Malang tidak berbau, dalam satu kejadian baru-baru ini, seorang suri rumah mengalami kecederaan parah pada bahagian paha kiri, lengan serta kaki kanan selepas terkena serpihan jubin yang meletup akibat disambar petir. Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Kampung Kuala Rimau, Mukim Air Putih.
Dalam kejadian pukul 9.15 malam itu, mangsa, Maznah Awang Pa, 47, sedang memasak di bahagian dapur rumahnya untuk bersahur keesokan hari (hari ini).
Menurut suami mangsa, Azizan Mad Desa, 52, ketika isterinya berada berhampiran kabinet jubin, tiba-tiba berlaku panahan petir di bahagian belakang rumahnya lalu menyambar periuk nasi elektrik di atas kabinet jubin dan menyebabkan jubin itu meletup sehingga serpihannya mengenai isterinya.
“Ketika panahan petir itu, bekalan elektrik terputus, periuk nasi elektrik meletup dan keadaan tiba-tiba menjadi panik apabila terdengar suara isteri meminta tolong… selepas mencapai lampu suluh saya melihat dia sedang merangkak meminta tolong dan paha kirinya berlumuran darah.
“Panahan petir yang dipercayai memasuki dapur rumah turut menyebabkan sistem pendawaian elektrik keseluruhan rumahnya turut rosak dan terbakar,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Ads
Foto Kredit: Insurance Information Institute
Azizan berkata, kejadian ini menyebabkan dia kerugian hampir RM10,000 apabila peti sejuk dan televisyen yang baru dibeli bulan lepas serta beberapa perkakasan elektrik lain untuk menyambut perayaan Aidilfitri rosak.
Namun beliau bersyukur kerana dia dan empat lagi anggota keluarganya yang turut berada di dalam rumah termasuk seorang cucu berusia tujuh tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.
Ads
Isteri Azizan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Muhd Fairus Rosdi mengesahkan menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 9.46 malam tadi sebelum tiga anggotanya bergegas ke lokasi.
Ads
“Anggota yang tiba mendapati mangsa yang cedera berada di dalam rumah sebelum membawanya terus ke HSB untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Beliau turut menasihat orang ramai agar berwaspada ketika mengguna peralatan elektrik terutama ketika cuaca hujan dan ribut serta sentiasa menanggalkan palam dari soket elektrik bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Sumber: BERNAMA & Siraplimau
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rambut gugur antara masalah yang sering berlaku baik Lelaki mahupun wanita. Setiap kali mandi, pasti, jalan ‘selamat’ adalah dengan menjirus air pada rambut tersebut dan ia akan mengalir ke dalam saluran.
Gambar hiasan
Rupanya cara ini salah dan boleh mengundang masalah. Dengan kata lain akan ‘mengorbankan’ wang ringgit anda.
Tukang menerusi Facebook Bro Man’s yang berkongsikan gumpalan yang berjaya dikeluarkan dari saluran di dalam tandas. Selain itu, dia juga menasihati agar tidak menyiram rambut gugur masuk ke dalam saluran.
Hari ni cuma nak share sikit info. Kalau yang ada masalah rambut gugur jangan siram rambut yg gugur tu masuk dalam saluran. Nanti jadi mcm ni kena keluar modal nak panggil plumber servis. Ni hasil untuk 2 tahun.
#hasilkerjahariini
Perkongsian lelaki ini nyata mendapat reaksi ramai. Ada yang bersetuju dengan pandangan Tukang ini. Malah ada yang turut berkongsi tip. Antaranya ialah sentiasa menutup saluran air tersebut dan juga menggunakan pelbagai alat untuk mengeluarkan rambut tersumbat.
Gambar hiasan
Menurut Bro Man’s lagi, rambut yang di ‘flush’ dalam mangkuk jamban juga janganlah diamalkan selalu kerana dikhuatiri boleh menjadi punca tersumbat disebabkan rambut tidak hancur.
Masalah ekzema adalah antara yang kulit yang boleh menyerang sesiapa sahaja. Ia menyebabkan rasa tidak selesa.
Akibat masalah ini ramai yang sudah berhabis ratus ringgit untuk mengatasi masalah ini.
Nak tahu cara atasi masalah ini.
Ikuti petua ini yang dikongsi oleh wanita ini.
Hari ni mami nak ajar buat resepi turun menurun Arwah ibuda mami…. iaitu petua utk nak hilangkan penyakit Ekzema dan kelenjar di belakang telinga baby…Tak payah habis beratus ringgit utk jumpa Dr pakar….. InsyAllah minyak ni amat berkesan….
Untuk cara buat minyak penawar ekzema ini lihat cara membuatnya menerusi video ni.
Alamak, baju favourite dah sendat! macam mana ni!.. Kena diet nampak gaya ni! Itu mungkin kata-kata yang berbisik di hati setiap kali melalui situasi ini. Masalah pertambahan berat badan akan berlaku bila pemakanan tak dijaga dan tiada aktiviti keluarkan peluh.
Boleh jadi juga disebabkan pertambahan usia menyebabkan proses metabolisme semakin berkurangan. Tapi bila dah sedar berat badan meningkat, kena cepat-cepat bertindak. Jika tidak, makin sukar untuk mencantas lemak yang makin bertimbun. Paling mudah buat 5 perkara ni cepat!
Makan lauk, kurangkan nasi
Makan lauk telur, ayam dan daging yang mengandungi protein tapi kurangkan karbohidrat terutama nasi. Sumber protien ini bantu proses pembentukan otot dan juga baik untuk pencernaan. Tapi kalau tak bersenam tak akan terhasil juga pembentukan otot.
Minum Kopi
Minum kopi atau minuman kafein lain seperti teh hijau. Pengambilan kafein sebelum bersenam dikatakan dapat membantu kita cergas lebih lama dan lebih bertenaga. Cubalah minum secawan kopi atau teh pada waktu pagi sejam atau lebih sebelum anda berjalan-jalan atau bersenam dan lihat hasilnya.
Banyak Bergerak
Badan makin berat, jalan malas bangkit. Kena bangun dan selalu bergerak. Mereka yang ada masalah berat badan selalunya suka duduk berbanding orang ang ramping. Jadi kalau di pejabat cuba guna tangga dan kalau menonton tv di rumah sepanjang iklan berdirilah seketika. Selain itu rajin-rajin bersihkan rumah yang mana aktiviti ini dengan mudah dapat bakar kalori.
Makan Ikan
Salmon dan tuna merupakan sumber omega-3 asid lemak, yang dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme. Menurut satu kajian yang dilakukan di Perancis menemukan orang dewasa yang mengambil enam gram minyak ikan setiap hari memiliki lemak tubuh yang lebih sedikit (yang membantu anda membakar kalori lebih banyak) daripada mereka mendapat jumlah yang sama daripada lemak mentega, minyak zaitun dan minyak bunga matahari sebagai gantinya.
Sebab itulah kena amalkan ikan salmon atau tuna sekurang-kurangnya dua kali seminggu atau minta pandangan daripada doktor tentang pengambilan suplemen minyak ikan.
Hujung Minggu Joging
Hujung minggu waktu petang jangan hanya bersantai di sofa. Keluar berjoging, ajak pasangan atau anak-anak. Selain itu setiap hari buat senaman bangkit tubi untuk meningkatkan kadar metabolisme. Kaedah ini dapat membantu membentuk otot selain membantu membakar lebih banyak kalori sepanjang hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam dunia moden yang pantas, internet bukan lagi satu kemewahan ia adalah keperluan setiap keluarga moden! Dari si kecil yang sibuk menonton video YouTube,...