Kekeluargaan

Isteri Minta Cerai, Baru 40 Hari Kahwin, Alasan Sebab Suami Malas Mandi

Share

Isteri minta cerai, baru 40 hari kahwin, alasan sebab suami malas mandi. Seorang wanita India meminta cerai selepas tidak tahan dengan tabiat pengotor suami yang baru dikahwininya.

Isteri Minta Cerai, Baru 40 Hari Kahwin, Alasan Sebab Suami Malas Mandi

Baru saja 40 hari hidup bersama, wanita India ini sudah nekad untuk berpisah dengan suaminya. Wanita dari Agra, Uttar Pradesh itu berkata, dia tidak tahan dengan suaminya hanya mandi sekali dua kali sebulan selain menggunakan pakaian kotor dan nafas berbau.

“SUAMI SAYA HANYA MANDI ENAM KALI DALAM 40 HARI LALU.

“Apabila mendengar saya mahu bercerai, dia berjanji untuk berubah dan menjaga kebersihan dengan mandi setiap hari,” katanya berkongsi masalah itu kepada pusat kaunseling.

Ketika disoal siasat pusat kaunseling di Agra, salah seorang kaunselor berkata, suami wanita itu, mengaku hanya mandi sekali atau dua kali sebulan.

“LELAKI ITU MENGAKU MEMBERSIHKAN BADAN DENGAN MENYIMBAH GANGAJAL (AIR SUCI DARI SUNGAI GANGGA) SEMINGGU SEKALI,” KATANYA KEPADA MEDIA.

Katanya, pasangan muda itu mula bertengkar mengenai kebersihan suami beberapa minggu selepas perkahwinan.

“Akhirnya, isteri berkenaan meninggalkan rumah mereka dan kembali tinggal bersama keluarganya.

“Keluarganya turut masuk campur dengan membuat aduan di balai polis dan memohon perceraian daripada pihak lelaki,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Baca artikel lain juga: Ramai Pasangan Bercerai Lepas 7 Tahun Kahwin, Ini Fakta Teori ‘Seven-Itch’

Selepas 7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah

Boleh Je Cerai Tanpa Serah Hak Penjagaan Drama Wanita Syurga Beri Panduan Kepada Orang Ramai

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN