Tiada siapa yang mahukan pasangan yang kita kahwini berdepan dengan ujian kesihatan yang serius. Kalau boleh biarlah sentiasa hidup sejahtera, bahagia dan gembira. Pun begitu bukan semua yang kita harapkan kekal untuk selamanya, apatah lagi hidup ini penuh dengan ujian.
Apa yang pasti menjaga orang sakit tidak semudah yang disangka, bukan hanya perlu memberi ubat sudah memadai. Hakikatnya banyak yang perlu dilakukan, bahkan ‘jaga’ itu juga memerlukan pengorbanan yang dilakukan dengan rasa penuh tanggungjawab.
Jika yang sakit itu ibu ayah, mungkin ada adik beradik lain juga dapat sama-sama membantu menjaga orang tua yang uzur. Namun bila isteri atau suami yang sakit, pastinya tanggungjawab tersebut digalas di bahu pasangan sepenuhnya.
Itulah juga yang dilakukan oleh seorang suami ini, terus sabar menjaga isteri dengan sebaik mungkin apabila disahkan menghidap kanser payudara pada pertengahan tahun 2019 lagi.
Ini sebagaimana memetik berita di Harian Metro, difahamkan Ibrahim, 54, sudah tidak kekok untuk menguruskan isterinya, Kamariah Yusoff, 57, yang semakin lemah.
Tanpa rasa jijik mencuci luka di seluruh dada dan perut isteri yang menderita kanser payudara, rutin harian itu dilakukan Ibrahim Mamat tanpa mengeluh.
Menurutnya, isterinya menghidap kanser payudara pada pertengahan 2019 lalu, namun mereka berikhtiar melalui rawatan alternatif kerana Kamariah bimbang payudaranya akan dibuang.
“Pada mulanya hanya satu ketulan kecil tumbuh di payu dara kiri dan disangka ketulan biasa menyebabkan kami mendapatkan rawatan dengan pengamal perubatan alternatif.
Ads
“Lama-kelamaan, ia semakin teruk dan pecah kerana ada lelehan nanah keluar sebelum isteri mengadu rasa sakit menyebabkan saya membawanya ke hospital.
“Isteri kemudian disahkan menghidap kanser payudara tahap empat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Semut Api, Jalan PCB, di sini, semalam.
Tukang rumah itu berkata, isterinya juga kehilangan berat badan yang banyak iaitu daripada berat asal 65 kilogram (kg) kepada 30 kg disebabkan penyakit berkenaan.
Jaga Sebaiknya
Menurutnya, perasaan hiba kerap bertandang setiap kali mencuci luka di bahagian hadapan tubuh isterinya dari leher sehingga perut kerana tidak tahan mendengar rintihan kesakitan.
“Isteri sering tidak dapat melelapkan mata kerana berasa terlalu sakit sehingga terpaksa mengambil ubat tidur selain ubat tahan sakit.
Ads
“Saya juga kerap mengelap tubuhnya terutama di bahagian luka untuk memberi keselesaan kerana sering mengadu rasa panas malah adakalanya diminta dilap dengan ketulan ais,” katanya yang menetap di rumah sewa dengan bayaran RM350 sebulan.Ibrahim juga menyifatkan isterinya sangat kuat semangat kerana masih menggagahkan diri bangun untuk ke tandas dan menunaikan solat lima waktu walaupun dalam keadaan duduk.
“Saya tidak menerima kerja di lokasi yang jauh kerana isteri tidak boleh ditinggalkan lama dan jika keluar bekerja sekalipun, saya hanya memperuntukkan masa beberapa jam sahaja.
“Dengan pendapatan tidak menentu, kami berjimat menggunakan elaun bulanan RM250 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Orang ramai yang bersimpati boleh membantu Ibrahim dengan menghubungi talian 017-3031254.
Setiap yang hidup itu pasti mati. Namun cara bagaimana kita akan dijemput Ilahi, terus kekal menjadi rahsia Tuhan hingga sampai detiknya itu.
Cuma apa yang boleh kita serta seisi keluarga lakukan, terus berdoa untuk pengakhiran hidup yang baik dan sempurna.
Manakala perkongsian daripada seorang suami ini pula cukup menyentuh hati. Suri hatinya telah pergi dahulu daripadanya dengan meninggalkan seorang zuriat.
Mengabadikan kenangan, turut berselfie dan meluah rasa hati diakuan fbnya. Cukup syahdu dan didoakan roh isterinya berada di dalam golongan orang-orang yang beriman…Amin.
Untuk itu, ikuti perkongsian penuh posting daripada seorang suami bernama Mohamad Khusyairi ini.
“SELFIE TERAKHIR”
Maafkan abang sayang andai selama ni abang banyak salah.. Maafkan abang andai banyak terleka.. Maafkan abang andai banyak hajat sayang tak tertunai.. Maafkan abang..
Harini abang tak tidur.. Harini abang duduk sebelah sayang.. Harini abang bisik kalimah syahadah di telinga sayang.. sampai sayang hembuskan nafas terakhir.
Selalu bila sayang sakit abang mandikan sayang.. Tapi harini adalah kali terakhir abang mandikan sayang.. Abg usap lembut tangan yang masakkan abang setiap hari.. Abang usap parut yang selalu abang sapukan ubat.. Abang belai wajah yang selalu abang kucup.. Abang belai perut yang mengandungkan zuriat abang..
Lepas ni tak ada dah abang nak potongkan kuku sayang.. Lepas ni tak ada dah abang tolak sayang pakai wheelchair.. Lepas ni tak ada dah abang hantar sayang check up appoinment doktor.. Lepas ni tak ada dah abang buatkan air gula untuk sayang..
Abang letih, abang tak tidur, tapi abang gagahkan jugak peluk sayang, abang gagahkan jugak turunkan sayang ke liang lahad, abang gagahkan juga mencangkul walaupun kaki dan tangan dah menggigil.. Sebab abang tau ini kali terakhir abang buat semua tu untuk sayang..
Adi marah bila orang tanam ummi dia.. Adi mengamuk.. Adi suruh kejutkan ummi.. Adi nak ikut ummi masuk sekali.. Yelah, kita kan selalu berlakon pura-pura mati depan dia.. Dia tak tau harini yang sayang tak pura-pura.
Semuanya dah berlalu sayang.. Syg pergi dengan mudah.. Sayang tak menderita lagi dah atas dunia ni.. Amanah yang sayang tinggalkan untuk abang ni akan abang jaga sebaik mungkin.
Kita tak banyak gambar selfie bersama sebab abang malu nak bergambar.. Jadi ini lah SELFIE TERAKHIR kita.. Akan abang kenang smpai bila-bila kenangan kita berdua dan bertiga..
Masak asam pedas memang senang tapi kalau ada bantuan dua bahan ini pasti buat rasanya lebih sedap.
Perkongsian daripada yang pakar dalam bidang masakan kita kena ambil dan jadikan ilmu. Pemilik katering di sebuah kampung di Batu Pahat ini berkongsi rahsia masak asam pedas super power. Bagaimana?
Isi Kelapa
Ini petua orang-orang lama katanya. Setiap kali memasak Asam Pedas ambillah sedikit isi kelapa tua (yang dikorek daripada tempurung kelapa) dan bakar isinya hingga garing. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk dan didihkan bersama bahan lain hingga masak. Lebih lemak katanya. Jadi kena cuba!
Kerisik
Guna isi kelapa memang power tapi kalau nak gunakan kerisik pun boleh juga. Tapi kerisik lebih sesuai dimasukkan pada asam pedas ayam atau daging sahaja. Bila dimasukkan pada ikan rasanya sedikit lain. Tapi tak salah juga kalau anda nak cuba. Masukkan kerisik pada waktu akhir sekali, iaitu selepas bahan kisar dan kuahnya sudah mendidih.
Cili Kering
Kalau masak asam pedas jangan sesekali guna cili boh kisar yang dijual di pasaran. Cili kering yang dikisar adalah penyedap kepada semua asam pedas. Rasanya sangatlah berbeza. Cili kering yang dikisar sendiri rasanya lebih segar dan sedap. Pastikan cili ditumis lama hingga pecah minyaknya kemudian barulah dimasukkan air asam jawa.
Daun Limau Purut & Serai
Selain menggunakan isi kelapa tua yang dibakar, menggunakan daun limau purut dan serai sebagai penaik aroma tambahan juga membantu asam pedas rasa lebih power. Masukkan di akhir sekali dan biarkan kuahnya mendidih. Angkatlah sebaik mendidih.
Berikut merupakan resipi yang dikongsikan sebagai panduan untuk semua. Selamat mencuba!
ASAM PEDAS IKAN MAYONG BAHAN-BAHAN:
4 ketul ikan mayong
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
3sm isi kelapa bakar (isi kelapa tua yang dibakar)
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAKNYA:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
Setelah garing masukkan ikan mayong dan kacau rata selama tiga minit.
Kemudian tuangkan pula air asam jawa dan masukkan kelapa bakar, daun limau purut dan juga serai. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tekanan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan, makanan dan perkhidmatan asas ini di antara barangan yang wajib kita gunakan. Bahkan hal ini turut memberi kerisauan antara kita bila memikirkan tentang persiapan menyambut Ramadan dan Syawal.
Pastinya pada dua bulan ini kita menjangkakan jumlah perbelanjaan isi rumah akan lebih banyak berbanding bulan-bulan biasa.
Lebih-lebih lagi untuk belian barang basah seperti ikan, ayam daging, sayur dan sebagainya. Tidak dengan itu, umumnya bila bulan Ramadan pasti kita gandakan pembelian produk minuman yang menyegarkan untuk dinikmati saat berbuka puasa bersama keluarga tersayang.
Itu bermakna peruntukan berbelanjaan perlu juga digandakan!
Apatah lagi andai ada yang ingin membuat jamuan kecil-kecilan untuk meraikan kunjungan keluarga terdekat di sepanjang Syawal ini. Perbelanjaan perlu juga dirancang agar semuanya dapat dilaksanakan tanpa ada rasa tekanan dalam berbelanja.
Jangan Risau Lotus’s Kan Ada!
Percaya atau tidak sebenarnya sekarang ini Lotus’s ada membuat promosi luar biasa yang pastinya akan menguntungkan setiap pelanggan yang berbelanja barangan dapur dan keperluan lain.
Kempen #imbasbalikharga2019 yang diperkenalkan Lotus’s bermula 31 Mac yang lalu hingga 25 Mei 2022 ini, dijamin akan memberikan keceriaan berganda buat kita semua dalam membuat persiapan Ramadan dan Syawal. Apa tidaknya, kempen ini membawa maksud semua barangan terpilih akan menggunakan balik harga yang dijual pada tahun 2019! Sah-sah harganya lebih murah kalau hendak dibandingkan dengan harga sekarang!
Kalau tidak percaya jom kita semak harga yang ditawarkan oleh Lotus’s bersempena kempen #imbasbalikharga2019, ini antaranya adalah seperti Minuman Berkarbonat Air Fanta 1.75L (Anggur, Oren, Strawberi). Dijual hanya RM1.99 sahaja dan jika ingin dibandingkan dengan harga pasaran kini anggaran RM3.50. Penjimatan cukup ketara dan bolehlah dibeli untuk dijadikan stok minuman ketika berbuka atau meraikan Syawal akan datang.
Begitu juga dengan pembelian Pek Berkembar Tropicana Twister Orange 1.5L, harga yang ditawarkan oleh Lotus’s adalah RM7.99 sahaja berbanding harga di pasaran sekarang sekitar RM10 atau RM11. Melihat perbezaan harga ini pastinya boleh buat kita tersenyum lega kerana banyak penjimatan dapat dilakukan.
Satu lagi barangan yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja adalah Beras Jasmine Super Special Super Import 10KG dijual dengan harga RM23.99 sahaja. Begitu juga dengan belian bawang putih hanya RM4.99/kg dan Santan Kelapa Kara RM 12.99 untuk 5 pek. Murah bukan? Semuanya ditawarkan dengan harga pada tahun 2019!
Itu belum lagi jika kita lihat tawaran harga untuk Aiskrim Nestle 1.5L yang digemari ramai, dijual hanya RM5.99 sahaja. Memang cukup mengujakan untuk dimiliki dan rugi jika dilepaskan begitu sahaja. Begitu juga buat keluarga yang meminati minuman kopi jenama Nescafe 3-dalam-1 hanya RM9.99. Manakala RM6.99 jika kita membeli produk Uncang Teko Teh Lipton P80.
Apa yang pasti, banyak lagi produk terpilih yang ditawarkan dengan harga di tahun 2019 dan bolehlah anda kunjungi ke Lotus’s untuk melihat sendiri. Rugi sekiranya dilepaskan begitu sahaja, apatah lagi dengan pembelian di Lotus’s memberikan keuntungan berganda kepada kita sebagai pelanggan.
Syoknya Berbelanja
Melihat senarai harga dan barangan yang ditawarkan Lotus’s pastinya buat kita teruja untuk berbelanja. Apa tidaknya boleh dikatakan begitu banyak penjimatan dapat dinikmati bila berbelanja di Lotus’s bersempena kempen #imbasbalikharga2019 yang dilancarkan.
Apa yang lebih syok dan membahagiakan kita sebagai pengguna adalah pastinya dapat membeli dengan harga dulu-dulu yang jauh lebih murah!
Kata orang rezeki ayam nampak di kaki, rezeki kita tiada siapa yang tahu. Jadi bolehlah kita anggap dengan tawaran harga yang lebih rendah diberikan oleh Lotus’s ibarat satu rezeki juga buat kita semua.
Setidak-tidaknya terasa lega di hati bila memikirkan wang belanja untuk pembelian barangan dapur dan keperluan lain sepanjang Ramadan dan Syawal ini.
Jadi untuk anda ketahui lagi apa yang menarik ditawarkan oleh Lotus’s sepanjang kempen #imbasbalikharga2019 bermula 31 Mac hingga 25 Mei 2022, sila layari website https://corp.lotuss.com.my/ atau dapatkan info terkini di facebook Lotus’s Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lebih 10 tahun menantikan zuriat - "Welcome baby Amanda yang telah sekian lama ditunggu." Sudah lebih 10 tahun Norasniah dan suaminya, Syed Shamsul, mendirikan rumah tangga. Pasangan ini tetap sabar menantikan kehadiran si kecil sebagai penyambung keturunan.