Jangan buat main ye encik suami, bila isteri merajuk. Sebenarnya bukan tak sayang, tetapi terlalu sayang kepada suaminya. Sebagaimana yang dikongsikan oleh suami ini, di laman facebooknya, Mohd Fhais , jelasnya, isteri jika dah terlalu sayang, bila suami balik lambat atau masakannya suami tak makan, akan membuatkan hatinya terguris dan terus merajuk. Perkongsian ini sungguh inspirasi untuk membentuk keluarga bahagia

____________________________________________________________________

Isteri Merajuk Bukan Tak Sayang Suami, Tetapi Terlalu Sayang! Sungguh Inspirasi Perkongsian Ini Untuk Suami Isteri
gambar hiasan

Isteri Merajuk Tanda Sayang

Suami jangan di manjakan sangat ego tu. Takut lama-lama nanti ego jadi buas, sehingga salah sendiri pun masih rasa diri betul.

Orang perempuan ni merajuk tak pernah tak kena tempat. Dia tak akan merajuk dengan kawan-kawan, dia tak merajuk dengan adik beradik, dia merajuk dengan suami mereka sahaja.

Sebab merajuk tandanya SAYANG !

Ads

Bila dah terlalu sayang hati mudah terguris. Itu sebab hal-hal kecil yang jarang kita buat boleh trigger rajukan si isteri.

Balik kerja lambat isteri merajuk, dah penat masak kita tak makan dia merajuk, tak wish besday pun dia boleh merajuk.

Ada bagusnya isteri merajuk sebab ia boleh jadi peringatan pada kita yang selalu sibuk bekerja dan jarang ada di rumah. Bila isteri merajuk itu tandanya mereka dambakan perhatian dari kita.

Wanita ni tuhan ciptakan dengan penuh emosi. Emosi yang kena dibelai, kena disayangi dan kena dimanjai dengan kasih sayang.

Itu sebab bila kita jarang belai, jarang tunjuk rasa sayang dan jarang manjakan isteri kita, hati mereka mudah terguris. Di tambah pula dengan ego lelaki yang berhati batu, semakin rasa di robek-robek hati si isteri.

Ads

Ego adalah MUSUH KETAT Emosi !

Jika tanda sayang isteri adalah dengan banyaknya emosi.

Maka tanda sayang suami adalah dengan sedikitnya ego.

Bahaya jika dalam rumahtangga kita ego lebih banyak dari emosi, takut si isteri banyak pendam perasaan dan makan hati. Tunggu masa untuk meletus je tau..

Ads

Nak keluarga kita aman dan bahagia jangan gemukkan ego tapi gemukkan emosi isteri, barulah kita pandang muka isteri jadi berbunga-bunga.

Jangan ego-ego ya, keluarga tempat bertolak ansur bukan tolak menolak.

Mohd Fhais
Tak akan hilang darah kepahlawan dalam diri lelaki jika selalu menangkan dengan isteri.

p/s : Kongsikan dengan pasangan anda semoga mereka pun dapat manfaat.

p/s : Jom dapatkan ilmu dan tips rumahtangga serta parenting dalam telegram saya. Join di sini -> t.me/CoretanFhais

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI