Isteri Reza Hasbi Positif Denggi Hari Ke-15 Berpantang. Bersyukur Isteri Sudah Boleh Pulang Ke Rumah

Share

Hati mana yang tidak sebak apabila melihat isteri yang baru melahirkan cahaya mata, disahkan  positif denggi. Pelakon, Reza Hasbi yang baru dikurniakan cahaya mata kedua baru-baru ini, berkongsi kisah duka di instagramnya, bahawa isterinya ditahan di wad ekoran serangan denggi setelah 15 hari berpantang.

Beliau yang redha dengan ujian yang menimpa, menggangap ia penghapus dosa. Katanya lagi, isterinya telah ditahan selama empat hari untuk rawatan lanjut, kini telah dibenarkan pulang ke rumah.

Penghapus dosa

2019 ALLAH beri kami ujian yg bertimpa-timpa.. ujian itu sbb ALLAH sayangkan kita.. sakit itu sbb ALLAH nak hapus dosa… tak beriman seseorg itu selagi tidak diuji.. ALLAH nak angkat darjat kita..itu la kata2 aku tiap kali aku temankan isteri aku.. fikir anak sayang.. kuatkan semngat awk @rdr7_ anak kedua kita memerlukan susu awak.. baru 15 hari berpantang isteri saye kena tahan wad disbbkan positif DENGGI.. dan hampir dimasukan ke ICU.. saye mintak maaf sbb baru nak share benda ni.. saye tak ade mase nak hadap fone.. dan susah hati ape pon saye tak boleh buat..

4 hari di wad

4 hari @rdr7_terlantar dihospital dia kuat.. dah la dlm pantang.. badan masih lemah.. pastu kena denggi pulak..

Kembali sihat 

 Alhamdulillah hari ini isteri saye dah pon berada dirumah.. dah boleh menyusu anak.. saye nak ucapankan terima kasih banyak2 pada keluarga saye dan mertua saye yg menbantu saye dari segi tenaga kewangan dan tak henti2 mendoakan isteri saye.. terima kasih semua..

Sebelum ini, Reza dan isteri dikurniakan permata hati ke dua pada 3 Mac lalu.

Sumber: Instagram reza.hasbi