Sebut nama Shah Rukh Khan (SRK), segenap lapisan umur mengenali pelakon bollywood pujaan ramai ni! Baru-baru ini, SRK mendedahkan dia pernah berasa ragu dan tidak percayakan isterinya, Gauri Khan.
Menurutnya, dia tidak mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, tetapi dia kurang yakin, adakah wanita itu mampu menjadi seorang isteri dan ibu yang baik. Menerusi laporan Hindustan Times, SRK mengetahui bahawa Gauri bukanlah seorang wanita yang sukakan kanak-kanak ketika awal perkenalan mereka.
“Gauri tidak sukakan kanak-kanak. Jadi bagaimana dia akan melayan anak-anak kami nanti? Sebab itu saya pernah berasa ragu sama ada dia mampu menjadi seorang ibu yang baik atau tidak.” katanya.
Walau bagaimanapun, sangkaan pelakon itu salah apabila isterinya menunjukkan peranan yang baik sebagai ibu apabila menyayangi dan menjaga kesemua anak-anak mereka dengan baik.
“Saya sangat terkejut apabila Gauri sebenarnya seorang ibu yang luar biasa. Dia adalah contoh ibu yang baik untuk anak-anak saya.” tambahnya.
Untuk rekod, Shah Rukh Khan dan Gauri Khan telah mendirikan rumah tangga pada 1991 dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Aryan Khan, Suhana Khan dan Abram Khan.
Sumber: Hindustan Times
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/