anak bini lah maknanya tu, jangan sampai anak isteri merempat di tepi jalan suatu hari nanti. Ayat seperti
“Sayang jangan risau, nanti kalau jadi apa-apa kat abang si polan-si polan akan tolong. Semua duit dan harta abang, geran-geran rumah, stable lumba kuda, kelab-kelab malam dia yang akan uruskan. Takyah fikir apa-apa ya, tenang-tenang aja”. (ni contoh)
#angkatkening kau boleh percaya? Kalau percaya, okaylahhhhh. I rest my case.
Ruang tamu nampak lebih menyerlah dan cantik bila dipasang bersama TV wall secara binaan dalaman.
Pun begitu, tidak dinafikan ianya memerlukan kos yang tinggi. Namun bila dilakukan DIY seperti yang dikongsikan oleh Mas Indra Sulaiman ini, nyata kos yang digunakan hanyalah RM200 sahaja.
Perkongsian ini bolehlah dijadikan inspirasi buat yang ada ilmu bertukang secara asas.
Hantam la labuu..janji siap
Ingat nak beli kayu bluti 3″ x 3″..sekali survey harga dia..erkk…krik krik
Last-last pakai plywood 2 keping + skru apa yang patut + stapler gun + wallpaper..total kos lebih kurang rm200..dapatlah buat 10 tiang..ok kot.
Abam2 otai jgn kecam ye
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3 : Gunakan mata grinder jenis bulat. Kat Diy ada jual murah je..Nak buang selumbar kat plywood tu..pakai kikir pun boleh.
Langkah 4 : Saya guna barang yang dah ada je..3-4 ari baru siap semua.
Langkah 5 : Lekat plywood tu pakai heavy duty stapler gun
Langkah 6 : Pasang L bracket / angle bracket
Langkah 7 :
Langkah 8 : Balut dengan wall sticker . Boleh juga dibeli secara online
Langkah 9 : Ratakan dengan kain untuk hilangkan gelembung angin.
Langkah 10 : Saya ukur ngam-ngam..tapak dia pasang besi bracket..ejas dulu lubang skru. So boleh berdiri..kalau nak ubah cabinet ke tmpat lain pun senang..portable
Dalam melayari alam rumah tangga kena ada ‘give and take’.Jika suami yang memahami kosep perkahwinan yang sebenar pasti tahu pemberian nafkah yang sebenarnya. Tidak hairanlah jika ada antara suami yang banyak duit nanti tidak pernah lekat di tangan.
Ada sahaja keperluan yang tidak mencukupi. Sebab tu nak rezeki murah jangan kedekut dengan isteri. Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri. Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isteri lah punca rezeki suami makin bertambah.
Perkongsian dari saudara Akhtar Syamir cukup menarik untuk bacaan kita bersama. Biarpun nilai yang diberi kepada isteri tak banyak, namun berkat dan itulah yang membolehkan rezeki semakin bertambah. “Baby, ada 2 ringgit tak? Nak bayar ikan pekasam nanti, RM12 je. Sayang order dengan kawan.” Tanya isteri saya Nora Azni semalam. “Ambil dalam dompet I”, jawab saya ringkas. “Eh, ade duit 5 ringgit la.” “Ambillah, memang I tukarkan kat mamak pagi tadi, I tahu U kumpul duit 5 ringgit” “Tapi I kumpul duit RM20 jugak” “Ambillah, ade sekeping tu, simpan elok-elok” “2 ringgit ni I ambil jugak tau, nak bayar ikan pekasam” “Ye, ambillah. Rasa macam kena rompak dah ni. Hahahaha..” Itulah yang berlaku semalam. Dalam hati saya bersyukur kerana dapat beri isteri saya simpan. Sejak PKP bermula dan kerajaan umumkan dapat penangguhan bayaran ansuran rumah dan kereta, saya mula bahagikan 3 duit gaji saya. Asalnya saya rancang untuk fokus pada bayar balik hutang jahat seperti hutang kad kredit. Tetapi saya ambil keputusan untuk bahagi 3. 1 bahagian untuk bayar hutang jahat.
1 bahagian untuk kegunaan saya, bayar bil dan keperluan rumah.
1 bahagian lagi untuk isteri. Bila buat macam ni, bukan sahaja isteri saya yang rasa seronok, tapi saya yang rasa lagi seronok. Hidup saya rasa lebih gembira, rezeki alhamdulillah semakin ada. Hati saya pun lebih tenang. Lepas tu saya perasan dia ada simpan duit RM5 dari awal tahun lagi. Sengaja saya tukarkan RM5 bila ada kesempatan semasa keluar kerja atau pulang dari kerja. Selalu saya yang akan ingatkan supaya ambil RM5 dalam dompet. Selepas itu saya buat pula simpanan GOAL guna maybank2u. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158135561045490&id=633435489 Sasaran saya ialah RM550 dalam masa 6 bulan lagi. Saya nak belikan dia emas untuk dia pakai dan simpan. Ini tak campur simpanan RM5 dan RM20 dia lagi. Saya perasan. Semakin banyak saya beri padanya, semakin banyak saya dilimpahi rezeki. Sekarang, setiap kali keluar ke kedai, saya akan sengaja bayar dengan duit besar supaya ada kebarangkalian akan dapat RM5. Janganlah kedekut dengan isteri. Percayalah, didalam rezeki kita, ada rezeki isteri juga. Kalau kita menahan-nahan nafkah isteri, rezeki kita juga akan tertahan-tahan. Ramai yang ingat, nafkah isteri itu hanya menyediakan makan dan tempat tinggal sahaja. Salah tu. Itu adalah tanggungjawab. Nafkah ini ialah duit untuk menjadi hak multak isteri. Terpulang kepada dia nak buat apa. Jangan pula kita dah beri dan mengharapkan dia beli barang dapur dengan duit itu pula. Salah jugak tu. Semoga dapat mencetus idea dan merungkai kekeliruan. Siapa geng simpan RM5? Jemput follow saya Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa. Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi. ️http://t.me/broohsemfans️ BroOhsem
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menu Ikan sumbat inti sememangnya membuka selera , nak nak lagi dimakan bersama nasi panas-panas. Memang layan kan. Tapi yang lecehnya waktu masak ikan ini, ramai mengeluh inti ikan sering terkeluar sehinggakan minyak bertukar menjadi hitam.
Okey, kali ini admin nak kongsikan satu tip untuk mengelakkan perkara ini berlaku. Tip ini dikongsikan oleh Dekna Cun menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Selamat mencuba!
Ramai yang tak tau rupanya.. untuk tak bagi inti ikan sumbat lari keluar masa goreng/bakar.. ada rahsianya.. jarang2 orang share ya… dekna share ya.. senang ja..
Sapu dengan telur di atas inti sumbatnya itu.. untuk jadi sebagai gam/pelekat.. boleh la cuba ya.. 😍 minyak pun tak hitam..(juga dikawasan insangya yang mana ada inti terjojol2 tu ya 🤭🤭🤭)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.