Isteri Sakit, Suami Ni Menangis Dapat Makan Dari Air Tangan Isteri. Netizen Pula Tersentuh Hati!

Share

Nak suami sayang, kenalah ‘ikat perutnya’. Begitulah yang selalu orang tua-tua pesan, dengan memasak ia mampu mengikat kasih sayang daripada seorang suami.

Itulah juga kelaziman, sebagai isteri dan ibu kita akan memasak dengan penuh kasih sayang untuk keluarga tercinta.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Begitu juga buat Faziera yang menyediakan setiap hari  hidangan untuk keluarganya. Namun baru-baru ini, kesihatannya diuji dan disahkan mengalami masalah Myasthenia Gravis yang mengakibatkan otot tubuh lemah serta gangguan pada saraf.

Apa yang lebih sedih lagi, difahamkan Faziera masih lagi di dalam tempuh berpantang setelah melahirkan anak kedua.

Hal ini menyebabkan dia terpaksa di tahan di wad untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Setelah hampir sebulan dan kini masih lagi dalam proses penyembuhan, baru-baru ini Faziera terdetik untuk measuk ke dapur untuk menyediakan hidangan dari air tangannya sendiri setelah merasakan ada sedikit kekuatan untuk memasak.

 

 

Berkongsi momen istimewa tersebut di akaun tiktok, dilihat ketika memasak hidangan nasi goreng dia turut dibantu oleh suami tercinta.

“Hari ini rasa macam kuat sikit tangan. Pergi dapur tengok nasi ada sikit. Kasihan husband lama sangat tak makan masakan aku. Buat sikit nasi goreng yang mduah je. Sebab tak larat sangat. Gaul-gaul pun dia yang tolong. Gigil sikit tangan.”

Hal ini dilihat cukup menyentuh perasaan, apatah lagi bertukar sebak apabila suaminya terus mengalirkan air mata dek kerana terlalu rindu menikmati hidangan dari air tangan isterinya.

“Ketika makan tunduk sahaja. Ingatkan kenapa. Menalir air mata dia rupanya. Sedih sebab sudah lama sangat tak makan masakan aku”

Meninjau di rungan komen, rata-rata netizen turut tersentuh hati melihat pasangan suami isteri ini. Dalam pada itu ramai juga yang mengakui rekasi suaminya itu dapat dilihat betapa ikhlas dan setia cintanya kepada isteri. Tidak dengan itu, ramai juga mendoakan agar si isteri segera sembuh seperti sedia kala.

@nurfazieraa_ Dah lama sgt. Sebulan lebih dah🥹 #myastheniagravis #myastheniagravisfighter #thymomafighter #thymoma #thymectomy #kelenjar #autoimmune #autoimmunedisease #fyp #foryoupage ♬ original sound – hanaafi_saman – hanaafi saman

“Suami yg sgt menghargai..seronok dlm sedih tgk”

“Tiba2 air mata saya pun mengalir. Rindu juga masakan wife. Ya Allah, Engkau berikan kesembuhan buat isteri saya yang tercinta. Aamiin”

“Sedihnya saya tengok video ni. Hiduplah kamu dgn penuh kasih sayang. Dah 4 bulan lebih saya tak masak untuk suami saya sbb Allah dah jemput dia”

“bukan senang nk dpt suami yg betul² menghargai isterinya

“Alhamdulillah kak .. suami akak sgt menghargai, sedih tengok”

“Ya Allah, semoga sis cepat sembuh. Amin”

 

Sumber : TikTok Nurfazieraa_

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club