Isteri Sara Keluarga! Bolehkah Isteri Bayar Zakat Fitrah Untuk Suami Yang Tidak Bekerja? Ini Penjelasan Dari Mufti Selangor

Share

Pada zaman sekarang, ramai isteri yang bekerja malah ada yang membuat extra kerja demi untuk mendapatkan pendapatan sampingan untuk menampung keperluan keluarga. 

Jika dulu, isteri bekerja untuk membantu suami namun kini sudah lain jadinya. Ramai lelaki yang memilih untuk duduk di rumah dan hanya bekerja sambilan tanpa berusaha mendapat pekerjaan tetap. 

Namun bagaimana dari segi hukum jika si isteri yang membayarkan zakat fitrah bagi suami yang tidak bekerja juga seisi keluarga. Ikuti penjelasan dari Mufti Selangor berhubung perkara ini. 

Soalnya, bolehkah wanita seperti ini membayar zakat fitrah buat sang suami? Untuk menjawab persoalan tersebut, Mufti Selangor ada berkongsikan berkenaan penjelasannya. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti jawapannya seperti berikut:

Kewajipan membayar zakat fitrah isteri dan anak-anak adalah terletak kepada suami. Seandainya suami tidak berkemampuan, maka isteri dan anak-anak tidak diwajibkan membayar zakat fitrah walaupun isteri berkemampuan. Tidak menjadi kewajipan kepada isteri untuk membayar zakat fitrah bagi dirinya mahupun bagi suaminya sekiranya suami tidak berkemampuan. Tidak sah bagi isteri membayar sendiri zakat fitrahnya melainkan dengan keizinan suami. Tanpa keizinan suami, wang yang dikeluarkan oleh isteri dianggap sebagai sedekah biasa dan bukan zakat fitrah. Walau bagaimanapun, diharuskan kepada isteri yang berkemampuan untuk bersedekah atau menghadiahkan wang kepada suami agar suaminya mampu untuk membayar zakat diri, isteri dan anak-anaknya.

Zakat fitrah ini sebenarnya adalah sedekah yang wajib dikeluarkan oleh semua umat Islam yang cukup syaratnya. Ianya wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Zakat fitrah ini adalah bertujuan untuk memberi makanan kepada orang miskin dan mencukupkan keperluan serta permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).

Sumber : Lembaga Zakat

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club