Isteri Minta Rak Sinki & Table Top, Lihat Hasil Suami DIY Dengan Bajet RM310. Simple Tapi Superb!

Share

Bertuah apabila dikurniakan suami yang rajin. Lebih-lebih lagi kalau jenis yang kreatif dalam menghias rumah.

Demikian yang dikongsikan oleh  

Hidayati Bohkhari menerusi laman facebooknya. Si suami cukup bijak membuat sendiri rak sinki dan table top. Cukup mudah, cepat dan yang penting menjimatkan kos.

Projek diy rak sinki & table top BAJET

Alhamdulillah berjaya jugak en suami merealisasikan impian bini dia.. Nak table top dan rak sinki idaman hati.. 😁😁 Kire nie advanced hadiah anniversary ke 8 lar kot yer cyg @ziezan09 .. 😂

Disebabkan dapur rumah nie tak berapa nak besar…dan ruang pun sangat terhad..maka tercipta lar idea nak buat rak bajet nie.. Setelah lebih kurang 3 tahun kiterang buat survey (nampak tak berapa lama punya pikir) tambah tolak kos ape semua maka en suami memilih utk diy sendiri rak bajet..Lebih sentimental value katanya… 😍

Nama pun rak bajet kan so bahan² yang digunakan untuk rak bajet nie kiterang beli kat IKEA masa sale 11.11 aritu..nie kira² untuk rak bajet lebih kurang 10 kaki ye guysss.

1. Para² RM50 (ada 2 unit) – beli 3

2. Tiang kayu RM20 (ada 2 unit) – beli 2

3. Penutup / kaki kayu RM5 (ada 2 unit) – beli 4

4. Sinki 2 mangkuk RM100 (cari kat mudah)

Total kos : RM 310

Hasilnya ada pada gambar yang last.. Macam mana? ON x ON rak bajet nie..? 😁😁

 

After 70% hampir siap
After Helokkkk pulak #bibikkorea & #kingtop duduk bersanding kat situ yer.. 😂
After Amacam..? ONzzzz tak..?

#diykitchen

#ikeaideas

#rakbajet


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520