Semalam, 1 September Isteri kepada kepada penyanyi Tomok, Rahayu Abbas atau lebih dikenali sabagai Ayu telah menyambut ulangtahun kelahiran ke 40. Sebagaimana insan lain pasti ada impian.
Melalui perkongsiannya semalam, Ayu menjelaskan bahawa setiap tahun, dia akan memohon dikurniakan cahayamata perempuan.
Bekas pramugari ini telah mendirikan rumah tangga dengan Tomok pada 2011 dan dikurniakan dua zuriat lelaki iaitu, Arrianshah Akid,7, dan Andrashah Iman, 5 tahun.
Ikuti perkongsiannya.
“1 September 2019. Syukur Alhamdulillah…genap 40tahun saya diberi peluang menjadi khalifah di bumi Allah….
“Seperti biasa wish saya setiap tahun agar dimurahkan rezeki untuk menimang cahayamata perempuan.
“Diberi kesihatan yang baik untuk jalankan tanggungjawab sebagai anak,isteri dan ibu dan yang penting saya ingin terus istiqomah pada peluang kehidupan yang diberikan…Amin….
“Kepada yang wish saya di IG saya, saya ucapkan terima kasih in advance..ada ke yang wish dibu??? Hihihihi.”
Sumber: Foto : Instagram Ayu_abas