Isteri Sedang Hamil Wajib Baca. Buat Keputusan Segera Jika Melibatkan Nyawa, Tolong Alert Perkongsian Doktor Ini

Share

Hakikatnya ajal maut di tangan Tuhan, tetapi sekurang-kurangnya kita kena berusaha untuk memastikan diri ini selamat dan sihat dari segala penyakit. Bertindak segera dengan membuat keputusan sendiri jika melibatkan nyawa.Jika anda bergelar isteri dan hamil, nasihati suami jika ada percanggahan pendapat begitu juga dengan keluarga. Jika rawatan itu, perlu disegerakan, jangan berlengah untuk membuat keputusn terbaik buat diri.

Perkongsian doktor Sakinah Sulong sungguh bermanfaat mengenai seorang isteri yang tidak berani mengambil keputusan sehingga meragut nyawannya. Bukan menolak qada dan qadar tetapi ia menjadi asbab buat arwah. Ikuti coretan Doktor ini semoga kita semua muhasabah diri.

________________________________________________________________________

Keputusan Sendiri

“Dia tak boleh buat keputusan sendiri ke?”

Mengikut undang-undang, setiap individu berumur 18 tahun dan lebih, boleh membuat keputusan sendiri.
Tapi selalu berlaku, para isteri akan menunggu suami untuk memberi kata putus dalam perkara berkaitan kesihatan mereka.
Hanya di Malaysia, saya difahamkan tandatangan suami diperlukan sebelum BTL (Bilateral Tubal Ligation) dijalankan dan persetujuan (verbal) suami didapatkan sekiranya isteri memerlukan caesarian section. Sila betulkan kalau saya salah.

Ada satu kes yang berlaku beberapa tahun lalu. 
Seorang isteri, sudah anak 3, mempunyai masalah jantung yang berisiko tinggi. Sering pengsan semasa mengandung dan terpaksa dirujuk kepada Pakar Obstetrik serta Pakar Jantung.

Setelah penilaian awal, isteri dinasihatkan untuk menggugurkan kandungan kerana risiko masalah jantungnya dijangka menjadi lebih serius sekiranya beliau mengandung. 
Kedua-dua isteri dan suami tak setuju.

Kandungan diteruskan. 
Pakar Perubatan Keluarga, Pakar Obstetrik dan Pakar Jantung terus memantau ibu. Atas nasihat Pakar Jantung, ibu dirujuk ke IJN untuk rawatan.
Suami tak setuju, isteri ragu-ragu. 
Abang isteri pun tak setuju!
Pakar buat family conference. Panggil isteri, panggil suami, panggil abang. Explain elok-elok, last-last isteri setuju.

Bila tiba tarikh, isteri dihantar oleh pihak hospital ke IJN. Tapi bila sampai sana, isteri tak setuju. 
Prosedur rawatan dibatalkan.
Sebabnya, abang isteri tak setuju!
Jadi si adik tak nak jadi adik derhaka, kena dengar kata abang yang rasa lebih tahu.

Kandungan diteruskan,
Pakar Perubatan Keluarga, Pakar Obstetrik dan Pakar Jantung duk berdebar menunggu masa. 
Ibarat membawa bom rasanya. 
Masalah jantung ibu ni bukan main-main.

Pada usia kandungan 34 minggu, akhirnya ibu ni dijumpai dalam bilik air dalam keadaan tidak sedarkan diri. Akibat rentak jantung tidak stabil menyebabkan serangan jantung tiba-tiba. 
Ibu meninggal dunia.

Semua Pakar tak tahu nak cakap apa. 
Bukan semudah nak kata, “Ini semua takdir”
Rasa kesal dan geram pun ada. 
Memang betul ini dah ditakdirkan tapi kita manusia perlu belajar dari pengalaman lepas sebagai panduan. Ikut hati, mau ditanya pada abang yang berkeras menolak rawatan, “Apa awak rasa menidakkan rawatan untuk adik awak, ada tak rasa menyesal tak?”


Kenapa bila melibatkan isu kesihatan seorang wanita, satu ‘kampung’ mahu dilibatkan dalam membuat keputusan? Tak cukup suami nak buat keputusan, keluarga pun mahu masuk campur.

Wanita mungkin lemah dari fizikalnya, tapi bukan tahap tak kompeten untuk membuat keputusan penting. Bukannya kurang akal atau nyanyuk. Sedangkan ribuan wanita membanjiri institusi pengajian tinggi, belajar tinggi-tinggi, takkan tak mampu membuat pertimbangan sendiri, untuk kesihatan sendiri. Buatlah keputusan sendiri, dengan nasihat suami atau keluarga tak salah, tapi biarlah sesudah fikir dalam-dalam.

Aishhh, ni kan dah zaman 2k18.

#Membebelsayang