Isteri Luah Kesal Selepas Pemergian Suami, Jadikan Iktibar & Agar Tak Rasainya!

Share

Perasaan rindu memang jadi hal yang terasa menyesakkan hati dan perasaan. Rasa itu  hanya dapat diredakan andai dapat bersua muka. Namun andai pasangan yang dicintai pergi buat selamanya ke negeri abadi, 1001 rasa terbuku di hati.

Meskipun belajar untuk tabah dalam melalui hari-hari sendirian, namun bila rindu itu bertandang hanya kenangan jadi pengubat rindu. Andai dapat menatap gambar mahu pun video bersama pasangan, alangkah lega rasa di hati.

Mungkin itulah juga yang dirasai oleh wanita ini yang telah berkongsi rasa dan kekesalannya bila ingin merawat rindu dihati, lantas tercari-cari rupanya terlalu sedikit gambar berdua-duaan bersama arwah suaminya.

Difahamkan suaminya meninggal dunia pada 22 Julai 2021, angkara Covid-19.

Salam takziah diucapkan dan semoga perkongsian ini dapat menjentik hati kita untuk lebih menghargai setiap detik bersama pasangan dengan merakam kenangan bersama untuk diabadikan di dalam bentuk foto mahupun video.

Kekesalan Selepas Pemergian Suami

Ini perkongsiannya.

Hari ni saya share satu lagi kekesalan yang saya ada selepas pemergian suami.

Ye.

Saya dan suami rupanya tak banyak gambar berdua selama 11 tahun perkahwinan kami.

Gambar berdua tanpa anak-anak.

Rasanya tak sampai 20 keping.

Adoi la.

Masa duk belek-belek gambar dalam phone, pen drive, google drive..tertanya juga ..kenapa lah waktu itu takde gambar berdua.

Saat bercuti bersama atau sekadar pergi ke tesco ke apa ke.

Sebab bila dah kehilangan ni, lain rasanya bila melihat gambar berdua.

Ada rasa kasih, cinta, sayang di situ. Lain la. It is just different.

Jadi sekarang, saya akan pastikan saya ambik gambar bersama anak-anak. Apa saja yang kami lakukan. Ke mana saja yang kami pergi. Sampai anak-anak dah boring.

Tapi saya selalu ceritakan kekesalan saya mengenai ketiadaan gambar bersama suami. Mereka faham. Walaupun kadang-kadang ada protes.

I want to be part of the picture.

Not only the moment.

Sebab apa tau, nanti bila dah takde..anda scroll balik gambar..gambar itu seolah-olah berbicara. Ada kisah di sebalik gambar-gambar tersebut.

Jadi sahabat yang masih berpasangan, ambik gambar berdua banyak-banyak ye.

Ambil kisah saya sebagai teladan.

Ni contoh gambar berbicara.

Saya tak tahu yang arwah suami akan cium dahi saya secretly. Everytime tengok gambar ni, it makes me smile. Tersipu-sipu malu.

Ye, even hari ini. Even saat selepas pemergiannya. Terasa getaran. Terasa rindu

Sadly, this is our last pic together. Taken in 2017. Tengah heavily pregnant dengan khadijah. Yup. 2017 Last pic together.

Sumber : Nurul Muhd 

ARTIKEL MENARIK :“Subhanallah Suara Yang Hari-hari Dengar Di Tv..”-Inilah Pemilik Suara Bacaan Doa Azan!

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI