Dalam menjayakan penyusuan anak, suami main peranan paling penting sebagai ‘support system’ isteri. Daripada penyelidikan yang dibuat, sebab utama ramai yang tak berjaya susukan anak kerana tidak mendapat sokongan daripada suami.
Isteri tertekan kerana susu tidak keluar tapi suami pula semakin menambah tekanan. Inilah yang sering berlaku kepada isteri.
Suami sebenarnya adalah orang paling penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Seperti yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol ketika membuat pemeriksaan bayi, betapa sedihnya seorang ibu bila susu yang dipam tumpah. Betapa struggle mereka untuk mengumpul susu bagi diberikan kepada bayi.
Nak bagi susu ibu banyak dan anak-anak pun mendapat khasiat yang terbaik, ini yang boleh dibuat oleh suami jika isteri bakal melahirkan anak nanti.
Pagi tu saya ditugaskan memeriksa bayi-bayi yang baru dilahirkan di wad ibu bersalin.
Dah lebih sejam saya duk belek bayi yang ada, akhirnya sampai ke bayi yang terakhir.
Saya kenalkan diri sebagai doktor kanak-kanak dan minta izin ibu untuk periksa bayi. Dia mengangguk perlahan. Wajahnya nampak sangat tertekan.
Saya fikir mesti sebab sakit atau letih. Tiba-tiba dia menangis.
Rupa-rupanya sebelum saya datang, dia terlanggar bekas berisi susu ibu yang dia baru pam. Bekas tu jatuh dan habis semuanya tumpah ke lantai.
Banyak mana yang tumpah, saya pun tak tahu. Itu pun saya tahu dari jururawat. Kalau tak, sampai ke sudah saya tak tahu kenapa dia nangis.
Memang tak mudah nak menyusu anak selepas bersalin.
Lagi-lagi bila saya tengok ibu yang baru sehari selepas pembedahan Caesar cuba untuk susukan anak.
Nak angkat bayi pun terketar-ketar. Syukur ada banyak jururawat yang sedia membantu.
Kuatnya semangat ibu-ibu yang baru lepas bersalin ni.
Ikut 1 kajian pada tahun 2000, ada beberapa faktor yang buatkan ibu rasa sangat susah nak menyusu anak dengan susu badan.
Sifat suami yang tak menyokong isteri sepanjang penyusuan susu ibu (36.5%).
Ibu ada persepsi yang beri susu ibu sahaja tak cukup untuk anak (35.1%).
Mak yang ada kerja hakiki dan akan kembali bekerja selepas tamat tempoh berpantang (29.4%).
Dari kajian ni jelas yang semasa berpantang, ibu kena dijaga dan disokong oleh suami atau ahli keluarga lain sebaiknya.
Antara perkara yang suami dapat bantu isteri:
Dapat rehat dan waktu tidur yang cukup.
Kerja rumah diagih atau diambil alih oleh orang lain. Makan makanan berkhasiat dengan tambahan 1 gelas susu dan 1 hidangan nasi atau “cereal” setiap hari.
Minum 8 gelas air setiap hari.
Elakkan minuman yang ada alkohol dan kafein.
Suami yang cuba memahami kehendak isteri semasa tempoh berpantang.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Cuaca yang tidak menentu ditambah dengan kualiti udara yang tidak baik kini, ramai anak-anak yang tidak sihat dan demam serta batuk berpanjangan. Jangan cemas merawat anak demam sebaliknya rawat anak sebaiknya dan pantau kesihatan anak.
Apa nak buat bila anak demam? Ini yang dikongsikan oleh Dr. Erna Nadia sebagai panduan mak ayah untuk memantau anak demam.
Sedikit tips apabila anak tidak sihat:
1. Berikan ubat demam ( paracetamol) setiap 6 jam sekali. Jika anak ada G6PD, boleh bagi ibuprofen pada anak ( elok dapatkan nasihat doktor ya).
2. Pastikan anak memakai pakai yang nipis. Tidak perlu bedung atau selimut mereka. Nanti lagi panas badan mereka.
3. Kerapkan anak anak mandi atau lap badan mereka. Ini untuk pastikan suhu mereka turun.
4. Bantu mereka minum air kosong dengan kerap. Sejam sekali offer mereka minum. Semasa tidak sihat, badan perlu lebih untuk sejukkan badan dan juga untuk pastikan organ berkerja dengan padu untuk melawan jangkitan kuman.
5. Biar mereka berehat. Semasa anak kecil tidur, sewaktu itulah badan mereka sedang melawan kuman dan sewaktu itulah proses pemulihan berlaku.
6. Jika mereka ada batuk, selsema, sakit tekak, muntah, cirit atau simptom lain, berikan mereka ubat setelah mendapat rawatan dari doktor.
7. Offer makanan yang mudah ditelan dan dihadam oleh anak anak. Jika mereka tak mahu nasi, tak perlu paksa. Bagi apa yang mereka mahu makan contohnya roti, sup, buah. Asalkan mereka makan.
8. Jika demam ( suhu lebih 39) sudah melebihi 3 hari, walau dah bagi ubat demam 6-8 jam sekali, terus bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
9. Jangan lupa lakukan ujian covid-19, influenza atau RSV untuk pastikan mereka tidak dijangkiti virus berkenaan.
10. Jika anak kelihatan lemah, lesu, tak mahu makan dan minum, pampers kering hampir seharian, menangis tiada air mata, nafas laju, nafas berbunyi, menangis kuat tanpa boleh dipujuk, muntah atau cirit melebihi 10 kali, sawan atau perut keras, teruslah bawa ke jabatan kecemasan hospital bagi pemeriksaan lanjut. Inilah tanda amaran pada anak kecil.
Harap membantu dan semoga dipermudahkan segala urusan kita.
Memiliki peha yang besar merupakan antara ‘masalah’ utama bagi kebanyakan wanita. Mungkin atas faktor pemakanan yang tidak seimbang, rutin bekerja yang lebih banyak duduk, pengaruh hormon dan sebagainya.
Menerusi perkongsian oleh Norliza Mohd Salleh yang juga merupakan seorang perunding jamu, beliau berkongsi petua tradisional yang boleh diamalkan bagi menangani masalah peha besar ini hanya dengan jintan manis.
Bahan-bahan:
2 sudu besar Jintan Manis
1 liter Air
Cara membuat:
Rebus jintan manis bersama 1 liter air selama 30 minit dengan api sederhana kecil.
Info Ekstra!
1.Minum secawan pagi dan secawan malam, selepas makan setiap hari, selama sebulan.
2.Ulang langkah rebusan sehingga memenuhi keperluan.
3.Amalan petua lebih berkesan jika disusuli senaman squat dan minum air 3 liter sehari.
4.Jangan lupa catat ukuran peha anda tu sebelum dan ambil juga ukuran selepas sebulan mengamalkan.
Bukan itu sahaja, air rebusan jintan manis juga boleh membantu:
Buang angin dalam badan
Masalah mulut berbau
Kurangkan selera makan
Tingkatkan metobolisma badan
Cuci usus
Sakit-sakit sendi
Kurangkan Kolestrol
Tambah darah
Masalah Gemuk air
Banyakkan susu badan
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu ayah mana yang tidak risau apabila anak yang masih kecil demam panas. Lebih risau jika suhu naik dengan mendadak, tentu bimbang kena sawan.
Selain mendapatkan rawatan doktor, ibu ayah boleh cuba buat rawatan cara alami yang dilakukan oleh lelaki ini.
Menerusi perkongsiannya, Abu Hannah beberapa pantang larang yang kena ibu ayah buat untuk mengelak suhu naik mendadak termasuk kerap minum air.
Penjelasan yang menarik dan mudah difahami menjadikan perkongsiannya meraih perhatian ramai.
Ikuti panduan ini.
Sawan dengan demam ni benda yang ramai sangat risau. Benda tu normal sbb memang kena risau dan ni bukan benda bergurau.
Sawan terjadi banyak sebab. Antara yg common sebab badan denydrated. Kekurangan air. Benda ni plg ramai terlepas pandang.
Cara aku monitor air dalam badan hannah ialah bila dia demam aku akan bagi air mineral saiz 500 ml.
Kenapa air mineral?
Sbb badan org demam dia kurang makan. Sbb organ badan dia terutama organ pencernaan nak rehat supaya boleh bg sistem badan lain terutama sistem pertahanan buat kerja.
Kenapa air mineral 500 ml?
Sbb botol kecil so hannah senang nak minum dan aku boleh monitor setiap berapa jam hannah kena habiskan air mineral dia. Aritu dia demam sehari 4-5 botol sehingga malam sblm tidur. Minum sikit2 tp kerapkan.
