Sejak akhir-akhir ini, kecoh tentang isu poligami apabila pengarah tersohor, Syamsul Yusof mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar yang sekaligus menjadikan wanita itu sebagai isteri keduanya selepas pelakon, Puteri Sarah Liyana.
Berita itu membuatkan ramai kecewa dan panas hati apabila pengarah berusia 38 tahun itu membelakangkan keluarganya termasuk mengecewakan hati seorang isteri.
Namun, para suami sedar atau tidak, ‘hukum’ bila berkahwin seorang lagi tanpa pengetahuan isterinya sehingga membuatkan hati wanita remuk dan kecewa? Di sini ada ada video penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus yang menjawab pertanyaan sama ada sah atau tidak seorang suami berkahwin seorang lagi tanpa pengetahuan isteri pertama.
“Hukumnya (poligami) sah tetapi perbuatan itu tak betul kerana perkahwinan ini adalah bergembira, bukan bersedih,” ujarnya.
Ustaz Azhar menjelaskan, hidup berpoligami bermaksud kesemua mereka terlibat iaitu suami, isteri pertama dan isteri kedua (serta seterusnya jika ada) perlulah bergembira tanpa ada salah seorang tercicir sehingga menanggung penderitaan sendirian.
Oleh itu, adalah penting seorang suami mendapatkan keizinan daripada isteri pertama bagi mengelakkan mereka rasa ditipu hidup-hidup.
“Minta izin, saya nak berkahwin seorang lagi. Inilah orangnya (sambil tunjuk gambar), awak berkenan atau tidak. Dia cakap tak suka, okey cari lain sampai mendapat restu dari isteri pertama,”ujar Ustaz Azhar Idrus.
Isteri tipu, suami marah. Kalau suami kahwin lain tanpa pengetahuan, ingat isteri tak marah ke?
Tambah Ustaz Azhar Idrus, tindakan seorang suami berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama seolah-olah mereka telah melakukan penipuan dan semestinya menimbulkan rasa marah.
“Kalau isteri tipu, kita marah tak? Sama jugalah dengan konsep kahwin tanpa pengetahuan isteri. Dia masih ingat kita tak beri dia ‘madu’. Betul tak? Jadi, isteri rasa tertipu. Jangan sebab jasa isteri sangat besar dengan kita (suami),”jelasnya lagi.
@yatthamzah.official Perbuatan yg sah tapi cara yg tak betul. Ianya tak adil dan dianggap tak mampu jika tak mampu berlaku adil pd isteri pertama. Jauh sekali untuk mengundang Rahmat Allah bila menganiaya dan mengabaikan perasaan isteri. . #poligami #yatthamzahshare #fromtheheartofAMujahidah #darihatiseorangmujahidah #Yattmengayat #bondayattshare ♬ original sound – YattHamzah.official
Sumber: TikTok @yatthamzah.official