Isteri Tak Perlu Terlalu Sempurna, Layan Suami Ikut Kemampuan

Share
Semua pasangan inginkan rumahtangga bahagia. Kebahagiaan dalam rumah tangga tidak dapat dicipta dengan khayalan mahupun kata-kata semata-mata.

Namun keharmonian yang ingin dilahirkan di alam rumah tangga haruslah berbekalkan usaha dan panduan yang tepat. 

Maka tanyala kepada  mana-mana wanita, pasti mereka bercita- cita untuk menjadi isteri solehah yang menjadi penyejuk hati dan mata bagi si suami.

Bagaimana pun, jika sehingga boleh menjejaskan kesihatan dan beri tekanan, maka para isteri tidak perlu menjadi terlalu sempurna. Layanlah suami mengikut kemampuan.

Perkongsian Firdaus Shakirin menjelaskan bahawa isteri harus menguruskan rumahtangga mengikut kemampuan tanpa membebankan dirinya.

Jom semak perkongsiannya

Pesanan kepada si isteri…
Semuanya tak perlu terlalu sempurna…
Mempunyai keinginan utk buat yg terbaik didalam rumahtangga adalah tindakan terpuji…namun, dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, usahlah berusaha sehingga membebankan diri…buat ikut kemampuan, layan suami ikut keupayaan yg ada…semuanya tak perlu terlalu sempurna…
Nak bangun pagi pukul 4 atau 5 pagi utk menyiapkan sarapan itu bagus, tapi kalau dah berdukung anak kecil didapur, bersengkang mata, tidur cuma 3,4 jam sehari, itu akan memenatkan dan meletihkan anda…
Tentatif seorang isteri terutamanya suri rumah :
– Menyediakan sarapan
– Menyiapkan anak utk ke sekolah, menghantar anak ke sekolah
– Mengemas rumah ( sapu sampah, mop rumah, buang sampah, lap cermin, almari , kemas dapur, susun barang2, susun permainan anak)
– Basuh baju, Sidai baju, Lipat Baju
– Memasak utk mkn tengahari
– Menjemput anak dari sekolah
– Mengemas dapur setelah anak-anak selesai mkn
– Membantu anak-anak menyiapkan kerja-kerja sekolah
– Menyediakan cucur, air minum petang utk suami balik kerja
– Menyambut kepulangan suami, melayani suami
– Menyediakan makan malam, mengemas dapur
– Menidurkan anak-anak
– Iron baju sekolah, siapkan peralatan dan kelengkapan sekolah anak
– Iron baju suami, sediakan kelengkapan utk suami
– Tidur
Penat dan letih tidak terkira…tapi tak perlu semuanya dilakukan dalam SATU hari…jika hari ni mengemas, maka esok buat laundry…tak perlu terlalu sempurna sebenarnya…banyak isteri yg buat serba serbi, kemudian suami balik kerja, suami persoalkan, “ kenapa anak tak mandi lagi?”
Satu pertanyaan sahaja, tapi hati mula rasa kurang senang dgn pertanyaan tersebut, sebab diri dah penat, dah letih dgn apa yg dilakukan dari pagi sehingga petang. Ditambah lagi dgn tidur yg tak cukup…pasti rasa nak marah…rasa nak melenting…suami kalau boleh, jgn tanya, sebaliknya kita sendiri yg mandikan anak…kalau mainan bersepah, kita sendiri kutip, kemas…
Elakkan dr mempersoalkan, sebaliknya bantu…
Ya, kita juga letih, seharian dah bekerja, tapi isteri juga letih walaupun seharian duduk rumah…menjadi surirumah itu bukan bermakna dia tidak buat apa-apa…sama-sama letih, sama-sama penat sebenarnya, tapi bukan kah perkahwinan itu satu perkongsian…kita berkongsi jalan hidup yg sama..maka sebaiknya, sama-samalah kita berkongsi utk meringankan beban pasangan kita…
Dan kepada isteri-isteri diluar sana, semuanya tak perlu terlalu sempurna dalam rumahtangga…buat ikut kemampuan supaya anda tidak tertekan…