Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam sukan Para Asean Games Solo 2022 peroleh hadiah paling bermakna dalam hidupnya apabila dikurniakan cahaya mata ketiganya sejurus pulang ke tanah air.
Berita gembira ini dikongsikan olehnya sendiri melalui laman sosial Instagram miliknya dalam satu perkongsian baru iaitu beberapa keping gambar selepas selesai isterinya, Zafirah Nasir melahirkan anak mereka itu.
Dalam hantaran tersebut, Ziyad menyatakan rasa syukur dan dalam pada masa yang sama akui rasa gemuruh sewaktu diberi peluang untuk menyambut sendiri kelahiran anaknya dengan bantuan doktor.
“Alhamdulillah, pengalaman ini yang paling berharga dalam seumur hidup. Dapat menyambut anak sendiri kalau nak diceritakan memang sangat gemuruh.
“Tapi di sisi saya ada seorang doktor professional yang selalu nenjaga saya. Terima kasih memberikan pengalaman yang tak dapat di tukar ganti,” tulisnya.
Menerusi hantaran lain, Ziyad juga turut berkongsi momen manis dengan memuat naik beberapa foto wajah anak ketiganya.
“Anak tunggu ayah pulang dari para asean Solo, Indonesia tetap tunggu ayah balik juga baru keluar. Diberikan kesempatan untuk berada di sini yang tersayang @zafra_nasir dan terima kasih doktor Khamsiah memberikan pegalaman yang berharga,” coretnya.
Terdahulu, Ziyad dan Zafira mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Zuhayra Zafra,5 dan Thariq Zavier, 3.
Sumber : Ziyad Zolkefli
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini