Isteri Tak Merungut Lagi, Suami Kerap Keluar Memancing Menang RM30K

Share

Tak suka dengan hobi suami? Tentu ada sahaja isteri yang akan merungut tiap kali en suami tidak dapat melupakan hobi memancing meskipun sudah mempunyai keluarga dan anak-anak yang perlu diberi tumpuan.

Ini dek kerana memancing biasanya memerlukan masa yang panjang dihabiskan untuk menunggu umpan dimakan ikan. Seakan tidak menampakkan faedah di mata isteri, malah seakan membazir masa!

Pun begitu, orang kata tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Ini sebagaimana memetik berita Harian Metro, siapa sangka rungutan isteri kerana suami kerap keluar memancing akhirnya reda setelah lelaki itu memenangi hadiah utama bernilai RM30,000 pada Pertandingan Memancing Sempena Hari Belia di Tasik Taman Rekreasi Durian Daun, di sini, hari ini.

Menang RM30K

Jika sebelum ini Nordiana Arshad, 38, sering merungut berikutan Mohd Khairul Ibrahim, 39, jarang berada di rumah termasuk pada hujung minggu, namun hari ini dia tersenyum riang berkongsi kegembiraan dengan suami.

Hadiah disampaikan Pengarah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Melaka, Khairul Adri Rosli.

Ikan keli seberat 5.23 kilogram (kg) yang dinaikkan suami pada jam 9.25 pagi membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM30,000 yang dianugerahkan penganjur pertandingan itu.

Jarang Berada Di Rumah 

Nordiana berkata, dia sering mengingatkan suami supaya tidak kerap keluar memancing di beberapa kolam pancing sekitar daerah ini tetapi minat mendalam suami terhadap aktiviti itu menyebabkan dia jarang berada di rumah.

“Kadang-kadang saya marah juga suami selalu keluar memancing tetapi apakan daya, sudah minat dia begitu dan hari ini minat suami terbayar dengan kemenangan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.

Ini Yang Pertama

Mohd Khairul berkata, kemenangan itu adalah yang pertama selepas beberapa kali menyertai pertandingan memancing di negeri ini.

“Saya selalu memancing di kolam pancing dan menyertai banyak pertandingan tetapi setakat menang hamper cabutan bertuah.

“Alhamdulillah, hari ini Allah murahkan rezeki saya dan ia adalah satu-satunya ikan yang berjaya saya naikkan dalam pertandingan ini,” katanya.

Dengan menggunakan cacing, Mohd Khairul merasakan tarikan pada tali tangsi dan mata kailnya pada jam 9.20 pagi tadi, katanya

Selepas bermain-main dengan joran bagi melemahkan ikan, dia akhirnya berjaya menaikkan keli lima minit kemudian tetapi tidak menyangka ia adalah ikan paling berat dalam pertandingan itu.

Sumber : myMetro 

 

ARTIKEL MENARIK :“Subhanallah Suara Yang Hari-hari Dengar Di Tv..”-Inilah Pemilik Suara Bacaan Doa Azan!

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA

dan join keluargagader club

Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI