
Isteri minta cerai, baru 40 hari kahwin, alasan sebab suami malas mandi. Seorang wanita India meminta cerai selepas tidak tahan dengan tabiat pengotor suami yang baru dikahwininya.
Isteri Minta Cerai, Baru 40 Hari Kahwin, Alasan Sebab Suami Malas Mandi
Baru saja 40 hari hidup bersama, wanita India ini sudah nekad untuk berpisah dengan suaminya. Wanita dari Agra, Uttar Pradesh itu berkata, dia tidak tahan dengan suaminya hanya mandi sekali dua kali sebulan selain menggunakan pakaian kotor dan nafas berbau.
“SUAMI SAYA HANYA MANDI ENAM KALI DALAM 40 HARI LALU.
“Apabila mendengar saya mahu bercerai, dia berjanji untuk berubah dan menjaga kebersihan dengan mandi setiap hari,” katanya berkongsi masalah itu kepada pusat kaunseling.
Ketika disoal siasat pusat kaunseling di Agra, salah seorang kaunselor berkata, suami wanita itu, mengaku hanya mandi sekali atau dua kali sebulan.
“LELAKI ITU MENGAKU MEMBERSIHKAN BADAN DENGAN MENYIMBAH GANGAJAL (AIR SUCI DARI SUNGAI GANGGA) SEMINGGU SEKALI,” KATANYA KEPADA MEDIA.
Katanya, pasangan muda itu mula bertengkar mengenai kebersihan suami beberapa minggu selepas perkahwinan.
“Akhirnya, isteri berkenaan meninggalkan rumah mereka dan kembali tinggal bersama keluarganya.
“Keluarganya turut masuk campur dengan membuat aduan di balai polis dan memohon perceraian daripada pihak lelaki,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Ramai Pasangan Bercerai Lepas 7 Tahun Kahwin, Ini Fakta Teori ‘Seven-Itch’
Selepas 7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah
Boleh Je Cerai Tanpa Serah Hak Penjagaan Drama Wanita Syurga Beri Panduan Kepada Orang Ramai
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
10 Petua Hanya Guna Penyegar Mulut Je. Antaranya Gigitan Serangga, Jerawat Dan Masalah Kaki. Memang Superb!

Sebagai seorang ibu dan isteri tentu kita sering mencari petua yang mudah dan berkesan untuk digunakan pada diri sendiri dan ahli keluarga terutama anak-anak.
Menerusi seorang wanita, Shairy Hanapiah, berkongsi petua menggunakan produk penyegar mulut untuk pelbagai kegunaan termasuk gigitan serangga dan kecantikkan diri. Beliau juga berkongsi beberapa petua l
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Alkisah, Anak saya kena serangga. Ubat habis. Google petua guna listerine ni. Bila try mujarab trus nak try pada yg lain. Try jugak rendam kaki dgn campuran air suam dan listerine, betul la.. lega kaki. Sengal2 pun hilang. Lepas tu apa lagi try juga pada yg lain.
Listerine adalah antara benda wajib yang akan aku beli dan letakkan di dalam tandas di rumah. Aku memang selalu berkumur dengan Listerine untuk pastikan mulut aku sentiasa wangi. Aku ajar anak aku yang berumur 9 tahun untuk amalkan perkara yang sama dan ianya memang bagus untuk gigi anak-anak yang suka sangat makan benda-benda manis.
Selain daripada digunakan untuk berkumur, Listerine juga ada beberapa lagi kegunaan lain yang bagus dan efektif yang korang tak pernah tahu. Mari aku kongsikan 10 cara kegunaan lain Listerine yang boleh korang amalkan.
10 PETUA MENARIK
1. Hilangkan bau busuk pada ketiak
Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Listerine akan menghilangkan bau tengik korang tu dan memberikan bau yang lebih segar. Barulah bini korang suka kena peluk selalu.
2. Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga
Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam. Kalau gatal nak kahwin lain, cara ni tak berkesan.
3. Membasmi kuman di mangkuk tandas
Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas korang. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas korang pun berbau wangi. Jangan sampai korang teruja nak cium mangkuk tandas tu pula nanti, naya.
4. Membantu hilangkan kelemumur
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap Listerine tu ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Syoknya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang. Lebih jimat daripada korang bayar treatment for scalp kat salun.
5. Menghilangkan kutu di bulu haiwan
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut. Confirm bertempiaran lari kutu tu nanti mengalahkan Usain Bolt.
RAWAT MASALAH JERAWAT
6. Membersihkan muka yang berjerawat
Jika korang dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat korang tak hilang-hilang, jangan korang sental dengan kertas pasir terus. Cuba korang guna Listerine pula. Sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Barulah berbeza rupa kau dengan jalan berturap.
7. Membasmi kuman di berus gigi
Korang selalu berus gigi untuk hilangkan kekotoran dan kuman di gigi, tapi bagaimana kalau berus yang korang gunakan tu pula berkuman? Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi korang tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah korang boleh gunakan tanpa was-was.
8. Bersihkan skrin tv atau monitor computer
Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata. CSI Las Vegas pun takkan berjaya sabitkan korang dengan sebarang kes.
9. Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah.
Jika korang memang malas nak basuh tong sampah di rumah tu dan korang tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.
10. Melegakan masalah kaki anda
Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki korang selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat. Barulah layak kaki korang tu pakai kasut Adidas NMD.
Ini antara beberapa cara lain penggunaan Listerine. Korang bolehlah cuba. Kalau tak rajin nak cuba, beli jugalah Listerine tu untuk berkumur.
Sumber: Shairy Hanapiah via cara hias ruang dapur
Nak Anak Berjaya Dunia Akhirat, Amalkan 21 Tip Dari Datuk Dr. Fadzilah Kamsah. Salah Satunya Haramkan Semua Perkataan Negatif!

Pastinya ibu bapa tidak boleh terlepas daripada melakukan kesilapan dalam mendidik anak. Namun, masih belum terlambat untuk berubah dengan mempelajari ilmu keibubapaan demi memastikan anak-anak dibimbang dengan sempurna. Walaupun ini adalah perkongsian Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah sekian lama, namun ia berguna dalam mendidik supaya mendengar kata dan membesar sebagai anak membanggakan ibu bapa. Jom semak dan hadam tip yang dikongsi oleh pakar motivasi terkenal ini.
As salamu’alaikum sahabat tersayang. Ramai yg mohon tip kaedah didik anak menjadi soleh. Pesan Nabi saw: Anak-anak yang nakal atau degil semasa kecil, akan menjadi org dewasa yg bijaksana. So tukar paradigma kita tentang anak kita itu. Fikir & kata2 ibubapa/ guru adalah DOA YG MAKBUL. Sabda Nabi SAW: Allah bertindak seperti mana yg di fikirkan oleh hambaNya.
Di antara perkara yg kita boleh lakukan utk bantu anak-anak menjadi insan yang soleh:
1. Sentiasa berdoa utk mendapat anak yang soleh. Doa itu senjata terpenting org yg beriman.
2. Didik anak tentang solat & ibadah yg lain sejak kecil. Setelah beri ingatan & amaran, wajar rotan anak yg tak solat di umur 10 thn. Ramai ibubapa yg rotan anak atas berbagai kesalahan, tapi tak sampai 10% ibubapa yg rotan anak sbb tak solat!!!
3. Biasakan anak mengamalkan sunnah2 harian– mkn & minum, amalan di bilik air, amalan berpakaian, tertib belajar, pergaulan, tertib tidur.
4. Pastikan anak-anak makan mlm sebelum maghrib spt yg Nabi saw sarankan supaya mudah belajar waktu mlm. Mkn malam lepas maghrib buat anak mudah letih & mengantuk bila belajar. Makanan hadam sekitar 1- 1 1/2 jam selepas makan. So anak boleh belajar dgn berkesan & fokus jika belajar 11/2 jam selepas mkn mlm. Pastikan anak kurang makan daging merah, banyakkan daging putih spt ayam & ikan. Daging merah buat anak irritable & agresif.
Pastikan mereka MAKAN BUAH SeBeLuM MAKAN NASI agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan.
Vit C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit. Mkn buah selepas mkn nasi adalah amalan yg sia2 sbb badan tak dpt serap nutrien dlm buah2an bila perut dah kenyang!
5. Banyakkan memeluk & memuji anak2. Anak yg sering di peluk & di puji/ belai akan tenang, kurang degil, rasa selamat & di sayangi & tak perlu nak buat nakal utk tarik perhatian ibubapa.
6. Pesan kpd anak utk menghadap Qiblat semasa belajar/ mengaji. Ini akan tingkatkan keberkatan dlm belajar.
7. Beri anak supplemen yg dpt menguatkan minda, tenangkan fikiran & stabilkan emosi. Cuba dapatkan EXCEL SUPREME atau supplemen lain mengikut pilihan anda.
8. Cari peluang berjumpa guru2 anak di Sek tempat dia belajar. Minta nasihat & bimbingan ttg cara nak bantu anak belajar di rumah.
9. Bacakan di kepala anak: Fatehah, ayar qursi dan surah al Insyirah utk rangsang otak & memori anak dan jadikan dia anak yg tenang, baik akhlak, rajin ke sek & pintar. Bacakan waktu mlm masa anak nak belajar atau waktu anak nak pergi ke sek atau bila2 masa yg sempat.
10. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau orange. Ikut kajian, warna merah dan orange akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.
11. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur & ikut sunnah Nabi.
12. Pastikan rezki yg ibubapa terima benar2 berkat dgn mengelakkan perkara haram & syubahat & keluarkan zakat pendapatan & zakat emas perak jika berkenaan. Rezki yg kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif & extra nakal.
13. Kenali kwn2 anak & ziarah ke rumah mrk utk berkenalan dgn ibubapa kwn2 anak.
14. Doakan guru2, kwn2 anak & jiran kita agar cemerlang & soleh. In sya Allah akan di aminkan Malaikat & Malaikat akan doakan kita MENDAPAT APA YG KITA DOAKAN UTK ORG LAIN!
15. Anak tak ingat apa yg ibubapa tuturkan, tapi anak mudah ingat apa yg ibubapa pamerkan. Justeru, ibubapa wajib pamerkan amalan & peribadi yg Allah redha.
16. HARAMKAN SEMUA PERKATAAN NEGATIF (spt bodoh, jahat, degil, malas, bengong, goblok!) dlm rumahtangga. Kata2 ibubapa merupakan doa!
17. Padam semua kata-kata negatif yang pernah di sebut kpd anak2 dgn memohon maaf & memuji anak dgn jelas. Cthnya: Abah minta maaf sbb kata kamu bodoh. Sebenarnya anak abah ni pandai– buat homework sblm abah suruh, solat sblm ibu berleter, layan adik dgn baik & tak herdik2. Ikut kajian psikologi: Satu pujian yg jelas akan MEMADAM 300 KUTUKAN YG LALU! Maha suci Allah SAWT.
18. Ibubapa takkan mampu MENGUBAH ANAK2! Tapi bila ibubapa berubah, Allah akan ubah anak2. Justeru, ibubapa overhaul diri secara bersepadu agar Allah ubah anak2 jadi hebat & cemerlang.
19. Ibubapa JGN MENGHARAP ANAK2 BERUBAH, SBLM IBUBAPA BERUBAH DULU!
20. Setelah melakukan yg terbaik mengikut kemampuan, KITA BERSERAH KPD ALLAH SWT.
21. Saya BERPESAN KPD DIRI SAYA & KPD SEMUA SHBT TERSYG UTK SAMA2 BERUSHA utk mendidik anak menjadi anak2 yg Allah redha. Aameen, wassalam.
Selamat mengamalkan tip yang sangat bermanfaat ini.
Edry KRU Terkilan Anak Autistik Dilayan Kasar,”Jangan Marah, Maki OKU…”

Isi Kandungan
ToggleEdry KRU terkilan anak autistik dilayan kasar,”Jangan marah, maki OKU…” Menjadi ibu bapa kepada anak istimewa adalah satu perjalanan yang unik, penuh dengan cabaran, tetapi juga penuh dengan anugerah.
Edry KRU Terkilan Anak Autistik Dilayan Kasar
Bagi penerbit dan komposer, Edry Abdul Halim, beliau berharap orang ramai lebih peka dan memahami situasi dilalui individu dalam kategori orang kelainan upaya (OKU) termasuk memberi layanan baik kepada golongan istimewa itu.
Perkara itu dibangkitkan Edry selepas terkilan dengan layanan kasar diberikan terhadap anak ketiganya bersama isteri, Milia Mohammed iaitu Emery, 17, yang menghidap autisme ketika berada di sebuah restoran di ibu kota untuk makan malam, baru-baru ini.
“Jangan Marah, Maki OKU…”
Melalui perkongsian Edry menerusi video di akaun Instagramnya, beliau memohon orang ramai memberi ruang untuk golongan istimewa menikmati kehidupan normal. Ada kalanya mereka bertindak di luar kawalan tanpa mengetahui apa dilakukan sebenarnya salah.
“Emery anak istimewa saya, dia autistik, ‘non-verbal’ dan tiada cara komunikasi seperti kita yang sempurna ini. Dia berada di Kuala Lumpur untuk bercuti dan dua malam juga kita pergi makan di pusat bandar.
“Apa yang saya ingin tekankan, kadang-kadang tindakan anak istimewa ini tidak boleh dijangka dan dia buat apa sahaja. Dia ada masa impulsif, kalau hendak minum dia ambil sahaja daripada rak dan tak faham konsep kena bayar dan buat pesanan.
“Daripada dua malam yang kami keluar makan, ada berlaku situasi memberi trauma daripada layanan orang persekitaran. Sama ada itu adalah orang kedai atau pelanggan, kadang-kadang mereka tak faham anak istimewa ini lain daripada lain.
“Jadi, mereka tinggikan suara, marah dan maki. Masyarakat kita tak peka dengan insan yang mempunyai kekurangan dari segi keupayaan mental,” katanya.
Anggota trio adik-beradik, KRU itu juga menegaskan golongan istimewa yang mempunyai kekurangan dari segi keupayaan perlu dilayan dengan baik dan membantu merasai kehidupan normal.
“Sepanjang hidup, mereka perlu lalui hidup yang sebegitu, tapi mereka juga adalah manusia biasa yang mahu menjalani kehidupan normal. Mereka hanya ‘tumpang lalu’ di dunia normal kalian sekejap sahaja.
“Hanya perlu hadap perangai mereka satu atau dua minit sahaja. Ibu bapa seperti kami perlu hadap mereka sepanjang hidup. Jika kalian fikir satu atau dua minit itu susah, boleh bayangkan bagaimana kami menghabiskan sepanjang hayat untuk menghadap mereka.
“Kami tidak mengeluh dan harap kalian juga sama. Jika ada antara kalian berjumpa dengan orang yang nampak lain dan ada penjaga atau ibu bapa bersamanya, kalian akan selamat dengan bimbingan mereka.
“Bagi mereka ruang untuk ‘menumpang lalu’ kehidupan normal kalian untuk beberapa minit dan mereka akan pergi daripada kehidupan anda selamanya,” katanya.
“Biar kami yang uruskan, tapi jangan jadikan keadaan lebih teruk dengan melayani mereka secara agresif, marah atau maki. Tiada apa pun yang mereka buat, kalau ada sekali pun keluarga anak istimewa ada untuk bayar atau ambil tanggungjawab.
“Tolonglah, peka dengan kekurangan dihadapi golongan istimewa ini kerana bukan semua kekurangan boleh dilihat. Saya tidak mampu mengubah dunia, tapi kalau ada satu atau dua orang yang mengikuti saya dapat faham.
“Kalau ada berhadapan dengan seseorang berbeza, jangan layan mereka berbeza. Cuba sesuaikan diri dengan dunia mereka sekejap sahaja.
“Mereka hanya berada di dunia anda sekejap sahaja. Saya yakin dunia akan jadi tempat lebih baik kalau kita saling bertolak ansur,” katanya.
Edry mendirikan rumah tangga bersama Milia pada November 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Emil, 24; Edylia, 21; Emery, 17, dan Elya, 14.
Sumber: Berita Harian
Baca artikel lain juga:
Bapa Raikan Hari Lahir Anak Istimewa Hidap Cerebral Palsy Dengan Aktiviti Lasak
Ibu Bapa Yang Ada Anak Istimewa, Ini Tip Penting Pakar Psikiatri Kongsi
Anak Istimewa Masih Belum Bertutur Tapi Mampu Urus Diri. Edry KRU Bangga Pencapaian Emery!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my