Baru-baru ini, isteri kepada pelakon hindustan popular, Shah Rukh Khan dijemput menjadi tetamu dalam rancangan talkshow ‘Koffee with Karan Season 7’. Gauri Khan dalam program tersebut telah memberikan sedikit ‘nasihat cinta’ buat anak bujangnya, Aryan Khan yang kini sudah pun dewasa.
Merujuk kepada laporan dari The Indian Express, Gauri mengatakan bahawa Aryan bebas untuk keluar dating dengan sebanyak mana wanita sehingga dia membuat keputusan untuk bernikah.
Jadi, selepas dia mengambil keputusan tersebut, dia harus berhenti dari menjalinkan sebarang cinta dengan mana-mana wanita lagi.
“Keluarlah dengan seberapa banyak gadis yang kamu mahu, sampai kamu mengambil keputusan untuk bernikah, tolong berhenti dari melakukan itu semua lagi,” kata Gauri.
Walau bagaimanapun, ditanya tentang anak gadisnya pula, Suhana Khan, Gauri mengatakan yang dia berharap anak keduanya itu setia dengan satu pasangan sahaja.
Ads
“Jangan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan dua lelaki sekali gus,” tegas wanita tersebut.
Selain daripada memberikan nasihat kepada anak-anak, wanita berusia 51 tahun itu turut menitipkan pesan buat suami tercinta, Shah Rukh Khan dalam talkshow tersebut.
Ads
Katanya, dia berharap aktor hebat itu terus memberi perhatian kepadanya setiap kali mereka perlu berbincang untuk sesuatu hal dalam keluarga mereka.
“Saya ingin merasa dia selalu memberikan saya perhatian setiap kali dia bercakap dengan saya,” mintanya.
Untuk rekod, Shah Rukh Khan dan Gauri Khan telah mendirikan rumah tangga pada 1991 dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Aryan Khan, Suhana Khan dan Abram Khan.
Umum tahu semalam (11 Januari) merupakan hari kelahiran penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Untuk sambutan ulang tahun yang ke 44 tahun ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan gelaran TokTi menyambut hari istimewanya itu di Turkiye bersama suami dan anak-anak.
Dalam pada itu, TokTi juga ada berkongsi sebuah video di laman instagram miliknya, di mana anak-anak di Gaza turut menyambut hari ulang tahun kelahirannya.
Anak-anak kecil yang merupakan pelajar di tadika Afwa Al Aafiyah kelihatan sangat gembira tatkala menyambut ulang tahun kelahiran TokTi. Mereka turut menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan sebelum upacara memotong kek berlangsung.
“Alhamdullillah. Anak-anak saya di Gaza meraikan hari lahir saya. Seramai lebih kurang 60 orang anak-anak ini, yang belajar di sekolah atau tadika Afwa Al Aafiyah. Sayunya hati saya. Ya Allah lindungilah mereka semua di sana. Amin.” tulisnya di perkongsian tersebut.
Terdahulu, pelantun suara ‘Mikraj Cinta’ ini memberitahu kepada umum bahawa sekolah tersebut diuruskan oleh sahabatnya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang menetap di sana.
Muat naik video penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza sedang bertarung aksi lasak telah meraih perhatian perminatnya.
Video berdurasi 1 minit itu merupakan penggambaran muzik video (MV) single terbaharinya berjudul Magis raih perhatian.
Video berkenaan menunjukan aksi lasak penyanyi sehingga membuatkan peminatnya kagum. Beliau yang sebelum ini dikenali ramai sebagai seorang yang lemah lembut telah membuat kejutan kepada peminatnya!
IMPIAN JADI SRIKANDI TERCAPAI
Menerusi kapsyennya Siti meluahkan watak Srikandi merupakan impian sejak sekian lama. Dia juga meluahkan puas hati dengan kerjasama itu berjaya merealisasikan impiannya.
“BTS .. Saya belajar step bertarung di lokasi dan syukur dapat laksanakan yang terbaik untuk masa yang ditetapkan.. Terima kasih guru seni pertahan diri , pelakon utama lelaki bersama saya berlawan , pelakon kanak kanak yang hebat ,pelakon aksi lasak yang gigih sama sama bertahan ditengah panas terik.”
“Team produksi yang melayan & menjalankan kerja dengan pantas , penari saya dan semua yang terlibat menjadikan MV ini lebih menarik dan mengikut kehendak dan impian saya .. Memang impian saya untuk melakonkan aksi srikandi .. Semoga MV ini dapat diterima baik dan terima kasih juga Astro di atas kesempatan ini dan memilih lagu Magis sebagai lagu OST bagi Hikayat.”
PEMINAT TERUJA!
Sementara itu, menjengah diruangan komen, rata-rata peminatnya menzahirkan rasa teruja melihat aksi lincah penyanyi anak kelahiran Pahang ini. Antara komen adalah seperti berikut
“Naik bulu roma tgok tokti silat.. Mcm srikandi melayu Islam terbaik.” “Tgh fight pun cantik tokti” “Comel je Tokti… Terbaik lah.” “Another side of Dato Siti… Hebat wanita ini.”
Dalam ajaran Islam, menghadiri majlis kenduri perkahwinan, jika dijemput, adalah satu kewajipan. Malah bagi pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berpendapat undangan majlis nikah adalah penting untuk dihadiri terutama buat pasangan suami isteri.
Perkara itu dikongsikan oleh Uyaina di satu entri Instagram miliknya baru-baru ini. Tulisnya, ini kerana pasangan akan diingatkan kembali akan tanggungjawab suami isteri ketika mendengar khutbah nikah yang disampaikan tok kadi atau juru nikah ketika majlis akad itu.
“Sebenarnya datang dan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan orang lain ni sebenarnya penting.. Terutamanya majlis akad nikah.
“Sebab setiap kali majlis nikah, kita akan dengar balik nasihat-nasihat Tok Kadi dalam khutbah nikah. Dan setiap kali tu jugak kita akan diingatkan tentang tanggungjawab, amanah dan kewajiban menjadi suami isteri,” katanya.
Pelakon Perempuan Tanpa Dosa itu berkongsi pandangannya itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran yang sama dia memuat naik fotonya yang kini sarat hamil bersama suaminya, Raja Syahiran ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan.
Dalam pada itu, Uyaina berharap agar dia dan suami menjadi pasangan yang terbaik serta bakal ibu bapa yang baik untuk anak mereka nanti.
“I love you forever lah my bestfriend@rajasyahiranmy. May we become the best partner for each otther and the best parents to our children. Aaminnnnn!” tulisnya lagi dalam kapsyen.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.