Ya air mineral sahaja. Boleh juga dicampur sedikit madu atau vit C powder kalau nak.
Ni cara plg asas aku make sure badan dia cukup cecair. Sbb bila demam, suhu akan spike terutama jika demam disebabkan beerus. Suhu akan spike dikala langit gelap atau malam.
Sistem dia mcm kereta. Kalau kekurangan air boleh overheat. So badan pun sama.
So bila dah konsisten monitor air ko jgn risau suhu dia nak spike berapa tinggi sekali pun. Sbb suhu yg panas itu adalah proses rawatan.
Nabi saw ada bersabda di dalam sebuah hadis yg berstatus sahih. Mafhumnya, baginda menegah kita mencela panasnya demam.
Kenapa? Sbb demam itu badan sedang aktifkan sistem pertahanan utk heat melawan jangkitan. Badan beri signal ada pencerobohan sistem dalam badan.
Setel bab monitor air. Panjangkan? Ya memang panjang sbb tu aku malas nak taip berulang ulang. Aku taip jugak sbb ramai sangat tanya dan call soalan yg aku dh explain lama dah.
Tolong simpan dan amal baru ko faham dan hadam.
Punca sawan antaranya sbb yg jenis suka bg pcm atau ramai panggil ubat bontot. Aku tak tahu pengasas yg cipta nama tu, cuma aku rasa sbb diorg nak refer pd pcm yg dimasukkan dlm dubur sewaktu baby demam.
Ramai orang bagi pcm tidak ikut dos. Sbb pcm mudah didapati di mana2 kedai. Contohnya setiap dos perlu diambil tempoh 6-9 jam. 6 jam utk pcm yg oral dan 9 jam utk yg masukkan dlm dubur.
Suhu turun mendadak tetapi naik pulak tidak sampai 6-9 jam. So mak ayah ni up lg dos pd anak.
Apa jadi?
Suhu badan nak heat jangkitan, tetapi gagal. Sbb ada org switch off supaya badan tidak panas. Kemudian, mcm mana badan nak heat utk lawan jangkitan?
Akibatnya, demam berpanjangan melebihi 3-5 hari.
Sebab apa?
Sbb jangkitan tidak dpt dilawan. Badan tidak diberi peluang utk melawan jangkitan. Baru nak heat, dah kena off dgn pcm.
Kesan lain, budak akan sawan sbb suhu turun mendadak. Badan terkejut.
Sbb tu dlm rawatan alami, suhu badan menurun tidak secara mendadak. Mendadak ni maksud akau kalau suhu spike smpai 41, terus drop smpai 39 sbb bg pcm.
Kalau rawatan alami memg dia slowly. Suhu 41 akan turun 40.8 kemudian selang sejam 40.7 dan seterusnya.
Analoginya ibarat gelas yg dimasukkan air kopi mendidih, tetiba ko buang kopi tu dan masukkan gelas tu ais batu. Gelas tu akan crack.
Ini antara sbb kenapa hannah sejak lahir tak pernah aku guna pcm.
Sebab?
1) Aku tak nak demam dia berpanjangan.
Sbb bila guna PCM demam akan drag lebih panjang sbb badan tak dpt peluang utk bentuk sistem pertahanan yg natural lawan jangkitan.
Kalau pergi perang tu ibarat hantar dron ke medan perang. Bukan hantar orang. So dron yg berperang dan org tak dpt pengalaman sebenar peperangan dan tak dpt maksimumkan keupayaan dan pengalaman peperangan.
So aku nak bentuk sistem pertahanan yg ada ‘combat’ experience. Memory jangkitan tu akan disimpan dlm badan utk lawan next jangkitan.
Sbb tu rawatan alami kalau dibuat secara konsisten, badan tu tak alami demam utk 3-4 tahun adalah biasa. Sbb kalau kuman cikai ni dia takde hal lah.
Sbb badan manusia ni Allah kata ciptaan terbaik dan ianya menggunakan teknologi kejuruteraan biologi tahap tertinggi oleh Allah sendiri.
Tak payah sembang banyak, susu ibu tu jer xde kejuruteraan biologi manusia mampu utk tiru hasilkan.
2) Sebab aku tak nak dia alami sawan. Setinggi mana pun suhu dia, aku cuma fokus pd monitor cecair dlm badan sahaja.
Suhu paling tinggi dicatatkan masa usia dia 4 tahun iaitu 41.5. Masa ni aku masih guna alat jangka suhu utk monitor suhu lagi.
Aku tak tahu demam sebab apa. Tp hannah pernah buat food allergy test dan aku buat sekali antibodi test. Dia dh ada antibodi pd influenza, denggi dan beberapa penyakit lain. Saja ngada nak check masa buat food allery test dlu.
Tak cocok, tp Allah bg banyak antibodi. Sbb aku bukan jenis sikit2 nak buat ujian darah. Sbb xde faedah pun utk diri aku tahu jangkitan tu. Aku x suka bg anak aku yg tgh sakit makin stress masa demam, nti ganggu proses rawatan alami.
So aku fokus pd rawatan. Sbb demam kalau spike tgh malam biasanya disebabkan beeruss. Kalau siang biasanya sbb bact. So remedi jerlah berdasarkan simptom2 yg ada.
Skrg aku dh x monitor guna jangka suhu. Sbb aku perasan manusia mudah triggered dgn angka.
Bila tgk suku naik panik. Bila kena demam c…. check spo2 oksigen rendah panik. So panik ni akan buat otak aku susah nak menaakul data dan maklumat utk tindakan yg tepat.
Aku monitor suhu dgn rasa jer. Nak accurate aku cium jer hannah. Kalau intan pun sama. Sbb bibir lebih banyak reseptor rasa yg sensitif utk rasa suhu.
Kalau nak monitor air tengok pd bibir, bawah mata dan kuku jer. Belajar kurangkan kebergantungan pd alat.
Kata nak masuk hutan
So akhir sekali sawan disebabkan yg suka guna vicks, balm cap harimau apa ntah nama dia. Semua tu ada bahan yg akibatkan komplikasi sawan.
Yg anak batuk berkahak suka sapu vicks tu better hati2lah ea? Asyik tenyeh,tenyeh tu jaga2. Buar garlic oil sendiri lg bagus.
Caranya amek garlic dlm 3 biji, cucuk pd garpu, salai atas api dapur. Kemudian ketuk dlm mangkuk garlic tu. Dan curahkan minyak zaitun atau vco. Maka siaplah garlic oil utk sapuan pd anak. Sihat dan selamat.
Akhir sekali aku repeat lagi sekali selepas ko monitor air dan suhu badan.
Ko potong bawang mcm dlm gambar, dan letakkan berhampiran tempat tidur org yg sakit. Jgn potong banyak sgt, kang mata pedih. Sbb ada yg mengadu dgn aku, anak dia nangis pedih mata. Bila aku tanya dia kata 6 biji dia letak.
Mentang2 bawang murah. Dia potong mcm nak merewang. Sebiji cukup laaa….
Kemudian jerlum. Buar air jerlum. Ada banyak cara.
Air jerlum guna cuka asli spt epal, kurma dan sbgnya. Air jerlum mix dgn epsom salt dan lemon. Air jerlum guna daun bunga raya. Air jerlum asam jawa.
Jerlum di bahagian sensitif. Ubun2, bawah pelipat ketiak, dan leher.
Kaki pakaikan stokin yg direndam dalam air cuka atau epsom. Rendam stokin dan pakai kan basah2 slps perah. Sbb suhu manusia sensitif di bahagian kaki. Biar anak tu kencing banyak dan pampers berat. Bagus suhu dan kuman keluar dari perkumuhan.
Buar air lemon madu atau air kelapa. Set dos sehari kena banyak mana nak minum. Tp kalau guna homeopathi x boleh bg air kelapa.
Akhir sekali, utk ibu menyusu badan. Pastikan anak tu minum juga air lain kalau ko tanderm nursing. Sbb ditakuti anak perlukan lebih cecair drpd susu ibu, tp sbb share dgn abang maka kurang cecair yg didapati drpd susu ibu. So sila topup guna air lain utk tambahkan cecair. Dan ibu kena minum banyak air kalau menyusukan susu badan.
Protokol ni guna bahan alami. Guna supplement nti lenkali. Lenguh menaip….
Aku letak hashtag la senang nak cari. Yg dok tanya tu aku harap ni membantu.
Tidak pernah tergambar dalam fikiran Michael Tong Wai Siong, 55, bahawa dia akan dipertemukan dengan takdir yang membuatnya menjadi "bapa" kepada tiga anak lelaki...