Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Dulu isteri duduk rumah, suami keluar bekerja. Sekarang sama-sama keluar bekerja. Logiknya, penat pun sama banyak.
Tapi bila balik rumah, si isteri ni, tudung pun tak dan buka.. Dah terus ke dapur. Ambil beras masukkan dlm rice cooker.
Buka peti ais, keluarkan ikan dan rendam. Ambil sayur dan segala bagai terus potong untuk masak.
Dalam masa yang sama, isteri pergi ke bilik dan kumpulkan baju² masam dalam raga dan terus sumbatkan dalam mesin basuh. Bubuh sabun, tekan suis dan terus ke dapur semula.
Ads
Tumis bawang, goreng lauk dan sebagainya.
SUAMI DAN ANAK TAK BANTU
Suami mana? Terlentang atas sofa main handphone. Anak mana? Terlentang depan TV layan drama Korea.
Tunggu makanan dah hidang, barulah semua bangun. Hari-hari macam ni.
JANGAN BUAT MACAM NI
Hello guys! Isteri dan ibu tu bukan orang gaji. Dia bukan robot. Tak reti kesian kat orang ka?
Hangpa, lepas makan.. Pinggan sebiji pun tak reti nak basuh. Main letak dlm sinki mcm tu saja. Bleh patah tulang gamaknya. Punya baloq liat!
Ads
Sampah kat dapur pun hangpa tak bleh nak tolong buang. Bila bising, hangpa kata kuat berleter…
SAMA-SAMA TOLONG
Sama-samalah tolong. Tak payah kena suruh. Ada otak fikirlah.
Seorang isteri dan ibu ni, Allah memang bagi dia kuat. Cuma kita kena faham yang dia pun reti penat sama macam kita dan dia pun boleh sakit.
Satu saja nak pesan, Jangan tunggu sampai dia sakit dan tak mampu buat apa-apa dah. Masa tu kita akan menyesal.
Pandemik Covid-19 menyebabkan tiada lagi istilah bercuti baik di dalam mahupun di luar negara buat masa kini. Kini hanya mampu untuk throwback momen percutian sebelum pandemik ini berlaku bagi mengingatkan kembali saat-saat manis tersebut.
Tiada lagi istilah keluar makan bersama sekeluarga atau berjalan-jalan. Tetapi itu tdak bermakna kita tak boleh mencipta kenangan manis bersama keluarga.
Di rumah juga anda boleh berbuat demikian. Inilah yang dikongsikan pelawak dan juga penyampai radio Sinar.fm, Jep Sepahtu yang dilihat melayan anak-anak dan isterinya makan.
Keluarga bahagia ini berkelah bersama di hadapan laman rumah mereka. Perkongsian tersebut dimuat naik Sari Yanti menerusi laman instagramnya.
Berpicnic kami tadi 🥰. Alhamdulillah. This is love of my life ❤
Selain gambar-gambar momen keluarga ini berkelah, Sari turut memuat naik video pendek yang merakam gelagat suaminya melayan anak-anak mereka makan sambil bergurau.
Rata-rata warganet terhibur dengan Jep Sepahtu, tak kurang yang memuji pelawak ini seorang suami dan ayah yang penuh dengan kasih sayang.
Suka Dengar Jep sebut Anak-anak abah
mazlindamohamedzain Suka dengar jep sebut anak2 abah.. terasa keikhlasan n kasih syg tu..
normahcookiesJep anda sgt baik melayan anak2 tu. Mereka akn menghargai kasih sayang yg anda bagi dlm kehidupan mereka. Muga Allah sentiasa melindunggi keluarga anda. Happy family till Jannah..Amiin Yarabbalalamin..
nor_ela_3Praktis makan😂😂😂😂 ceria bdk2 dpt abah hepi go lucky
Tak pernah tak kelakar
mdm_nurul_hadawiyahAbah siap latihan sblm g osaka…..😂 xpnh x klaka la abah ni
cikpuanjasminI really love and adore this family.. Humble and lots of love ❤️
shaef_eifa_9129Dengar jep cakap practice dulu pon aku da boleh gelak.
cik_iliAlahai…lembut je anak2 sari. Senyum sentiasa. Abah tak pernah tak kelakar. Happy family. Simple and humble. Semoga keluarga kak sari bahagia hingga ke jannah❤
ummialinafwaaisyahBhgianya tgk family jep ngn sari😍😍😍👍👍👍🤲🤲 barakallahufiikum jami’an
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, namun betapa susahnya diri kita menanggung ujian terkadang orang sekeliling hanya pandai berkata-kata sahaja hingga tanpa sedar mengguris perasaan.
Kisah dan pengalaman yang sama juga telah dilalui oleh ibu ini dalam membesarkan anak istimewanya dan kisahnya itu dikongsikan di sini.
Selama 12 tahun, saya begitu yakin cerebral palsi boleh pulih.
17 tahun, kehidupan kami banyak menggembara ke luar negara …cuba mencari penawarnya.
“Kenapa dia? Tak cuba pergi berurut ke, terapi ke?” Ayat wanita yang lalu di hadapan kami ketika di PKNS Bangi itu masih perit diingati.
Saya hanya diam memandang kosong wanita itu tanpa senyuman. Penat baharu pulang dari UK, tidak mahu dibazirkan tenaga menjelaskan padanya.
Dalam hati berdetik juga;
“If only you knew what we have done and went through.”
Tanpa mengenali,
Tapi tahu latar belakang,
Tanpa berfikir sebelum bicaranya,
Seolah dia meletakkan ‘tuduhan’ kami ibubapa yang tidak berusaha!
Sedangkan saat itu, kami baharu sahaja pulang dari UK; meninggalkan kehidupan selesa dan pekerjaan di tanahair.
Itu tuduhan sangat tajam menikam.
Mana ada ibubapa yang tidak berusaha untuk anaknya. Apatahlagi anak seperti Balqis kami.
4 tahun Balqis ke pelbagai terapi di sana.
3 tahun Balqis bersekolah di sana.
Malah menjalani operasi jantung selama 17 jam di hospital terkemuka sana!
“Waaa, best la. Rezeki Balqis kat sana.”
Mulut berbicara dari 1 sudut sahaja, tanpa berfikir panjang agaknya.
Eh, Bukan semudah itu urusannya ya.
Di sebalik tabir dalam proses 4 tahun terapi itu, Saya terpaksa tangguhkan pengajian Masters yang hanya berbaki 2 semester sahaja lagi. Malah berhenti kerja.
Kami hidup dengan elaun pelajar yang rendah di sana.
Belum lagi keadaan fisikal dan jiwa. Raungan kesakitan Balqis menjalani setiap sesi terapinya. Lelah dan demam yang seringkali dihadapinya,
Emosi dan kepenatan tubuh manusia,
Konflik yang timbul dalam keluarga,
Masalah kewangan yang dihadapi, hingga kami suami isteri bergilir waktu bekerja cuci di kampus universiti.
Semua ini datang bersama dalam 1 pakej untuk ‘kesembuhan’ Balqis.
Selepas itu, kami ke US pula. Dengan harapan “pulang nanti Balqis boleh berjalan!”
Lalu, Rumah dan kereta dijual. Kerja ditinggalkan tanpa ada tarikh tetap untuk kembali semula. 6 anak kecil berantakan resah di dalam 17 jam perjalanan udara.
Jelingan tajam mata para penumpang yang menambahkan resah di jiwa.
Kepenatan yang tidak terkata. Belum lagi kisah proses kehidupan baharu dan terapinya di sana pula.
Kami pulang ke tanahair, tetap mengendung Balqis yang sudah di usia awal remaja.
Selama 12 tahun usia Balqis, Saya begitu mudah rasa kecewa dengan diri sendiri, suami malah anak-anak.
Saya mudah stres dengan persekitaran.
Rumahtangga kami mudah goyah bila salah seorang termakan kata-kata pedih yang dilemparkan kepada kami sekeluarga.
Akhirnya,Dengan izin Allah, hanya 8 tahun yang lepas saya temui jawapan pada perjalanan berliku kami keluarga.
Selama usaha kami membawa Balqis ke luar negara mendapatkan ‘kesembuhan’ yang dicari, Saya sekalipun tidak pernah bangun malam memohon dariNYA.
Saya tidak sekalipun pernah menangis ketika sujud mengadu padaNYA.
Saya membuka Al Quran hanya untuk mencari jawapan terus “bagaimana menyembuhkan anak istimewa!”
Ya Rabb
Betapa jahilnya hambaMU ini.
Kita semua perlu sedar….
Harapan seorang ibu mahu anaknya kembali sempurna, semua ibu yang waras akan rasa.
Usaha tanpa reti berputus asa para ibubapa untuk anaknya, itu adalah naluri semulajadi setiap kita.
Namun, yang paling utama;
“Di mana iman kita ketika diujiNYA?”
“Adakah semakin dekat atau jauh dariNYA?”
“Bagaimana kita berusaha ‘menterapikan’ jiwa kita sendiri dalam usaha membantu anak yang dikasihi?”
Kisah-kisah ini, panjang dikongsikan di dalam buku “Balqis-Di Mata Kami, Di SisiNya”
Yang dipendam selama ini, disusun berhati-hati dengan kata-kata penuh makna.
Yang dilalui, diceritakan dengan terperinci dalam setiap kisahnya.
Agar ramai cuba mengerti sebelum menyemburkan kata-kata yang menikam hati ibubapa seperti kami.
Perjalanan rohani kita saat diuji hanya ada 1 ubat mujarabnya…
Berlarilah padaNYA!
Biarlah jiwa tenang dan iman teguh saat diujiNYA.
Meletakkan harapan dan keyakinan pada janjiNYA.
Keputusan akhir bukanlah yang utama dilihatNYA,
Tetapi usaha kita.
Ukurannya bukan di mata manusia, tetapi di sisiNya
Kalau cakap pasal sakit gigi memang tak dapat nak gambarkan bagaimana rasa sakitnya. Memang rasa teramat sakit. Kalau waktu ni jangan la ada yang nak datang bertanya itu dan ini atau nak komen macam-macam.
Lebih-lebih lagi sakit ketika waktu malam hari. Cemas dan adakalanya rasa pemikiran jadi buntu untuk cuba kesemua petua yang pernah diajarkan oleh orang tua kita. Ketika inilah kita sibuk cari Mr Google untuk dapatkan info bagi meredakan kesakitan.
Kalau anda terdesak, patut cuba 10 cara ini untuk kurangkan kesakitan anda. Tapi esoknya, wajib pergi jumpa doktor dan rawat gigi yang sakit tu ya.
1. Tempelkan bawang merah yang telah dilumatkan, bersama dengan garam ke dalam gigi berlubang.
2. Letak garam kasar ke dalam lubang dan kumur dengan air garam.
3. Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
4. Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
5. Ambil bunga cengkih, tumbuk kasar kemudian letakkan pada kawasan gigi yang berlubang.
6. Gunakan garam sebagai ubat berkumur. Garam mengandungi zat yodium yang dipercayai dapat menghapuskan bakteria yang menempel pada gigi yang berlubang.
Larutkan garam ke dalam air suam dan kumur tiga kali. Lakukan dengan kerap untuk cepat sembuh sakitnya.
7. Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
8. Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
9. Bagi gigi garham pula, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam gigi garham yang berlubang.
10. Gosok gigi berlubang dengan asam jawa dan buat langkah ini setiap hari.
Buah-buahan yang mengandungi Vitamin C yang tinggi adalah baik untuk mengurangkan kesakitan gigi. Ambillah buah-buah seperti oren, kiwi dan strawberi
untuk pulihkan sakit anda.
Selebihnya, pastikan anda berjumpa pakar atau doktor gigi untuk memeriksa kondisi gigi anda. Ini penting!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...