Kebanyakan kes penolakan seks berlaku kerana si isteri yang tidak pandai menjaga penampilan diri di rumah, berpakaian kurang enak dan selekeh di mata suami.

Semua ini menjadi penyebab dan alasan untuk suami mencari lain. Namun tahu tak bahawa isteri juga berdepan masalah yang sama apabila suami juga tampil selekeh serta tidak pandai menjaga kebersihan diri sendiri.

Disebabkan hal ini, ramai isteri menolak seks dalam diam dan menggunakan bermacam alasan untuk menolak aktiviti ranjang. Jarang persoalan ini diutarakan namun suami juga perlu mengambil kira akan penampilan dan kebersihan diri ketika di rumah, sekaligus menaikkan semangat isteri untuk bersama di ranjang.

Sejujurnya suami perlu lebih peka akan kebersihan diri sendiri. Ramai lelaki tidak ambil kisah akan tatacara menjaga diri apatah lagi pakaian yang disarungnya. Walaupun ada isteri yang mengambil kira akan kebersihan, namun mereka sering lalai dan terlupa bahawa ia menjadi rutin harian.

Isteri Tolak Hubungan Intim, Salah Satunya Sebab Suami Selekeh, Awas!

Ikut Sunnah Nabi

Sahabat Rasulullah s.a.w, Abbas r.a pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh beliau tampil kemas dan segak di hadapan isteri: Sebagaimana isteri kamu berhias untuk kamu, kamu juga perlu berhias untuk isteri kamu.Itulah kata-kata Rasullullah SAW mengenai hal ini. Nyata suami juga harus tampil bersih dan segak serta mempersiapkan dirinya ketika berada di rumah, sama seperti mana si isteri bersedia untuk mereka. Pahala pastinya milik anda.

Ads

 Ambil Kira Kehendak

Jika suami mengambil kira apabila isteri berpenampilan kurang enak dan selekeh di rumah, suami juga seharusnya berpenampilan sama dan senada. Jangan hanya memakai pakaian yang ‘cukup makan’ atau tidak ‘cukup kain’ di rumah. Bila kedua-duanya serupa barulah kehendak dan keinginan untuk ‘bersama’ menjadi selari kala di ranjang.

Menjaga Kebersihan Diri

Jika ketika bujang lelaki acapkali tampil dengan pakaian yang sama tanpa mencucinya terlebih dahulu, janganlah amalan ini diteruskan selepas berkahwin. Letakkan sahaja baju yang sudah dipakai di dalam bakul supaya isteri anda dapat mencucinya. Menjaga kebersihan diri juga dituntut dalam Islam. Setiap kali mandi, lelaki selalu mengabaikan akan kebersihan dalaman. Jangan lupa untuk bersugi dan perapian lainnya, sama seperti wanita.

Ads

Isteri Tolak Hubungan Intim, Salah Satunya Sebab Suami Selekeh, Awas!

Pujukan Halus

Pujuklah suami anda untuk membeli baju baru supaya dia terlihat lebih segar auranya. Sesekali berbelanja untuk diri sendiri rasanya tidak salah. Jangan hanya cantik ke tempat kerja tetapi tidak sempurna kala di rumah. Pujukan halus anda dengan lantunan suara yang lembut sesekali pasti buat suami cair.

Ads

Pujian Ikhlas

Bila suami bersiap kemas dan rapi, pujilah dia dengan seikhlas hati. Pujian kadangkala besar manfaatnya pada diri. Biar anak-anak juga mendengar pujian ikhlas anda. Mana tahu pujiannya buat dia gembira bukan kepalang. Kegembiraan ini sekaligus buat keinginan untuk bersama di ranjang dengan penuh semangat. Hebat bukan?

Manjakan Diri Bersama

Sesekali bila anda mengunjugi spa atau melakukan apa jua rawatan kecantikan seperti pedicure dan manicure, ajaklah suami anda untuk turut serta. Sesekali dibelai manja, pasti mereka juga tidak mampu menolaknya. Lama kelamaan pasti mereka juga mula merasakan akan kehebatan dan kesegaran memanjakan diri. Mana tahu cara ini buat anda dan suami lebih bangkit ghairahnya.

Gantikan Pakaian Baru

Lelaki selalu jarang mengambil kisah akan pakaiannya apatah lagi jika berada di rumah. Isterilah paling berperanan besar untuk menggantikan pakaian yang baru dan bersih kepada suami setiap hari. Jangan biarkan dia mengenakan pakaian yang sama di rumah hingga berhari-hari. Ambil kisah akan pakaian dalamnya dan gantikan dengan yang baru lagi bersih. Bila semuanya bersih, hati juga makin bertambah senang.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI